<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 27 June 2012

Tema untuk Maternity Potraits.

Hai kawan-kawan!!! Good morning semua. Hari ni kena ceria-ceria tau. Sebab aku nak share kat korang pasal benda yang CERIAAAAAAAA!!!

Segalanya bermula bila aku perhatikan perutku yang mula membuyut dan membesar. Terlintas satu idea yang aku pasti sekarang ni dah jadi trend dikalangan mom-2-be & dad-2-be di seluruh dunia. Iaitu nak mengabadikan kenangan semasa melalui saat-saat yang best seperti aku ni. Saat terasa perut bagaikan senget ke kanan dan ke kiri. Hehehe... Nak buat Maternity Potraits la pula!!! Maternity tu dalam bahasa melayu beranak a.k.a bersalin kan??kan??kan?? Gila kah aku nak berpossing semasa bersalin??? Hilang akal??? Ok ganti la dengan Pregnancy Potraits... Baru ngam!

Makanya bila perut dah besar dan rasa nak buat juga macam mereka-mereka yang lain. Tiada orang lain yang aku percaya selain photographer ku semasa majlis ku dulu. Jeng jeng jeng... Qaseh Gambargraphy !!!
Kak Wani pon apa lagi... Ok saja!

Dah dapat confirmation dari Kak Wani dan Abang Leman maka banyaklah yang harus difikirkan. Salah satunya ialah TEMAAAAAAAAAAAAAA...... Wah excited! Apa tema nak buat??apa tema nak buat???apa tema nak buat???*sambil lari kehulu-kehilir*

Apa lagi... Pakcik google tersayang kan ada. So jumpalah idea-idea yang bernas. Contoh-contohnya...

source : helmi khusaini







Banyak lagi yang buat aku gila meroyan. Hehehe... Tapi nanti cari lagi. So idea dah berjoget-joget dalam kepala tinggal approval dari Hubby yang cerewet tu. Apa-apa pun sama-samalah kita tengok hasilnya. ;)

:: semakin excited ::


Monday 25 June 2012

Weekend saya. ::karangan tak melebihi 1500patah perkataan ::

Assalamualaikum semua!!!

Hari ni hari isnin...Waaa...hari isnin...hari isnin dah tiba *sambil lari-lari setempat* Hari untuk mencari rezeki dah bermula. Makanya marilah kita bersungguh-sungguh melakukan tugasan yang diberi.. Hiyah!!!hiyah!!!zzzzzZZZZZ...

Weekend ku hilang sekelip mata. Mana tak nya sepatutnya weekend ada sabtu dan ahad. Tapi sayangnya sabtu Hubby kerja halfday. Cuma petang saja dia ada. Malam sepatutnya dia ada futsal, tapi last minute dia kata cancel. Katanya nak habiskan masa shopping barang dapur dan makanan kucing yang dah hampir habis. Yahoooo!!! Walaupun muka relax tapi hati tuhan saja yang tahu... Ohohoi~~~ *sambil joget-joget*

Hari ahad pula dari pagi sampai ke malam kena ambil darah di klinik. Pkl8 pagi sekali, lepas tu pkl12 tengahari sekali, Pkl6 petang sekali dan last pkl9 malam. Fuuuuh!!! Memang kena berpuasalah kan. Kalau tak habis la BSP (Blood Sugar Profile) aku. Kalau boleh biarlah ambil darah saja. Janganlah kena inject-inject. Sakit woooooo~~~



So masa pkl12 tengahari tu, lepas aktiviti cucuk-mencucuk berlaku. Aku dan Hubby keluar berdating-datingan sambil mencuci mata. Tengok baby stuff yang harus di beli dan yang harus di survey. Wuhuuuu!!! Aktiviti ni serious menarik. Bawa list bukan main lagi. Sampai Jusco mata terus cari benda-benda yang cute saja. Walaupun tak ada dalam list, bila cute saja. Secara automatiknya kena beli. Hahaha... Membazir!

Ni diantara yang telah menjadi milik baby Que... Jeng... jeng... jeng...


Cute tak??? Cute kan???kan???kan??? Hubby geleng kepala. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk terus mencari barang-barang yang cute. Dari Jusco ke Anakku. Adalah beberapa baby stuff for my Baby Que yang dah dibeli. Alhamdulillah. Beli sikit-sikit so tak lah terasa berat sangat. Almaklumlah orang makan gaji. hehehe... Oleh kerana jantina Baby Que belum di war-warkan kepada semua. Maka haruslah aku tak meng'show off' baby stuff yang dah dibeli. Kang semua tau pula base on colour-colour barang-barang tersebut. Wuhuuu... Bijak tak??? ;P

Habis mencuci mata time to merehatkan minda. Makanya Hubby pon apa lagi...

FOKUS!!! Haish... sangat memboringkan tunggu orang ini main game... Dear Hubby, saya bosan. Sekian terima kasih.

