Hari ni hari isnin...Waaa...hari isnin...hari isnin dah tiba *sambil lari-lari setempat* Hari untuk mencari rezeki dah bermula. Makanya marilah kita bersungguh-sungguh melakukan tugasan yang diberi.. Hiyah!!!hiyah!!!zzzzzZZZZZ...
Weekend ku hilang sekelip mata. Mana tak nya sepatutnya weekend ada sabtu dan ahad. Tapi sayangnya sabtu Hubby kerja halfday. Cuma petang saja dia ada. Malam sepatutnya dia ada futsal, tapi last minute dia kata cancel. Katanya nak habiskan masa shopping barang dapur dan makanan kucing yang dah hampir habis. Yahoooo!!! Walaupun muka relax tapi hati tuhan saja yang tahu... Ohohoi~~~ *sambil joget-joget*
Hari ahad pula dari pagi sampai ke malam kena ambil darah di klinik. Pkl8 pagi sekali, lepas tu pkl12 tengahari sekali, Pkl6 petang sekali dan last pkl9 malam. Fuuuuh!!! Memang kena berpuasalah kan. Kalau tak habis la BSP (Blood Sugar Profile) aku. Kalau boleh biarlah ambil darah saja. Janganlah kena inject-inject. Sakit woooooo~~~
So masa pkl12 tengahari tu, lepas aktiviti cucuk-mencucuk berlaku. Aku dan Hubby keluar berdating-datingan sambil mencuci mata. Tengok baby stuff yang harus di beli dan yang harus di survey. Wuhuuuu!!! Aktiviti ni serious menarik. Bawa list bukan main lagi. Sampai Jusco mata terus cari benda-benda yang cute saja. Walaupun tak ada dalam list, bila cute saja. Secara automatiknya kena beli. Hahaha... Membazir!
Ni diantara yang telah menjadi milik baby Que... Jeng... jeng... jeng...
Cute tak??? Cute kan???kan???kan??? Hubby geleng kepala. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk terus mencari barang-barang yang cute. Dari Jusco ke Anakku. Adalah beberapa baby stuff for my Baby Que yang dah dibeli. Alhamdulillah. Beli sikit-sikit so tak lah terasa berat sangat. Almaklumlah orang makan gaji. hehehe... Oleh kerana jantina Baby Que belum di war-warkan kepada semua. Maka haruslah aku tak meng'show off' baby stuff yang dah dibeli. Kang semua tau pula base on colour-colour barang-barang tersebut. Wuhuuu... Bijak tak??? ;P
Habis mencuci mata time to merehatkan minda. Makanya Hubby pon apa lagi...
FOKUS!!! Haish... sangat memboringkan tunggu orang ini main game... Dear Hubby, saya bosan. Sekian terima kasih.
Ok yang ni paling tak menahan aku gelak. Muka serious main game kanak-kanak ni. Dah lah hampeh! 1 teddy bear pon tak dapat. huh!!! Hahahaha...
Habis sesi-sesi merapu ni akhirnya sampai jua kami di teratak kami. Fuuuuh penat! Dan as usual, kaki pun membengkakkan dirinya. Maka haruslah Hubby menjadi tukang menyapu minyak panas dikaki.
Thanks Hubby!!! And special thanks juga untuk FIL dan MIL yang membelikan aku minyak-minyak ini berserta supplement-suplement di dapur. Sayang Mak dan Abah!!!
:: ok jom buat kerja... daaaa ::
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)