<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday, 31 May 2012

Rindu kampung halaman

Hormon hari ni memang sangat tak stabil. Cop!!! Tapi bukan hari ni saja. Dah banyak hari macam ni. Kejap rasa nak nangis, kejap rasa nak marah, kejap rasa nak makan banyak, kejap rasa nak jadi pendiam, bla,bla,bla.... Pendek kata memang sangat-sangat tak stabil. Tapi ni semua maybe normal untuk wanita seperti aku.

Tadi ibu mertuaku call tanya khabar, serious aku rasa nak sangat-sangat nangis dan peluk dia. Nak cerita-cerita macam dia ada depan mata aku. Tapi kami jauh!!! Tu yang rasa sayu sangat-sangat-sangat. Terus buka-buka gambar dia. Tapi sayangnya gambar aku dan ibu mertua sebelum sah bergelar menantu kebanyakkannya belum bertudung. So better aku tak upload kat sini.

Mula la nak melalak tengok gambar-gambar tu semua. Gambar time pergi Cameroon Highland sama-sama, Masa pergi Bukit Tinggi sama-sama, masa pergi mandi sungai sama-sama. Masa tengok gambar-gambar tu rasa aku rindu kenangan tu semuanya. Adik, Mel, Keknis dan Abah pun tak ketinggalan. Haaa.... masa mandi sungai tu aku dah bertudung. So bolehlah aku interframe kat sini...

Rindu semua dalam gambar ni!!! ;'(

June ni kami insyaAllah akan pulang ke kampung halaman nun jauh disana. Yeaaaaay!!! Boleh jumpa semua diatas ni. Lalalalala....

:: sangat teruja nak bawa perut balik kampung. Baby Que pun tak sabar nak jumpa semua ::

Senaman untuk ibu mengandung

Hai... Hari tu dah bebel-bebel pasal Berat Badan Ideal untuk para Ibu-ibu Mengandung atau Membuyung kan??? So hari ni nak 'hapdet' pasal senaman Ibu mengandung pula. So kepada awak-awak-awak yang mempunyai simptom-simptom setiap minggu perut membesar seperti aku. Bolehlah amalkan. Tapi penyakit ni selalu bagi wanita yang dah berkahwin. Bagi lelaki, anda bolehlah check Doktor ya tak pon bomoh. hahaha...



Ok yang ni aku surender kalau nak explain panjang-panjang. Terus-terang cakap aku sendiri tak pernah lagi buat. So untuk keterangan lanjut korang boleh klik link kat bawah gambar tu. Lagi puas hati.

Tapi mengikut apa yang aku baca. Senaman yang patut dielakkan adalah seperti berlari atau berjogging atau kejar-mengejar ditepi pantai bersama Hubby. No! No! No! Tak boleh tau!!! Angkat berat, tekan tubi, gerangan pusing pinggang, bla...bla...bla... Dengan erti kata lain Tak payahlah nak ganas-ganas sangat. Buat senaman-senaman manja sudaaa.

:: So sekarang dah boleh buat senaman kat atas tu..hiyah..hiyah ::



Pendapat Wa vs Pendapat Lu : Duit Orang vs Duit Sendiri

Dah lama rasanya aku tak buat 'Pendapat Wa vs Pendapat Lu'. Dulu rasanya pasal 'Cinta vs duit' kali ni pasal 'Duit Orang vs Duit Sendiri'... Entah kenapa terpanggil pula nak menconteng-conteng dalam diary pasal tajuk kat atas tu. Ini cumalah contengan seorang insan yang bukanlah siapa-siapa. Hanyalah seorang masyarakat marhaen. Aku tulis ni bukanlah kerana aku seorang kerabat diraja atau anak YB malahan juga bukan seorang wartawan. Aku menulis hanya mengikut pendapat aku sahaja. So kepada sesiapa yang rasa macam pendapat dia lagi bagus, tepat dan benar atau nak berpolitik disini, SILA KLIK TANDA 'X' kat atas sebelah kanan tu. Aku sangat-sangat-sangat mengalukan awak-awak-awak untuk tidak meneruskan pembacaan.

Tujuan aku menulis ni, bukanlah untuk berdebat yang mana betul dan yang mana tidak. Aku cuma ingin meluahkan pendapat aku sendiri tanpa menyelitkan unsur-unsur negatif mahupun unsur politik di dalam Diary ku ini. Diulangi aku hanya sekadar meluahkan pendapat aku sahaja!

Trend yang aku nampaklah sekarang ni. Ini semua mengenai sifat manusia. Aku menulis begini bukan aku pandang dari pandangan seekor kucing atau arnab ataupun anjing. Aku memandang dari pandangan seorang manusia. Manusia yang makin tak faham dengan sifat manusia yang susah nak senang hati dengan kesenangan orang lain atau dengan erti kata lain TIDAK SENANG TENGOK ORANG LAIN SENANG. 