Ok yang ni paling tak menahan aku gelak. Muka serious main game kanak-kanak ni. Dah lah hampeh! 1 teddy bear pon tak dapat. huh!!! Hahahaha...

Habis sesi-sesi merapu ni akhirnya sampai jua kami di teratak kami. Fuuuuh penat! Dan as usual, kaki pun membengkakkan dirinya. Maka haruslah Hubby menjadi tukang menyapu minyak panas dikaki.

Thanks Hubby!!! And special thanks juga untuk FIL dan MIL yang membelikan aku minyak-minyak ini berserta supplement-suplement di dapur. Sayang Mak dan Abah!!!

:: ok jom buat kerja... daaaa ::

Friday 22 June 2012

Jumaat itu indah.

Hari jumaat telah menjelma. Alhamdulillah kita semua masih diberi nikmat untuk bernafas di bumi Allah ini. Ingat ya awak-awak-awak semua. Macamana gah pon kita, besar mana pun pangkat kita, se'best' mana pun  hasil penulisan kita. Kita tetap berpijak diatas dunia yang sementara. Dunia yang hanya pinjam-pinjaman. Jadi mari kita sama-sama sedar diri sebelum kita jadi manusia yang TAK SEDAR DIRI. Haaaaa... Serious tau ni! Semoga hidup kita mendapat keberkatan. ;)

:: Banyakkan berselawat dari mengumpat ya. Pesan pada diri-sendiri juga!!! ::

Thursday 21 June 2012

Burger Bakar JB.

Hai semua. Assalamualaikum...

Hari nak cerita pasal makanan yang YUMMI~~~ Hari apa entah hari tu aku dan Hubby try burger bakar. Kat JB ni belum popular macam dekat KL tu. Memang susah nak cari burger bakar. Tapi alhamdulillah, dapat juga makan.


Ok kalau tak silap aku yang ni original punya...


Yang ni pula BBQ punya.... Dua-dua pun boleh tahan sedapnya. Yummi~~~

Ni orang konon-konon pening nak makan mana satu. Padahal dia punya satu saja. "D, sila makan awak punya saja ya!!! Jangan usik burger saya!!! huh!!!" Pasal benda lain boleh bincang. Pasal makan?? OH NO!!! hahaha...

Sesiapa yang berada di area JB dan ingin mencuba burger bakar macam kami makan ni. Sila-silalah klik DISINI. Selamat mencuba... ;)

:: yummi-yummi-yummi ::

Wednesday 20 June 2012

Selamat Hari Abah!!!

Entry kali ni memang nak laju-laju saja. Salah satu dari sebabnya ialah aku ada banyak kerja nak buat. Tapi masih sibuk nak meng'hapdet' dan kepoh-kepoh dalam diary ni. Jadi kepada semua yang baca sila baca laju-laju. Tapi sebelum tu tarik nafas dulu. Ok 1...2...3... Start...

Hari minggu hari tu bertempat dirumah Emak dan Abah. Aku dan kakak telah merancang 1sambutan hari bapa untuk Abah tersayang dan ofcoz untuk abah-2-be iaitu Hubby. Semua sibuk melantak masakan dari air tangan emak. Tak ada seorang pun yang volunteer nak jadi photographer. Huh!!!

So ni sajalah gambar yang ada...


Oklah kan dari tak ada. Ini pun gambar hasil curian dari orang yang bertanggungjawab menguli dan membuat Marble  Cheese Brownies ni. Yummi... Sangat sedap dan harganya juga berpatutan. Sesiapa yang nak order bolehlah terus pm AFFA sendiri. Serious sedap!!! Kenapa " SELAMAT HARI ABAH"??? Sebab abah tu abah aku dan Hubby juga nak baby Que panggil dia abah.

Walaupun dah lepas nak juga wish Selamat Hari Abah kat FIL aku yang jauh nun di Bentong!!! Kan best kalau abah ada kat sini. Boleh sambut dengan abah dan abah-2-be sama-sama!!! Apa-apa pun aku sayang abah-abah-abah aku!!! ;)

:: ok dah siap dah entry ni. Time fokus kerja plak..daaaa ::

Wednesday Wordless (~,^)

:: Baby, Ibu dan abah sayang awak!!! ::

Saturday 16 June 2012

Panduan pemakanan untuk ibu mengandung.

Hai... Hari ni terlebih rajin mengupdate entry. Rasa nak berceloteh sangat-sangat. Tak pasti kenapa. Hormon kot. Hehehe... Hari ni nak share info dengan semua awak-awak-awak yang membaca. Nak story-morry tentang pemakanan untuk mak buyung seperti aku.

