<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday, 31 October 2011

Jom Holiday!

Hari ni merupakan hari terakhir di bulan oktober. Bye october, Hye November. Langkah ku terhenti. Wah!!! Dah tinggal 19hari lagi. nenong nenong nenong~~ terus jadi tak berapa betul. *padahal sebelum-sebelum ni pun tak berapa nak betul gak.hehehe*

Jadinya aku pon mengambil keputusan untuk meng'apply' cuti. Yeaaaay!!! Cuti adalah perkara terindah dalam hidup seorang pekerja. siapa tak setuju???angkat kaki selama 2jam. Ada berani?? Hehehe... Bila tengok Kalender saja, mula nak senyum lagiiii lebar. Mana taknya cuti kahwin yang company aku bagi 7hari tak termasuk sabtu dan ahad. 22hb Nov 2011 dan 28hb Nov 2011 Public Holiday. Total cuti yang aku dapat 2minggu. Yippieee!!! Bukan senang nak cuti lama-lama ni. Tapi tak boleh kalah ngan BFF aku yang cuti bersalin tu. Hamboi!!! 2bulan melepak kat rumah. Hehehe...

Ops... sebelum lupa, ramai juga yang memilih November ni untuk melangsungkan perkahwinan. Congratz korang-korang semua. Semoga ikatan yang dibina menjadi mahligai cinta yang membahagiakan. So jangan lupa apply cuti tau!!! :)

Terus terbayang itu ini yang belum settle. Tapi tak apa. Relax!!! Weekend lepas Incik Kudut dah bawa pergi release tension. Thanks awak!!! Tapi oleh kerana aku berada dalam zon malas yang teramat. Nanti-nanti sajalah aku upload gambar yang tak seberapa tu. Malas itu seni!

:: Terima kasih Tuhan kerana memberikanku kekasih yang baik hati. Terima kasih Tuhan kerana menghayati ::

Thursday, 27 October 2011

Dugaan...

Hari ni mood aku sedikit merudum kerana adanya jerawat batu yang tumbuh bawah dagu ni. Sangat meluat!!! Huh!!! Mana taknya, tidur dah la tak lena. Makan kacang pula berbakul-bakul. Time buat kerja saja, mulalah mulut ni nak mengunyah. Lepas tu kalau berat badan naik mulalah buat muka seposen. Haish!!! Nak membebel panjang-panjang pun tak guna. Tulah Ita a.k.a diriku sendiri. Lempang muka sendiri. Aiyark!!!

Bercerita pasal dugaan yang menimpa. Mesti rasa stress yang teramat. Betul orang kata makin nak dekat harinya, makin hebat dugaan yang dihadapi. Macam-macam yang kepala ni kena fikir. Lagi kecian dengan emak dan abah. Nak dijadikan cerita, kelmarin kami dapat berita daripada aunty ku. Katanya atuk aku jatuh. Jadi selasa malam tu bertolaklah kami sekeluarga ke Mersing. Incik Kudut juga turut serta. Deepavali semalam kami sambut dengan linangan air mata melihat keadaan atukku yang semakin kurus. Ya Allah, kau sembuhkanlah orang-orang yang aku sayangi. amin....

Stress!!! Stress!!! Stress tersangat dan teramatlah stress!!! Mana taknya, dengan tempoh yang hanya tinggal tak sampai sebulan banyak lagi yang aku kena fikirkan dan settlekan.Tapi aku sangat bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk mengadu, bercerita, bersandar dan yang paling penting memahami diriku dan keluarga. Thanks Incik Kudut. I Love You!!! Emak dan abah serta adik-beradik yang lain pun banyak nasihatkan aku agar bersabar atas dugaan yang menimpa. Thanks semua!!!

Doa dari kalian amat-amatlah dihargai. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar. amin....


Tuesday, 25 October 2011

Upah!

Nak story pasal upah yang kitorang bagi pada diri kitorang sendiri lepas dapat menjawab soalan yang 'mencabar' dari pegawai Pejabat Agama semasa kitorang pergi mendaftar perkahwinan. Soalannya ialah " Nama tunang kamu Hadhrami?" Hahaha... Mencabar kan?kan?kan? So kerana mencabar tulah kitorang me'reward'kan diri kitorang dengan nyum...nyum...nyum...







Taraaaaaaaaaaaaaaaaa......nyum..nyum..nyum...


