<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday, 27 June 2012

Tema untuk Maternity Potraits.

Hai kawan-kawan!!! Good morning semua. Hari ni kena ceria-ceria tau. Sebab aku nak share kat korang pasal benda yang CERIAAAAAAAA!!!

Segalanya bermula bila aku perhatikan perutku yang mula membuyut dan membesar. Terlintas satu idea yang aku pasti sekarang ni dah jadi trend dikalangan mom-2-be & dad-2-be di seluruh dunia. Iaitu nak mengabadikan kenangan semasa melalui saat-saat yang best seperti aku ni. Saat terasa perut bagaikan senget ke kanan dan ke kiri. Hehehe... Nak buat Maternity Potraits la pula!!! Maternity tu dalam bahasa melayu beranak a.k.a bersalin kan??kan??kan?? Gila kah aku nak berpossing semasa bersalin??? Hilang akal??? Ok ganti la dengan Pregnancy Potraits... Baru ngam!

Makanya bila perut dah besar dan rasa nak buat juga macam mereka-mereka yang lain. Tiada orang lain yang aku percaya selain photographer ku semasa majlis ku dulu. Jeng jeng jeng... Qaseh Gambargraphy !!!
Kak Wani pon apa lagi... Ok saja!

Dah dapat confirmation dari Kak Wani dan Abang Leman maka banyaklah yang harus difikirkan. Salah satunya ialah TEMAAAAAAAAAAAAAA...... Wah excited! Apa tema nak buat??apa tema nak buat???apa tema nak buat???*sambil lari kehulu-kehilir*

Apa lagi... Pakcik google tersayang kan ada. So jumpalah idea-idea yang bernas. Contoh-contohnya...

source : helmi khusaini







Banyak lagi yang buat aku gila meroyan. Hehehe... Tapi nanti cari lagi. So idea dah berjoget-joget dalam kepala tinggal approval dari Hubby yang cerewet tu. Apa-apa pun sama-samalah kita tengok hasilnya. ;)

:: semakin excited ::


Monday, 25 June 2012

Weekend saya. ::karangan tak melebihi 1500patah perkataan ::

Assalamualaikum semua!!!

Hari ni hari isnin...Waaa...hari isnin...hari isnin dah tiba *sambil lari-lari setempat* Hari untuk mencari rezeki dah bermula. Makanya marilah kita bersungguh-sungguh melakukan tugasan yang diberi.. Hiyah!!!hiyah!!!zzzzzZZZZZ...

Weekend ku hilang sekelip mata. Mana tak nya sepatutnya weekend ada sabtu dan ahad. Tapi sayangnya sabtu Hubby kerja halfday. Cuma petang saja dia ada. Malam sepatutnya dia ada futsal, tapi last minute dia kata cancel. Katanya nak habiskan masa shopping barang dapur dan makanan kucing yang dah hampir habis. Yahoooo!!! Walaupun muka relax tapi hati tuhan saja yang tahu... Ohohoi~~~ *sambil joget-joget*

Hari ahad pula dari pagi sampai ke malam kena ambil darah di klinik. Pkl8 pagi sekali, lepas tu pkl12 tengahari sekali, Pkl6 petang sekali dan last pkl9 malam. Fuuuuh!!! Memang kena berpuasalah kan. Kalau tak habis la BSP (Blood Sugar Profile) aku. Kalau boleh biarlah ambil darah saja. Janganlah kena inject-inject. Sakit woooooo~~~



So masa pkl12 tengahari tu, lepas aktiviti cucuk-mencucuk berlaku. Aku dan Hubby keluar berdating-datingan sambil mencuci mata. Tengok baby stuff yang harus di beli dan yang harus di survey. Wuhuuuu!!! Aktiviti ni serious menarik. Bawa list bukan main lagi. Sampai Jusco mata terus cari benda-benda yang cute saja. Walaupun tak ada dalam list, bila cute saja. Secara automatiknya kena beli. Hahaha... Membazir!

Ni diantara yang telah menjadi milik baby Que... Jeng... jeng... jeng...


Cute tak??? Cute kan???kan???kan??? Hubby geleng kepala. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk terus mencari barang-barang yang cute. Dari Jusco ke Anakku. Adalah beberapa baby stuff for my Baby Que yang dah dibeli. Alhamdulillah. Beli sikit-sikit so tak lah terasa berat sangat. Almaklumlah orang makan gaji. hehehe... Oleh kerana jantina Baby Que belum di war-warkan kepada semua. Maka haruslah aku tak meng'show off' baby stuff yang dah dibeli. Kang semua tau pula base on colour-colour barang-barang tersebut. Wuhuuu... Bijak tak??? ;P

Habis mencuci mata time to merehatkan minda. Makanya Hubby pon apa lagi...