Masa trimester pertama, tak dinafikan memang susah ada selera nak makan. Mau taknya, makan saja muntah, makan muntah, kadang-kadang  rasa takut nak makan sebab muntah tu adalah sangat tak best! Lepas tu muka dah macam mayat hidup. Pucat semacam. Yang buka selera kalau makan fast food or pendek kata makanan-makanan yang tak sihat. So Hubby memang tak ada choice time tu. Dari tak makan, baik belikan saja apa yang aku nak makan.


*curi dari pakcik google*

Tapi bila masuk trimester kedua, selera jangan cakaplah. Mengalahkan bela jin. Pernah sekali aku makan 2pinggan nasi beriyani dengan 4 ketul ayam. Boleh bayangkan??? Dan hasilnya berat badan ku naik dengan mendadak. Syabas kepada diri sendiri!!!

Serious berat badan aku memang tak pernah jejak ke angka 50kg. Tapi bila berat badan tiba-tiba naik sehingga 55kg aku rasakan sangat-sangat berat untuk berjalan. Dan yang paling best, aku sangkakan ini adalah normal. Sekali pergi check up 'hambek ko' kena bebel dengan nurse. Dan hasilnya sekarang aku terpaksa berulang-alik ke klinik seperti yang diarahkan oleh Dr. Kena ambil darah tu sakit tau. Cuba bayangkan darah korang diambil pada pkl8 pagi sekali, pkl12 tengahari sekali, pkl6 petang sekali dan last pada pkl9 malam. Fuuuh!!! Ini bukan statement penipuan. Ini adalah kenyataan. Jadi kepada awak-awak especially ibu-2-be macam aku. Sila-silalah jaga makan. Jangan dengar bila orang kata makan untuk 2orang. Sebab yang makannya ibu, baby dalam perut cuma ambil nutrisi dari apa yang ibu makan.

Oh ya. Kalau ada sesiapa yang senang bengkak kaki macam aku. Ni nak share, hari tu sebelum scan kan ada jumpa Dr. Jadi Dr pesan suruh kurangkan pengambilan garam. Ok itu saja celoteh ku untuk hari ini. Semoga kalian dapat apa yang aku nak sampaikan. 



:: Lastly, share dengan semua piramid makanan yang boleh jadi panduan kita semua ::

List barangan Baby Que.

Hai-hai-hai sekalian alam. Pagi yang cerah. Burung berkicauan. Eh cop!!! Sekali buka tingkap dah tengahari daaa... Oi!!! Oi!!! Oi!!! bangun semua! Tau la hari ni hari sabtu. Tengok macam aku, pagi-pagi dah bangun pergi kerja tau. uwaaaaaaaaaa..srotsrotsrot~~ tidak mengapa, minggu ni saja kot aku standby lepas tu sabtu depan boleh bangun lambat. Wakakakaka~ Dusyum!

Hari ni nak berceloteh tentang Baby punya barang-barang lagi. Sebab semalam ada member tanya "tau tak apa yang patut beli sebelum Baby Que lahir???" Terus jadi OhMYbaby!!! Serious tak terfikir. So jom kita sama-sama listkan barang-barang untuk Baby.

No. Items Quantity (√ )
1. Baju lengan pendek    
  0 - 3 months    
  3 - 6 months    
  onwards    
2. Baju lengan panjang    
  0 - 3 months    
  3 - 6 months    
  Onwards    
3. Seluar pendek    
  0 - 3 months    
  3 - 6 months    
  onwards    
4. Seluar panjang    
  0 - 3 months    
  3 - 6 months    
  onwards    
5. Baju tanpa lengan    
  0 - 3 months    
  3 - 6 months    
  onwards    
6. Sarung kaki    
7.  sarung tangan    
8. Barut 10  
9. Napkin (bedung) 2  
10. Safety pin 5  
11. Towel 2  
12. Sapu tangan    
13. Topi    
14. Comforter/tilam/bantal 1  
15. Changing mat 1  
16. Selimut 1  
17. Baby Wipes 2  
18. Mandian untuk baby 1  
19. Bedak & Lotion baby 1  
20. Cotton bud 2  
21. Minyak telon 1  
22. Minyak yuu yee 1  
23. Baby oil 1  
24. Berus rambut baby 1  
25. Ketip kuku baby 1  
26. Penyedut hingus 1  
27. Pencuci baju baby 1  
28. Bakul pakaian bayi 1  
29. Besen mandi 1  
30. Botol susu/ puting    
  New born 1  
  onwards 2  
31. Berus botol susu 1  
32. Breast pump 1  
33. Milk warmer 1  
34. Beg baju baby (travel) 1  
35. Pampers    
  Newborn    
  onwards    
36. Stroller 1
37. Car seat 1
38. Baby Carrier 1  
39. Almari baby 1  
40. Walker 1  
41. Buai 1






Waaaaaaaaaaaaaaaa..... Telah meng'list'kan apa-apa yang patut disediakan dan selamat meng'tick'kan yang dah ada. Lepas tu rasa nak gelak guling-guling. Punyalah excited nak menyambut kelahiran Baby Que. Tapi baru 3 items yang confirm dah ada. Haiya!!! tepuk dahi. Hari tu ada juga beli beberapa helai baju baby tapi lupa berapa helai. Ok tak apa. Balik nanti akan aku kira baju Baby Que ada berapa helai. Banyak juga yang kena beli kan?kan?kan? Tak apa. Nanti nak kena beli slow-slow. Barulah rasa tak banyak sangat. Hehehe...

