Kisah bermula bila Incik Hubby balik Pahang baru-baru ini. Aku tak dapat men'joint'kan diri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Almaklumlah kerja ngan boss yang sangat baik hati. Maka disuruhnya aku OT waktu Public Holiday itu. Sadis kan!!!
Sedih kena tinggal tu Tuhan saja tahu. Nasib baik sahabat a.k.a BFF ku Jila pulang dari KL. Seronok! Makanya kuranglah sikit rasa sunyi. Tapi still sunyi tanpa Incik Hubby. Serious!!! Ini bukan satu cerita untuk membodek Incik Hubby. Ini adalah kisah benar!!!
Berbalik kepada cerita gembira yang ingin aku sharekan bersama seperti title entry ini, bangun pagi selasa lepas aku pon membongkar laci untuk mencari pregnant test yang aku beli semalamnya. Cari sana, cari sini, geledah sana, geledah sini dan Uh finally aku jumpa juga. Tanpa melengahkan masa terus pergi test. Teringat pesanan budak yang kerja Guardian tu. "Akak, kalau nak lebih afdal test waktu pagi tau. Lepas bangun tidur" dengan semangat yang berkobar-kobar terus test. Hasilnya, Taraaaaaaaaaaaaaaaa.....
Rasa nak melompat-lompat macam beruk kena belacan. Ops!!! Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Terus call Incik Hubby yang baru bangun tidur. Bila Incik Hubby dapat tau saja, terus aku dengar suara dia seperti bukan orang yang baru bangun dari tidur. Wah!!! Happy nampak! Syukur kehadrat Ilahi. Aku tahu Incik Hubby sangat-sangat-sangat gembira.
Keesokkan harinya selepas Incik Hubby pulang dari kampung halamannya terus diajaknya aku pergi ke klinik. Wah excited la tu. *psss...aku pon excited..hehehe* Dr scan dan beritahu bahawasanya aku telahpun mengandung 6minggu. 6minggu bersamaan sebulan 2minggu. Uit...dah lama juga tu. Ya Allah bersalahnya pada baby sebab aku sikit pun tak jaga makan dalam tempoh itu. 'Maafkan ibu ya baby sayang.' Dr juga ada beritahu due date aku 26sept. Waaaa...sama dengan burfday ibu mertuaku. Suka!!! Suka!!!
So kepada kalian semua. Tolong doakan aku dan future baby aku sihat tau. Dan semoga dipermudahkan segalanya. ;)
:: siapa kata insan 'ketiga' tu jahat??? ::
tahniahhhh...!!! :D
ReplyDeletethanks...;)
ReplyDelete