<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 27 February 2012

Baby pere-perepuan or lelaki erk?

Berhabuk!!! Bersawang!!! Berbulu mata memandang blog yang kadang-kadang sahaja dapat diselenggarakan dengan baik. Wah!!! Diselenggarakan tau. Jangan jealous. Menyampah kan??? kan??? kan??? Jangan kata korang menyampah tengok blog yang tak rajin diupdate ni. Aku pon rasa nak lepuk muka sendiri. Boleh gitu?

Nak story ni, Khamis dan jumaat minggu lepas aku start ambil annual leave aku. Jadinya dapatlah aku berjimba kat rumah bersendirian bersama anak-anak meow yang dah mula nakal tu. Cuti 4hari tu memang aku sengaja ambil untuk merehatkan minda dan organ-organ yang dah lama diabaikan ni. Tambahan pula aku kini sedang 'mabuk' cinta. Mual, pening, muntah memang dah jadi kehidupanku kini. Sekarang ni lagi extreme. Makan saja mesti muntah-muntah. Ya Allah!!! Tuhan saja tau macamana rasanya. Tapi aku bersyukur kerana dapat pengalaman ni semua. Alhamdulillah!!! Orang kata inilah nikmat pembawakan budak. Oh nikmatnya!!! Serious suka!

Gila tak suka?? Kalau everyday korang dilayan ala-ala princess duduk dalam castle. *inilah pengaruh tengok cartoon barbie sabtu lepas...hehehe* Hey!!! Best tau. Everyday Incik Hubby akan ikut apa yang tekak aku rasa nak makan. Tatkala kepalaku ini berputar-putar seperti gasing. Incik Hubby datang sebagai Hero untuk memicit kepalaku. Oh indahnya dunia!!! Hahaha... Silalah jealous sekarang. Kepada yang belum kahwin, pergi ajak BF or GF or tunang korang untuk kahwin sekarang juga! Kepada sesiapa yang sudah pun berkahwin, sila-silalah bermanja dengan pasangan anda sekarang. Hehehe...

Oh ya. Semalam dapat tahu cousin Incik Hubby telah selamat melahirkan baby gurl. Wah!!! Kami pon sangat-sangat excited untuk pulang ke kampung halaman Incik Hubby march ni.

*Gambar baby cousin Incik Hubby ini telahpun dicuri dari album fb adik Incik Hubby. Lalala*

Comel sangat!!! Sangat!!! Sangat!!! menjadikan aku dan Incik Hubby tak keruan. Cewah!!! Ini yang makin excited nak cari nama untuk baby Ibu dalam perut ni. Baru 8weeks tak tahu lagi lelaki atau perempuan. Tiba-tiba teringat, sabtu lepas aku dan kakak buat majlis kecil-kecil untuk sambut Anniversary Abah dan Emak yang ke 42tahun. So berkumpullah kami adik beradik. Ditambah pula makcik-makcik ku yang datang lambat sikit. Happening dan aku macam biasa la. Pening teramat. Tapi tahan. Tak mahu buat spoilt majlis. Itu yang best, yang tak bestnya Abang ngah dan Abang Uda ku sekeluarga tak dapat balik. Tak apalah kami faham. Semua pun jauh-jauh. Hope nanti next time bolehlah mereka joint.

Eh!!! Bukan itu yang mahu diceritakan, tapi ini...

Aku berbual dengan Aby iaitu seorang dari anak Kakak aku yang kembar tu. 
Aku : Aby, dalam perut Acik ni baby perempuan ke lelaki???
Aby : *dengan muka serious memandang ke perut* Baby pere-perepuan
Aku : Baby pere-perepuan???
Kakak : Baby perempuan la. Aby tu kan pelat.*sambil gelak-gelak*
Aby : *jeling dan terus berlalu*
Hahaha. Marah bila kita tak faham apa dia cakap. Ewah!!! Tapi comel saja. Pere-perepuan. Aby...Aby... Hahaha....

*Eh korang... Kalau ada nama yang best-best sekali pakej dengan makna yang hebat-hebat boleh la suggest kat aku. Saja nak manja-manja ngan korang. Tak apa kan?kan?kan? Hehehe....*

Thursday 16 February 2012

Berceloteh!!


Haiyo!!! Mukadimah saja dah nampak muka ku dan muka Incik Hubby. Tolong jangan muntah ya semua. hehehe. Ni nak cerita ni, semenjak 2menjak memikul tanggung dan jawab menjadi Isteri yang insyaAllah Solehah dan Mom-to-Be ni hidup aku semakin berwarna-warni. Mana taknya, Setiap pagi kena Morning Sickness. Jangan kata nak menulis kat blog. Nak buat kerja pon tak larat. Tapi tengahari time lunch semua tu hilang. Malam pula balik kerja siap-siapkan dinner untuk Incik Hubby. Pastu sama-sama dengan Incik Hubby sediakan lunch untuk budak-budak nakal yang ada 10ekor tu.