:: Ada yang tertinggal lagi tak??? Ke over sampai walker pon nak beli sekarang?? hahaha ::

Friday 15 June 2012

Botol yang menawan kalbu

Hai semua! Hari ni rehat panjang sikit sebab hari jumaat. Makanya ambil peluang ni untuk update entry dalam Diary kesayangan ni. Kali ni entry ada info sikit la sebelum merapu-rapu. Info ni pon aku cari tadi sebab diri ini dah excited nak menjadi seorang ibu. Tu yang sibuk dok mengkaji apa yang bagus dan sebaliknya untuk Baby Que serta adik-adiknya nanti. Hamboi!!! Baby Que belum keluar dah teringin adik-adiknya. Sangat naughty ya ibu-2-be ini. Hiyah!!! Dusyum!!! Dusyum!!!

Actually maksud aku didalam ayat diatas adalah info yang berguna yang boleh kekal sampai bila-bila. Mungkin sepanjang hayat. Cewah!!! Ok sebelum aku mengarut lebih panjang sampai korang rasa nak lempang aku pakai kaki, baik aku teruskan perkongsian ilmu dengan korang SEKARANG!!!

Tadi adu dok survey-survey baby stuff untuk yang bakal keluar ni nanti. Tiba-tiba terpandang deretan bottle yang menawan hati. Tak caya??? Cer tengok gambar-gambar kat bawah ni. Ini semua point aku nak menggosok Hubby dengan penuh jitu. Chaiyok!!!
Kalau tak dapat yang set macam kat atas ni... Macam kat bawah ni pun tak apa...


Tak pon macam ni...
Ini???


Ok tak...yang ini???
Ok... ok... tak dapat juga nak yang ini saja... huhuhu

 Semua bottle yang aku tengok semua cute-cute. Bila tengok harga. Ok bye!!! Hahaha... Terus terfikir "kenapa mahal sangat ni??" Terus terpandang ni...



Hey apa ni??? Terus tanya pakcik google apa itu BPA??? Jawapannya...

'BPA bermaksud Bisphenol A. Ia merupakan Bahan Kimia Industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat.'

Bahan kimia industri???? Wah!!! Takutnya... Berikut jawapan dari pakcik google yang berhati mulia...


Bahaya kan?kan?kan? Eee..banyak info yang aku kena tahu pasal baby stuff sebelum membeli. Jadi kepada korang yang sudi berkongsi amatlah dialu-alukan. Boleh jadi follower diary aku ni dan aku akan menjadi follower korang serta secara automatiknya mambaca entry-entry atau ifo-info yang korang beri. Sekian...

:: masa untuk sambung cuci mata tengok baby stuff ::

Serious dah nampak Baby Que!!!;)

Hari jumaat yang indah menjelang tiba. Di hari yang indah ini secara officialnya aku nak publish kat semua hasil 3D 4D scan Baby Que sabtu lepas. Cewah!!! Tapi dukacita dimaklumkan 3D (gambar) saja yang boleh diupload guna pc ni. 4D (video) unsupported katanya. Haiya!!! Kurun ke berapa punya pc la ni. Apa pun tak boleh. Tapi tak mengapalah. 3D pon 3D lah.

Are you ready????? *gewdiks*

Ok dimulakan dengan Bismillahhirohmanirrohim...

*sila abaikan muka BFF aku yang agak toya di belakang itu..hihihi*


Pada 19/11/2011 telah termeterailah pernikahan antara Hadhrami Farhan dan Masita. Mendapat restu dari kedua belah keluarga. Maka bersatulah dua hati menjadi satu. Hahaha..hamboi mukadimah!!! Kelas kau Maria!

Ok sambung. Pada Ferbuari lepas kami disahkan akan mempunyai cahaya mata a.k.a baby a.k.a junior. Fuhhhh... Alhamdulillah! Ingat lagi masa tu Tuhan saja yang tau betapa happy + tak percaya + excited + bla + bla + blablabla. Pendek kata macam-macam rasa ada bila Doktor sahkan dalam perut aku ada baby yang berusia 6minggu. Hampir saja air mata ini mengalir. srotsrotsrot~ Dan kini kami gelarkannya Baby Que. ;)

Dan pada sabtu lepas (9/6/2012) kami iaitu aku dan Hubby telah dengan kata sepakat ingin meng'scan' Baby Que. eh cop!! Wujud eh perkataan "meng'scan" tu???hehehe... Pada mulanya Baby Que malu dan tak nak menunjukkan mukanya. Tapi finally....