Licim. Ok!!! ni gambar-gambar tak diedit. Memang licin. Hahaha... Berkecai diet aku. So lepas ni tak bolehlah mengeluh-ngeluh lagi badan gemuk. Hehehe... Thanks Incik Kudut kerana merosakkan diet saya. Apa-apa pun, saya sayang awak! ;)

Weekend yang busy!

Wah! Bersawang sana, berhabuk sini. Apa ni? Apa ni? Nilah effect dari ke'busy'an aku sepanjang weekend ni. Langsung tak ada masa nak menconteng diary kesayangan ni. Serious!!! Sangat letih. Kepala mula ligat fikir apa yang belum settle, apa yang nak kena settle, siapa lagi yang nak kena jumpa, bla...bla...bla...

Minta maaf juga pada wedding kawan-kawan yang aku tak dapat attend. Silalah marah aku sekarang!!! Silalah cakap " Ita, nanti wedding kau tak ada siapa-siapa datang baru kau tahu!!!" Silalah...Silalah... Dan aku akan merayu minta korang ganti tempat aku dan rasakan pula apa yang aku rasa. Tekanan!!! Ok. Relax.. Chill bebeh!!! Aku tahu korang mesti faham punye!

Belum terlewat untuk aku ucapkan "Congratz, Jojo!!!" kepada kawan ku yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya weekend yang lepas.

Cantik kan? Terkesima aku dibuatnya. Cewah!!! Serious cantik sangat-sangat. Sorry aku tak dapat attend wedding kau, Jojo. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin...*gambar ni aku culik dari fb kau, Jojo.hehehe*

*****
Hari sabtu lepas, set bilik tidur hasil sponsorship dari seorang insan yang baik hati telah pun sampai di rumah. Wah!!! Happy sangat-sangat. Rezeki nak mendirikan rumahtangga lah katakan. Cewah. White colour. Ikutkan hati yang menggedik-gedik nak show off kat semua ni, nak saja aku upload gambar tu. Tapi fikir balik, nanti tak bestlah. Nanti lepas majlis bolehlah tunjuk. Sekarang tak mahulah. ngeh...ngeh...ngeh...

Oleh kerana set katil sudah sampai. Maka dengan ini terpaksalah aku memindahkan katil lama ke rumah baru kami. Yeaaaah... Free!!! Hahaha... Tak payahlah aku nak nyanyi lagu cindai by Siti Nurhaliza tu " Berbantal lengaaaaan tidurku~~~" Thanks emak dan abah kerana memberikanku katil untuk beradu dirumah baru. Cewah!!! Hehehe...

Taraaaaaaaaaaaa...inilah hasil kreatif Incik Kudut. Tak nak sewa lori punya pasal, kami bawak katil pakai kereta viva. Korang jangan tiru tau. Bahaya!!! Ni semua nak jimat punya pasal. Nasib baik tak kena saman. Haish!!!
*****

Hari isnin pula, Aku dan Incik Kudut selamat mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam Johor Bahru. Hamboi!!! Sepanjang jalan aku dok menghafal doa lah, hak isteri lah, tanggungjawab isteri, bla...bla...bla.... Cuak sangat-sangat. Tak tahu apa nak jawab. Masa kitorang datang ada 10 pasangan yang kitorang kena tunggu barulah sampai giliran kitorang. dup dap dup dap lah apa lagi. Dalam hati 'hope semuanya akan ok.'

Sampai giliran kami. Pegawai yang bertugas pun dengan muka serious minta dokumen-dokumen yang kitorang ada. Kitorang yang cuak ni buat-buatlah cool. Muka saja cool, hati Allah saja yang tahu. Dah settle dia belek dokumen kitorang. Pegawai tu pun start buat muka suspens. Soalannya " Nama tunang kamu Hadhrami??" Aku dengan muka confuse mengangguk dan jawab ya. Ok itu saja. Haaaaaa???Apa ni???Apa ni??? Hehehe... Alhamdulillah. Settle sudaaa.

Lepas ni nak kena jumpa tok kadi pula. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin... (~,^)

Friday, 21 October 2011

Bila kurang di ambil peduli.

Hai kawan-kawan. Selamat berhari jumaat yang indah. Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar pagi ni. Marilah kita memanjatkan kesyukuran dengan apa yang kita dah miliki. Jangan asyik meroyan kat twitter or update status kat FB complaint sana, ngadu sini. Jangan asyik mengeluh dengan apa yang ada disekeliling kita, baik kita bersyukur kerana masih ada mereka yang sudi menjadi penyeri hidup kita. Lebih Afdal. kan?kan?kan?

