Alhamdulillah... Bila pandang gambar diatas ni. Rasa macam nak mengalir air mata pakej sekali dengan air hidung. Hihihi... Boleh gitu??? Ya lor. Usia perkahwinan kami kini ingin mencecah 7months dan Baby Que esok akan mencecah 24weeks iaitu 6months. Terasa hidup semakin bermakna. Syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanNya.
Biarlah orang nak kata aku ni poyo or what ever. Yang aku tau apa yang aku cerita dalam Blog a.k.a Diary aku ni adalah luahan dari hati aku sendiri yang ingin aku sharekan pada sesiapa yang membaca especially kawan-kawan yang sudi membaca. Itu saja. So please kepada yang tak suka, tinggalkan saja blog ni dengan hati yang terbuka. ;)
Baby Que sekarang semakin aktif didalam perut ni. Kadang-kadang rasa macam tak senang nak duduk diam. Tapi tuhan saja yang tahu betapa happynya hati ni. Walaupun sakit dicucuk-cucuk oleh nurse, aku HAPPY!!! Lupakan sakit yang kecil-kecil tu semua kerana aku tahu ianya amat berbaloi. ;)
:: Doakan dipermudahkan segala-galanya ya kawan-kawan ::
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)