Cerita pasal budak-budak nakal tu, semua dah besar-besar dah. Kalau bergurau sesama mereka dah macam nak terbalik rumah. Then, yang paling best mereka semua dah ada bilik sendiri. Master room rumah kami kini milik anak-anak kami yang kiut-miut. Siap ada bilik air lagi bilik mereka. So senang la kalau ada yang nak ke toilet. Tak payah cari alasan nak berjimba di luar bilik. So kami bebas melakukan aktiviti tanpa bulu kucing. Bijak kan kami? Wuhuuuu~~

Bulu kucing ni bahaya tau. Boleh menyebabkan asma. Tapi senang saja nak bela kucing tanpa mengalami masalah itu. Cukur semua kucing-kucing anda punya bulu. Apa macam?? Ada Berani?? Hahaha... Ok aku mengarut tanpa mencarut. Solution untuk hilangkan bulu kucing ni senang la. Kena rajin kemas. Hari-hari kena menyapu dan berkemas. InsyaAllah tak ada masalah tu.;)

And lastly, mudah-mudahan anak-anakku yang nakal tu membesar dangan sihat dan kuat. Juga baby dalam perut ku mudah-mudahan sihat dan selamat.


:: cutekan baby ni..;) ::

Friday 10 February 2012

Good News nak share!

Hari ni aku nak share berita gembira pada awak-awak semua. Hope korang juga happy macam aku dan Incik Hubby. Kebiasaannya aku akan bercerita tentang anak-anak ku yang berbulu lebat. Alaaaa...yang comel-comel belaka tu. Tapi hari ini aku nak share tentang anak yang betul-betul. Ini bukan cobaan, ini betul-betul.*winkwink*

Kisah bermula bila Incik Hubby balik Pahang baru-baru ini. Aku tak dapat men'joint'kan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Almaklumlah kerja ngan boss yang sangat baik hati. Maka disuruhnya aku OT waktu Public Holiday itu. Sadis kan!!!


Sedih kena tinggal tu Tuhan saja tahu. Nasib baik sahabat a.k.a BFF ku Jila pulang dari KL. Seronok! Makanya kuranglah sikit rasa sunyi. Tapi still sunyi tanpa Incik Hubby. Serious!!! Ini bukan satu cerita untuk membodek Incik Hubby. Ini adalah kisah benar!!!

Berbalik kepada cerita gembira yang ingin aku sharekan bersama seperti title entry ini, bangun pagi selasa lepas aku pon membongkar laci untuk mencari pregnant test yang aku beli semalamnya. Cari sana, cari sini, geledah sana, geledah sini dan Uh finally aku jumpa juga. Tanpa melengahkan masa terus pergi test. Teringat pesanan budak yang kerja Guardian tu. "Akak, kalau nak lebih afdal test waktu pagi tau. Lepas bangun tidur" dengan semangat yang berkobar-kobar terus test. Hasilnya, Taraaaaaaaaaaaaaaaa.....


Rasa nak melompat-lompat macam beruk kena belacan. Ops!!! Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Terus call Incik Hubby yang baru bangun tidur. Bila Incik Hubby dapat tau saja, terus aku dengar suara dia seperti bukan orang yang baru bangun dari tidur. Wah!!! Happy nampak! Syukur kehadrat Ilahi. Aku tahu Incik Hubby sangat-sangat-sangat gembira. 

Keesokkan harinya selepas Incik Hubby pulang dari kampung halamannya terus diajaknya aku pergi ke klinik. Wah excited la tu. *psss...aku pon excited..hehehe* Dr scan dan beritahu bahawasanya aku telahpun mengandung 6minggu. 6minggu bersamaan sebulan 2minggu. Uit...dah lama juga tu. Ya Allah bersalahnya pada baby sebab aku sikit pun tak jaga makan dalam tempoh itu. 'Maafkan ibu ya baby sayang.' Dr juga ada beritahu due date aku 26sept. Waaaa...sama dengan burfday ibu mertuaku. Suka!!! Suka!!!

So kepada kalian semua. Tolong doakan aku dan future baby aku sihat tau. Dan semoga dipermudahkan segalanya. ;)

:: siapa kata insan 'ketiga' tu jahat??? ::

Wednesday 1 February 2012

WW la sangat!

Hari ni 1/2/12. Best kan date ni? Kalau hari minggu mesti dah ramai B2B yg bertukar status jadi ex-B2B. Nasib hari Rabu. So nak buat Wordless Wednesday la. ;)

Jelingan manja dari Cikky si togel ibu yang menawan. 

Si Chi'tam ibu yang manja.

Si Phanter yang tak cool langsung sebab tidur bawah ketiak abah.

:: WW tapi still nak tulis banyak-banyak. haish! ::