<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 3 October 2012

Jadi makin tak sabar

Assalamualaikum semua!!!

Korang sihat tak?? Sakit kepala tak?? Aku bukan saja sakit kepala. Semua pun sakit ni haaa... Hari ni dah 39weeks 6days ye kawan-kawan aku mengandungi baby. Lagi beberapa hari nak sampai due tapi aku masih disini. Bergelumang dengan fail-fail yang menimbun. Mengapa jadi begini??? Ini adalah kerana, Baby Que masih belum mahu keluar dari perut... Uwaaaaaaaa... Dah start risau + tak sabar.

Kelmarin aku memonteng kerja lagi sebab ada appointment dengan Dr. pakar di HSI. Seronok!!! Dia scan ala-ala cam private gitu. Hubby pon boleh masuk tengok dan dia explain satu-persatu. Serious rasa Dr. Hajar tu sangat sweet. Aku tiada apa-apa masalah sangat. Kencing manis menampakkan penurunan, HB menampakkan peningkatan tapi harus dinaikkan lagi tapi tekanan darah saja yang semakin menurun. Aku pun pelik la. Orang kata " Ita, jangan fikir-fikir or stress sangat nanti kena tekanan darah tinggi!!" tapi ni semakin menurun pula. Adakah aku tak fikir dan tak stress mengakibatkan tekanan darah turun??? Haish! Tak faham.

Tau tak dah last-last ni rasa mengantuk sangat-sangat. Lagi-lagi waktu tengahari. Mencabar sungguh! Mata ni macam ada gam. Kerja aku mengorok je la bila sampai waktu tengahari. Siap buka air-cond dalam bilik meeting. Haruslah aku transform bilik meeting kepada bilik sleeping time ni. Siapa yang ada pengalaman macam aku ni, sekarang ni asyik panas saja. Tu yang tak boleh tidur malam + dengan Baby Que yang makin aktif. dusyum dusyum gedebak gedebuk dalam perut. Lagi-lagi kalau nak tidur. Hamboi!!!

Rasa macam dah tak sabar sangat-sangat nak pegang anak sendiri. Lagi-lagi 24sept yang lepas kakak angkatku selamat melahirkan baby boy. Haaa... Ni haaa...


Alololololo...comel kan? puting kat mulut tu bukan aku yang sumbat hokey!!! Ibu dia yang sumbat. So korang jangan salahkan aku. hehehe... Apa-apa pun Congratz Norin!!!! Anak kau sangat comel. Eh sangat-sangat-sangat comel la.

:: Tak sabar :: Tak sabar :: Tak sabar :: Tak sabar ::