Jeng... jeng... jeng...



Alololololo!!! Sopannya anak ibu dan abah. Nampak gaya tengah tidur. Rasa nak cium-cium monitor masa ni. Serious sangat teruja dan terharu. Ini serious imej Baby Que. Kalau tak percaya sila refer nama kat atas tu. Itu nama aku!!! Itu baby aku!!! ops.. Baby aku dan Hubby.


Haaaa... yang ni diantara gambar favourite. Sayang video dia tak boleh tunjuk kalau tak boleh tunjuk betapa cutenya Baby Que isap jari. Habis isap jari dia menguap lepas tu tarik tali pusat. Semua dapat tengok. Thanks juga pada Jezz yang gigih memujuk Baby Que supaya menunjukkan muka. Kalau tak sampai ke esoknya dia tutup mukanya dengan kedua belah tangan. Tapi Jezz tak ambil gambar tu. Alaaaaaaaaaaaaa... Sayang! Tapi tak pe ada lebih kurang 50pcs gambar Baby Que. Tapi tak bolehlah tunjuk semua. Sikit-sikit. Hehehe...

:: Baby Que baby kami ::

Thursday 14 June 2012

Info menarik tentang baby





10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
+=============================+
( ♥ Jemput SHARE, LIKE dan TAG jika anda suka artikel ini ♥ )

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel



:: Copy & Paste dari FB kawan. Yang no3 tu pasal ibu jari tu aku setuju. Ada gambar Baby Que isap jari masa pergi scan hari tu. Nanti aku upload.. ;) ::

Perginya ditangisi.

Dalam kegembiraan kami yang insyaAllah akan menimang cahaya mata yang pertama. Malam semalam kami dikejutkan dengan sms dari abah (FIL) dan call dari adik (SIL) tentang pemergian insan yang bergelar nenek. Arwah wan meninggal kerana sakit tua malam tadi. Innalillahiwainnailaihirojiun~~~



:: Alfatihah. Semoga roh arwah Wan tenang disana. amin... ::

Wednesday 13 June 2012

Kelebihan susu ibu. ;)

:: share dengan semua ::

24weeks Daaaaaa


Alhamdulillah... Bila pandang gambar diatas ni. Rasa macam nak mengalir air mata pakej sekali dengan air hidung. Hihihi... Boleh gitu??? Ya lor. Usia perkahwinan kami kini ingin mencecah 7months dan Baby Que esok akan mencecah 24weeks iaitu 6months. Terasa hidup semakin bermakna. Syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanNya.

Biarlah orang nak kata aku ni poyo or what ever. Yang aku tau apa yang aku cerita dalam Blog a.k.a Diary aku ni adalah luahan dari hati aku sendiri yang ingin aku sharekan pada sesiapa yang membaca especially kawan-kawan yang sudi membaca. Itu saja. So please kepada yang tak suka, tinggalkan saja blog ni dengan hati yang terbuka. ;)

Baby Que sekarang semakin aktif didalam perut ni. Kadang-kadang rasa macam tak senang nak duduk diam. Tapi tuhan saja yang tahu betapa happynya hati ni. Walaupun sakit dicucuk-cucuk oleh nurse, aku HAPPY!!! Lupakan sakit yang kecil-kecil tu semua kerana aku tahu ianya amat berbaloi. ;)

:: Doakan dipermudahkan segala-galanya ya kawan-kawan ::


Dah nampak Baby Que!!! ;)

Ok dah cerita pasal booking. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa tu hari sabtu. Tak sabar-sabar nak jumpa my sweet Baby Que. Tak pernah tengok dia. 1st time lah katakan, jadi excited yang melampau-lampau. Gerak dari Bentong tengahari tu bersama-sama Hubby, MIL & BIL. Dalam perjalanan macam-macam rasa ada. Sekejap berkerut muka sebab nervous, sekejap senyum tak sabar nak menatap wajah Baby Que yang dinanti-nantikan. Permata hati aku dan Hubby.

Oh ya... Lupa nak bagitahu! Aku booking Scan tu di Klinik Fauziah, Ampang.


Haaa...siap menggoogle map untuk korang tau. Nak lebih jelas korang boleh la pergi google map sendiri. Taip saja Klinik Fauziah confirm keluar map ni. Tak caya pergi buat sekarang.

Sampai saja di area klinik jam baru menunjukkan pukul1:00. Alamak!!! Lagi sejam. Apa pula aktiviti kami disini??? Tiba-tiba Baby Que bergerak dengan penuh ligat. Oh!!! Rupa-rupanya perut belum diisi. MIL tanya nak makan apa. Kebetulan toleh kiri kanan ada Dominos Pizza. Oh I love Dominos. Cheese Burst!!! Nasib MIL tak kisah. So makan sajalah dekat situ. Habis makan saja terus gerak ke klinik. Kebetulan aku memang nak check tekanan darah.