Contohnyalah kan... Bila saja nampak orang kaya tu beli something yang memang layak dengan kemampuannya dikatakan pembaziran dan lagi siap tolong arrange lagi duit si kaya tu dengan berkata begini " Ada duit beli bukan-bukan. Membazir!!! KAN BAGUS KALAU DERMA ATAU TOLONG ORANG MISKIN!!!" Wah...hebatkan??? Tapi kalau sendiri punya duit, senyap... Tahu-tahu pergi melancong, tak pun bershopping kat Bandung, Paling tak pun serang Johor Premium Outlet sebab ada sale. Ewah!!! Duit orang ko pandai arrange untuk kebajikan. Duit kau??? Untuk kebajikan diri sendiri. Apa punya manusia erk???

Ini pendapat aku. Memang dah selalu tengok macam ni. Masa Megasale korang berduyun pergi shopping, Tak ada pun kira membazir ke tak. Waktu Air Asia buat promotion pergi melancong murah-murah, Tak ada pon korang kata tak naklah membazir. Tapi bila 'ORANG KAYA' tu beli barang dia mahal tapi memang dalam kemampuan dia, bukan main itu ini korang kata. Manusia... manusia... manusia...

:: So kalau ada yang tak berpuas hati dengan pendapat aku ni, ada aku kisah??? ::

Tuesday, 29 May 2012

Berat Badan Ideal Ibu Mengandung.

Semalam aku post kat FB pasal berat badan sebelum hamil iaitu around 45kg @ 46kg sekarang telah mencapai 55kg. OPOCOT!!! Terkejut mak. No wonder rasa dah tak boleh nak berlari marathon lagi. Eceh!!!
Bila aku post saja 'status' tu yang berbunyi cam ni "55kg!!! Ahahai ~~~<3" Terus dapat macam-macam comment. Ada yang yang cakap OK. Tak kurang juga yang suruh berjaga-jaga. Teruuuuuuuuuuus!!! Hatiku ini bagai ditusuk sembilu. Ewah!!! Risaulah mak Enon. Tak caya??? Haaa Tengok!

*klik untuk tumbesaran pic ini*

Aku apa lagi, search info pasal Berat Badan Ideal bagi Ibu-ibu mengandung. Macam-macam blog & page aku buka. Baca itu, baca ini. Dan hasilnya aku dapat formula ini...


Terus try... Hasilnya aku terlebih berat 2kg pada minggu ini. Adoyai!!! Balik terus ngadu kat Hubby. Almaklumlah aku memang pengadu tegar. Tapi Hubby kata tak apa. InsyaAllah tak akan apa-apa. So pasni nak pergi bersenam yang ringan-ringan. Senaman yang khas untuk pregnant women. Bukan apa demi kesihatan aku dan Baby Que. So kepada awak-awak yang sama membuyung dengan aku. Bolehlah try formula ni. ;)

:: Doakan kami ya awak-awak-awak semua!!! ::

1st gift for Baby Que.

Assalamualaikum!!! Hai awak-awak-awak!!!

Hari ni nak story-morry about my Baby. Oleh kerana nama telahpun dipilih. So nak call baby dengan gelaran Baby Que. Even belum scan baby gurl or baby boy tapi tetap juga nak panggil Baby Que. Apa maksud Que??? Hanya Allah, Aku dan Hubby saja yang tahu. Kalau nak tahu kena la tunggu baby keluar lihat dunia dulu. Tak gitu???

Hari minggu yang lepas, sabtu tu memang puas merayau dan berdating bersama-sama Incik Hubby tercinta. Antara aktiviti kami yang menjadi favourite aku. Jeng... jeng... jeng...


Lumba makan pavlova yang diorder dari seorang kawan. Serious sedap yang menggila! So pada sesiapa yang nak order bolehlah pergi SINI. Comfirm tak menyesal punyalah.

Lepas lumba makan pavlova lumba makan benda-benda lain. Pendek kata memang hari mencekik sedunialah hari tu. Kenyang + penat sangat-sangat. Balik rumah saja. Ameeeeeeeeek!!! Kaki bengkak. Lalala... Tu lah jalan tak ingat dunia. Padan muka aku!!!

Esoknya, konon-kono nak pergi jemputan kahwin. Dengan kaki yang bengkak??? Oh..Tidaklah! menyusahkan orang especially Incik Hubby nak kena dengar rengekan yang berpanjangan. So Hubby kata DUDUK RUMAH!!! Hm... Boring!

Petang tu masih berusaha memujuk Hubby. " Jomlah keluar, Yang!!!" Tapi dengan nada manjalah kan?kan?kan? Huhuhu... Dan akhirnya, dapat juga aku membodeknya. Oh Ita pembodek tegar!!! Hahaha...

Sekali dapat bodek terus pergi Johor Premium Outlet. Lalala. Tolong jangan jealous. Kami jalan-jalan-jalan tiba-tiba dengan tak semena-mena dapat idea nak beli gift untuk Baby Que tersayang. Taraaaaaa...