FOKUS!!! Haish... sangat memboringkan tunggu orang ini main game... Dear Hubby, saya bosan. Sekian terima kasih.

Ok yang ni paling tak menahan aku gelak. Muka serious main game kanak-kanak ni. Dah lah hampeh! 1 teddy bear pon tak dapat. huh!!! Hahahaha...

Habis sesi-sesi merapu ni akhirnya sampai jua kami di teratak kami. Fuuuuh penat! Dan as usual, kaki pun membengkakkan dirinya. Maka haruslah Hubby menjadi tukang menyapu minyak panas dikaki.

Thanks Hubby!!! And special thanks juga untuk FIL dan MIL yang membelikan aku minyak-minyak ini berserta supplement-suplement di dapur. Sayang Mak dan Abah!!!

:: ok jom buat kerja... daaaa ::

Friday, 22 June 2012

Jumaat itu indah.

Hari jumaat telah menjelma. Alhamdulillah kita semua masih diberi nikmat untuk bernafas di bumi Allah ini. Ingat ya awak-awak-awak semua. Macamana gah pon kita, besar mana pun pangkat kita, se'best' mana pun  hasil penulisan kita. Kita tetap berpijak diatas dunia yang sementara. Dunia yang hanya pinjam-pinjaman. Jadi mari kita sama-sama sedar diri sebelum kita jadi manusia yang TAK SEDAR DIRI. Haaaaa... Serious tau ni! Semoga hidup kita mendapat keberkatan. ;)

:: Banyakkan berselawat dari mengumpat ya. Pesan pada diri-sendiri juga!!! ::

Thursday, 21 June 2012

Burger Bakar JB.

Hai semua. Assalamualaikum...

Hari nak cerita pasal makanan yang YUMMI~~~ Hari apa entah hari tu aku dan Hubby try burger bakar. Kat JB ni belum popular macam dekat KL tu. Memang susah nak cari burger bakar. Tapi alhamdulillah, dapat juga makan.


Ok kalau tak silap aku yang ni original punya...


Yang ni pula BBQ punya.... Dua-dua pun boleh tahan sedapnya. Yummi~~~

Ni orang konon-konon pening nak makan mana satu. Padahal dia punya satu saja. "D, sila makan awak punya saja ya!!! Jangan usik burger saya!!! huh!!!" Pasal benda lain boleh bincang. Pasal makan?? OH NO!!! hahaha...

Sesiapa yang berada di area JB dan ingin mencuba burger bakar macam kami makan ni. Sila-silalah klik DISINI. Selamat mencuba... ;)

:: yummi-yummi-yummi ::

Wednesday, 20 June 2012

Selamat Hari Abah!!!

Entry kali ni memang nak laju-laju saja. Salah satu dari sebabnya ialah aku ada banyak kerja nak buat. Tapi masih sibuk nak meng'hapdet' dan kepoh-kepoh dalam diary ni. Jadi kepada semua yang baca sila baca laju-laju. Tapi sebelum tu tarik nafas dulu. Ok 1...2...3... Start...

Hari minggu hari tu bertempat dirumah Emak dan Abah. Aku dan kakak telah merancang 1sambutan hari bapa untuk Abah tersayang dan ofcoz untuk abah-2-be iaitu Hubby. Semua sibuk melantak masakan dari air tangan emak. Tak ada seorang pun yang volunteer nak jadi photographer. Huh!!!

So ni sajalah gambar yang ada...


Oklah kan dari tak ada. Ini pun gambar hasil curian dari orang yang bertanggungjawab menguli dan membuat Marble  Cheese Brownies ni. Yummi... Sangat sedap dan harganya juga berpatutan. Sesiapa yang nak order bolehlah terus pm AFFA sendiri. Serious sedap!!! Kenapa " SELAMAT HARI ABAH"??? Sebab abah tu abah aku dan Hubby juga nak baby Que panggil dia abah.

Walaupun dah lepas nak juga wish Selamat Hari Abah kat FIL aku yang jauh nun di Bentong!!! Kan best kalau abah ada kat sini. Boleh sambut dengan abah dan abah-2-be sama-sama!!! Apa-apa pun aku sayang abah-abah-abah aku!!! ;)

:: ok dah siap dah entry ni. Time fokus kerja plak..daaaa ::

Wednesday Wordless (~,^)

:: Baby, Ibu dan abah sayang awak!!! ::