Alhamdulillah tekanan darah aku normal. Sebelum turn aku jumpa sonographer untuk scan, sempat lagi aku jumpa Doktor. Macam-macam yang aku nak Doktor tu check dan macam-macam soalan aku dah sediakan untuk Doktor. Macam-macam jugalah nasihat yang Doktor tu beri pada aku. Rupa-rupanya pemakanan aku sangat-sangat tak sihat. Sebab tu HB aku rendah dan suspect kencing manis bagai. Fast food semua aku tala habis. So syabaslah aku ucapkan untuk diri sendiri. Wuhuuuuu~~~ Kepada awak-awak-awak especially ibu-2-be macam aku, silalah jaga pemakanan awak. Jangan jadi seperti aku.

Ok abaikan cerita sadis diatas!!! Tibalah turn aku untuk di scan. Dup dap dup dap ~ Masuk bilik dan berjumpa Jezzlyn. Wah... Jezz sangat cantik! Itu yang aku fikirkan masa mula melangkah kedalam bilik untuk di scan. Jezz merupakan sonographer aku pada hari itu. Friendly sangat!!! Hubby dibenarkan masuk. Begitu juga dengan MIL & BIL.

Ok tiba masanya aku berbaring... Masih dalam keadaan seram sejuk. Rasa nervous sangat-sangat nak jumpa Baby Que. Tapi dalam nervous-nervous aku tu sempat aku tengok muka Hubby. Senyum meleret!!! Aku tau dia sangat excited, sama seperti aku. Anak pertama kot. 1st time melalui semua ni. Seronok! Alhamdulillah kami diberi peluang melaluinya. ;)


Siapa tau ni gambar apa??? Angkat tangan!!! Inilah kaki milik Baby Que. Patutlah aku selalu rasa bagai ada gelanggang futsal dalam perut ni. Rupa-rupanya favourite Baby Que. Siap tendang dengan kedua-dua belah kaki. Hamboi!!! Sayang ibu, dalam perut saja tau ibu izinkan awak tendang-tendang. Dah kat luar tak boleh tau! Hehehe... Harap Baby Que akan jadi anak yang baik. amin...

:: ok nanti sambung balik. Saja bagi tengok kaki Baby Que dulu.. hehehe ::

Booking 3D 4D Scan.

Selamat pagi yang ceria semua. Hari ni nak story pasal 3D 4D scan for ibu-to-be. Sekarang kan dah moden so baby dalam perut pon kita dah boleh tau aktivitinya. Seronok!

1st hari tu, tak berapa minat nak scan-scan ni. Kononnya nak SURPRISE!!! Tapi bila fikir-fikir balik apa salahnya kalau aku dan Hubby ambil tahu apa yang Baby Que buat dalam perut ni. Lagipun ini 1st time aku membuyung macam ni. Macam-macam pasal baby yang aku nak tahu. Plus dengan tengok gambar-gambar scan 3D yang di upload oleh kawan-kawan lain yang membuyung dalam  FB. Fuuuh.. Semakin rasa nak-nak-nak!!!

Bila request dekat Hubby. Dia terus kata ok dan suruh aku cari kat mana nak buat. Bermulalah pencarian ku dengan bertanya kepada kawan-kawan dan pakcik google yang disayangi. Search punya search, jumpalah 3D 4D Scan Malaysia


Bila view comment-comment testimoni yang dah pernah dapatkan service dia. Terus bertambah teruja nak pergi. Semua kata sonographer dia best. Wooooo wooooo woooo terus rasa nak booking masa tu juga. Tapi tak boleh sebab schedule hanya akan diupdate setiap isnin setiap minggu. So balik terus tanya Hubby. Alhamdulillah Hubby kata 8 Jun 2012 nak balik Bentong, Pahang. Yeaaaaaaaaaay!!!!

Sampai saja isnin 4hb terus booking online. Alhamdulillah juga tak fullu booked. Rasa nak joget-joget depan PC. Ok. Behave yourself Ita!


Haaaaaaaaa....Rasa best saja dapat email ni. Seronok!!! Seronok!!! Seronok!!! Sambil joget-joget. Harga dia berpatutan tau. Pasal harga nanti akan diupdate. ;)

:: Booking dah... Cerita sepenuhnya akan disambung kalau free. Hehehe ::

Tuesday 12 June 2012

Blog aku, wall aku, Ikot akulah!

Hai awak-awak-awak sekalian. Hari ni terlebih rajin nak meng'hapdet' Diary kesayangan ni. Kerana masih dalam excited pregnant. Makanya haruslah aku story-morry pasal baby or something yang ada kaitan dengan life aku, hubby & Baby Que. So kepada sesiapa yang rasa MELUAT or apa-apa perasaan macam tu sila-silalah klik tanda 'x' kat atas tu dan minta jasa baik awak yang meluat tu tak payahlah view Diary ni lagi. Buat dosa awak saja nak menyalak-nyalak kat wall FB sendiri kononnya meluatlah nak muntahlah dan seangkatan dengannya.