For our Baby Que, Sayang!!!


Orang yang tak nak keluar, sekali dah keluar tak reti nak balik. Huh!!!


Hai si gem...gem...GEMOK!!!

Tengok barang-barang baby kat JPO tu rasa nak bawa khemah, tidur sana saja. Bangun saja, shopping!!! Bangun saja, shopping!!! Bila borak ngan Hubby baru perasan. Kami asyik nak pergi tempat baby saja sekarang. Barang sendiri diabaikan.Tapi tak apa. Baby Que adalah kehidupan baru yang akan menyinari hidup kami tak lama lagi.

:: Doakan semuanya selamat ya. ;) ::

Monday, 28 May 2012

Gambar masa bertandang.

Assalamualaikum semua....

Hari isnin telah datang bertandang. Terkulat-kulat aku dan Incik Hubby bangun pagi tadi. Almaklumlah dah 2hari cuti. Hari ni kena bangun siap-siapkan anak-anak meow baru settlekan diri sendiri. Itulah yang dinamakan tanggungjawab. Cewah!!! Tengah terkulat-kulat menyiapkan diri terjumpa 1 pendrive. Berkerut jap tengok pendrive tu. Belek-belek sikit decide nak bawak pergi office. 

Sekali buka rupa-rupanya... Jeng jeng jeng... Koleksi gambar-gambar pengantin time bertandang di kampung halaman Hubby, Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Ini mesti kerja Incik Hubby tapi dia lupa nak bagitau. "Tak apa kekanda, adinda tak marah" hahaha... So haruslah aku nak 'hapdet' kat Diary kesayanganku ini. Walaupun bagi awak-awak-awak semua benda ni dah lama berlalu. Dan mungkin dah dianggap 'basi' tapi tidak pada diri ini... Hamboi!!! Bermadah berhelah pula aku dipagi hari. Hehehe...


Alolololo..... ala-ala model katik seh aku!!!


Masa ni kami dipaksa berguling-guling ala hindustan di Muzium Felda*okeh. part yang guling-guling tu aku tipu...lalalala~~~*. Kenapa pilih muzium felda sebagai lokasi??? Haruslah!!! Aku kahwin dengan anak peneroka Felda pertama diMalaysia.Huh!!! Wah poyos statement mak noq!!! Hehehe... 

Actually banyak gambar lagi. Tak sempat nak membelek lama-lama. So upload saja yang mana berkenan dijiwa. Sambil menaip sambil terkenang-kenang zaman itu. Cewah!!! Ahahai!!!

:: Hokey!!! Time to buat kerja. Tata semua... Doakan kami berbahagia selamanya ya ::


Thursday, 24 May 2012

Aku dalam dilema.



Hai!!! Hari ni nak story-morry ngan semua. Actually sekarang dah terasa dalam dilema. Mana taknya dengan perut yang makin membesar dan memboyot. Baju paling besar pun dah terasa ketat. Bayangkan daripada berat 46kg naik 49kg lepastu naik 51kg. Sekarang dah 53.3kg!!! Ni pun aku tau beberapa hari lepas masa beli Herbalife tu. Dia siap timbang berat badan aku. Tapi benda ni semua normal kan?kan?kan? Aku tak adalah dlema sangat pasal berat badan ku yang kian meningkat ni. Sebab aku rasa ada orang yang belum kahwin lagi dah membesar dengan pesat. Ops!!! Maafkan keceluparan mulutku. Hehehe. Ok berat bukan point yang ingin aku tekankan serta highlightkan disini. Yang aku risaukan keadaan baju yang kian mengecil. Psss...habis baju Hubby semua jadi hak milik aku. Hahaha... Tolong bagitahu aku yang itu pon normal kan?kan?kan?

Yang menambah dilema aku bila aku buka web-web yang jual maternity dress or maternity blouse banyak yang paternnya macam tak berapa berkenan. Macam baju yang mak aku pakai. Alamak!!! Demand lah pula kan?!!! Dah tu ada pula yang cun-melecun buat aku tangkap cintan tapi bila tanya harga...gulp!!! Kedekut kan aku? Actually aku just fikir baju-baju tu aku just pakai smasa membuyung macam ni saja kan?? Kenapa nak beli mahal-mahal?? Oh!!! Kalau korang rasa aku sangat kolot. Dipersilakan... Sebab bagi aku saving untuk baby dalam perut aku ni lagi berbaloi dari baju-baju cantik yang harganya mencecah ratusan ringgit tapi akan dipakai sementara waktu sahaja. Siapa setuju angkat tangan!!! Siapa tak setuju, hm..angkat kaki.hehehe.

:: Oleh kerana itulah kini aku dalam dilema. So ramai-ramai cakap kat aku "Padan muka kau, Ita!!!" ::