Untuk pengetahuan semua, kalau aku ada terpuji Hubby aku sendiri ke dengan menyatakan dia sweet itu adalah luahan dari hati aku dalam blog aku yang aku rasa tiada kena mengena dengan orang yang ada penyakit hati macam ni. Oh ya!!! BM aku memang tak kredit masa SPM dulu tapi dah kredit selepas buat paper july. Itu pun aku pakai duit bapak aku. Tak guna DUIT BAPAK KAU! Jadi silalah tak yah nak menyemakkan kepala fikir pasal aku.

Untuk pengetahuan semua, Blog ni pon aku create untuk cerita benda-benda yang menarik yang berlaku dalam hidup aku. Aku mungkin tak selantang sesetengah pihak yang dengan GAHnya tulis dalam status FB or entry dalam blog aku ala-ala macam otai. contohnya macam "kawan aku dah nak mampos dah nazak setengah mati tapi Hubby aku kejam tak bagi aku pergi melawat. Benci!!" kononnyalah kan. Dengan tujuan awak-awak-awak yang membaca akan TIDAK MELUAT dan fikir Eeee...ciannya dia. Sabarlah ya kerana mempunyai Hubby yang useless or kejam macam tu.Dia sangat tabah! Buat apa nak bagitau orang benda-benda macam tu??? Once dah kahwin, kenalah jaga aib pasangan kita. Itu hanyalah pendapat aku. Aku tak pernah kot nak cakap orang ni tak patut tulis macam ni or macam tu. Siapa aku untuk menyalak-nyalak di wall aku sendiri benda yang tak ada kena mengena dengan aku. Tak ada kerja kot aku nak buat macam tu. Jadi dimintalah kepada awak yang berkenaan. Tak payahlah nak caring sangat. Simpanlah meluat awak tu untuk benda lain.

Diulangi, kalau tak suka or nak kata BM aku berterabur or what so ever silalah klik 'x' kat atas tu dan lupakan hasil penulisan aku yang cacamarba ni. Aku malas nak bermusuh-musuh dengan orang. So kalau awak yang berkenaan rasa nak jadi musuh aku silalah remove aku dari friendlist FB tu dan stop view Blog aku. Aku betul-betul malas nak layan orang macam ni. Ikut Hubby memang dia kata jangan balas. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Tapi kadang-kadang aku pelik. Apa masalah orang macam awak ni??? Memang kerja cari hal orang saja kah? or cari pasal dengan orang kah??? Memang minat macam tu kah? Kalau suka sangat nak bermusuh or bergaduh silalah cari orang lain. Aku malas nak buat benda-benda bodoh macam awak buat!!!

:: tolong tak payah nak cari pasal sangat ::


sweet!!!


:: (^,^) ::

Ni pasal makan ke pasal kampung halaman?

Wah!!! Telah lama blog a.k.a Diary ku ini tidak diupdate. Semuanya adalah kerana masa yang sangat mencemburui aku. Cewah!!! Mana taknya jumaat lepas aku dan Incik Hubby bertolak balik ke kampung halaman. Wuhuuuu...Seronok!!! Dah lama tak balik tengok MIL dan FIL. Dah lama tak bau getah dari kilang berhampiran rumah. Dah lama tak jumpa Mel!!! Serious dah mula rindu sangat-sangat.

Dan menambahkan ke'best'annya, SIL aku yang cantik bergaya telah membelikan aku... Taraaaaaaaa....


Yummi!!! Dah lama sangat-sangat-sangat nak makan cupcake wondermilk. Terbayang-bayang saja. Last-last dapat juga makan. Thank SIL!!! muah..muah..muah..cium pipi sampai berlendir.

Sampai rumah MIL & FIL makan pula sup tulang merah yang diorder dari Maktok. Tq mami & maktok!!! Sup tu sangat-sangat-sangat superb!!!  Nasib baik keadaan sekarang tak mengizinkan aku untuk melantak secukup-cukupnya. Fuhhh....

*Curi gambar ni dari FB mami*

Sambil menaip sambil mengesat air liur tengok gambar-ganbar diatas. sruuutsruut... hahaha... Sedap sangat! So kepada sesiapa yang ada kat area JB bolehlah order kat SINI. Wah promote!!! hahaha... 

Thursday 7 June 2012

Wednesday 6 June 2012

Wordless Wednesday

Dah mengadu-domba pagi tadi barulah sekarang nak buat Wordless Wednesday(WW) kan?kan?kan? Hahaha... Ah Tak peduli. Mau juga...



:: (~,^) ::

HB rendah + Berat badan naik mendadak = Syabas !

Hai la rabu... Sepatutnya hari ni nak wat Wordless Wednesday (WW) saja. Tapi serious, selepas pergi check up semalam banyak pula nak cerita. Sebenarnya aku sangat...

Sedih + Risau + Nervous + blablablabla

Mana tak nya. Semalam check Hemoglobin (HB) boleh pula semakin rendah. Iron tablet dah berguni kot aku makan. Masa nurse bagitau HB aku rendah terus rasa macam 'ARGHHHHHHHHHHHHHH' Why baby why???? Dah la nurse bagitau siap dengan ceramah di pagi hari. Ni kira macam pakej la. Yang membuatkan aku bertambah risau bila nurse kata BOLEH LAHIRKAN ANAK PRA-MATANG!!! Takuuuuut!!! Rasa nak nangis kuat-kuat time tu. srot..srot..srot... 

Malam tadi terus post status kat FB, minta kawan-kawan share kalau-kalau mereka ada cara naikkan HB. Terus dapat tahu rupa-rupanya Iron tablet kena makan SEBELUM makan!!! Diulangi SEBELUM... Yang aku selamba makan selepas makan. Haiya!!!


Belum habis lagi, lepas nurse check hb tu tengok pula berat badan. ADOI!!! Tepuk dahi aku dibuatnya. Naik 4kg dengan mendadak. Nurse buat muka risau, aku pon tanyalah "Teruk sangat ke kak???" Nurse tu masih dengan muka risau suruh aku baring. Dia nak check perut. Katanya takut baby besar. Hati aku tuhan saja yang tahu. Check punya check alhamdulillah baby normal. Nurse kata tak besar pun. Lepas tu nurse tanya "Nak dengar degup jantung baby???" Walaweeeeeh!!! Confirmlah nak!!! Bila dengar saja, airmata bagai ingin mengalir tapi cepat-cepat ku seka. Wow!!!Ayat novel terus keluar Uols!!!hahaha... Alhamdulillah aku dapat mendengar degupan jantung Baby Que. Laju sangat-sangat!!! Aku tanya nurse, tapi nurse kata normal. ;)

Nurse pandang muka aku dan slow saja dia tanya "awak ada kencing manis?" Tersentap mak noq!!! "Tak ada pula, kak" aku menjawab serious. Dan hasilnya jumaat ni aku kena menjalani ujian kencing manis. Syabas Ita!!! Padan muka aku sebab tak jaga makan. Semua yang nampak sedap, sental!!! Nasib baik baby tak besar. Muka aku time nurse kata kena check kencing manis jumaat ni terus jadi macam tempe! Ok tak apa. Fikir positive, baru suspect kan?kan?kan? belum confirm!!! lalala... Positivenya aku. hehehe... 

:: So doakan aku tak memiliki penyakit itu ya awak-awak-awak semua ::


Monday 4 June 2012

Aeycha & Paan

Pagi yang ceria datang menjengah. Woh!!! Nape sabtu dan ahad cepat sangat berlalu erk?? Why?? Why bebeh??? Hehehe... hari ni buka saja FB. Weeeewit!!! Semua bercerita pasal Wedding of The Year. Siapa lagi kalau bukan kisah Aeycha dan Paan. Mau tak Wedding of The Year Uols dah 10tahun diorang couple. And finally berakhir dijinjang pelamin. Congratz Aeycha & Paan!!! Hope korang bahagia hingga ke akhir hayat.

*curi dari Cae..lalalala*

Suka tengok gambar ni. Encik Paan bukan main senyum meleret!!! Sukalah tu. Tapi aku nak korang fokus kat hidung Aeycha. Ooooo...nanges erk??? Hehehe. Terus terimbas detik-detik aku dan Hubby disatukan. Nasib baik mke up kalau tak fikir make up mau 3hari 3malam tak habis melalak. Hahaha... Ok aku tipu! Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru Aeycha dan Paan.

:: Terkenang dimasa lalu...lalalalalala ::

Friday 1 June 2012

Celoteh pagi jumaat.

Hari jumaat tiba lagi. Wah!!! Terasa ceria dipagi hari. Mana tak nya, pagi ni bersarapan dengan pavlova. nyum...nyum...nyum... Tapi still lapar lagi. Hamboi!!! Baby Que ni banyak mamam la. Tak apa. As long as, Baby Ibu dan Abah sihat. Ibu ok saja.

So kalau dah tahu hari ni hari jumaat, kepada kaum muslimin dan muslimat semua khususnya kaum lelaki. Jangan buat-buat lupa ya untuk menunaikan solat jumaat!!! Kalau BUAT-BUAT lupa nanti aku sebat buntut. hehehe...

So dah celoteh boleh kurang panjangnya diatas. Saja nak suruh awak-awak-awak semua layan gambar budak-budak kecil ni... Lalala... Selamat Hari Jumaat Semua!!!!




:: Abang dan Ebi memang pantang tengok camera ::