Hari ni badan rasa lemau saja. Dari semalam rasa macam nak demam. Bila kurang dari sebulan nak sampai majlis ni. Mulalah badan rasa tak sedap. Kurang ambil peduli pasal kesihatan, macam nilah jadinya. So, korang-korang kat luar sana tu sila-silalah jaga kesihatan. Aku ni tidur pun dah tak cukup. Mahu tak mahu kena fikir tentang majlis. Oh... Semoga semuanya berjalan lancar. amin...

Buat pengetahuan semua, wedding invitation card belum dipos pun. Sabtu & Ahad ni barulah nak tengok plastik yang berisi kad yang banyak-banyak tu. Almaklumlah, balik kerja dah penat. Serious tak sempat. Mudah-mudahan esok tak ada apa yang akan menghalang aku, Incik Kudut dan family menyelesaikan kad-kad tu semua. amin....

Bismillahirohmanirrohim...
Ya Allah,
semoga majlis Masita dan Hadhrami Farhan berjalan lancar, dipermudahkan segala urusan dan diberkati olehMU. 
Amin.... 



:: Kawan-kawan, korang juga doakan untuk aku juga ya. JazakAllah khair!!! (^,~) ::

Thursday, 20 October 2011

15/10/2011

Hari ni umurku telah pun berganjak kepada 25 tahun 5 hari. Tua sudaa. Dan sebelum gambar-gambar birthday hari tu basi, makanya aku nak la show off kat sini. hehehe...

Jeng Jeng Jeng.....












Kitorang dalam perjalanan balik ke kampung halaman Incik Kudut masa ni. So, singgahlah Melaka. Sangat teruja!!! Sebab 1st time naik Duck cruise tu. ...Quek...Quek... Best!!! Jakun kan?kan?kan? Thanks kepada Incik Kudut. Saya sayang awak!!!

Lepas berfoya-foya makan angin atas bot. Maka perut pun menjerit-jerit minta diisi. Kebetulan hari tu nak fast food so pergilah KFC di Mahkota Parade. Nyum...nyum...nyum....



Bila tengok gambar ni rasa lapar pula. Pastu terus gelak. Incik Kudut memang 'buruk lantak' orang Kedah kata. Tengoklah makan dua orang tapi banyak macam ni. Percaya tak??? Haish!!! Ni semua kerana kupon KFC yang nak expired. Cepat-cepat guna. Lepas makan terus tersandar. Erk!!! Alhamdulillah.

Lepas tu, singgah lagi. Kali ni beli Coconut Shake pula. Yummi.... Nampak tu Incik Kudut ngah jalan pergi beli. Oleh kerana cuaca panas. Aku tak nak ikut. Hehehe... Jahat kan?

Taraaaaaaaaaaaaaaaa.........nyum.....nyum....nyum....yummi..................... (~,^)

Perjalanan diteruskan lagi. Kali ni ke Nilai 3. Kerana future MIL, FIL & SIL sedang menanti disana. Waaaaah!!! Shopping!!!Tapi diorang la yang shopping. Aku tengok saja. Hehehe...

Ok. Konon-konon berat la tu.Huh!!! Bedo'oh!!!

Ok dan akhirnya kitorang konvoi 2 kereta untuk pulang ke Pahang. Balik Kampung Oooo Balik Kampung....lalalalalalala....


:: Penat + happy ::



Wednesday, 19 October 2011

Klik Klik Klik !!!

Cak!!! Wah. Main cak cak nampaknya dipetang hari ni. Mood yang sangat bercelaru. Kejap nervous, kejap seronok, kejap lagi takut, bla...bla...bla... Ini semua adalah kerana hari ni 19 Oct. Hehehe... Kepada B2B lain yang masih merasakan date penting korang tu lama lagi, siaplah!!! Korang juga akan merasakannya. Cewah!!!

Haaa...Baru-baru ni kawan ku Amad Iqbal bertanya tentang photoG yang harganya Ok dan hasilnya sungguh Ok. Makanya aku buat entry ni. Sebelum ni pun kalau korang ingat aku pernah janji nak kasi korang tau mana-mana photoG yang menawarkan pakej-pakej menarik.

Tapi kan... Setelah kan... Dilihat balik kan...kan...kan...PANG!!! Ok setelah dilihat semula banyak pakej-pakej yang dah terabur-raban. eh ada eh word tu?hehehe... Banyak yang Incik Kudut dah buang kerana tidak diguna pakai. Hm...Kejam!!!

Tapi tak apa. Aku ada bagi korang link-link yang berfaedah. Sila-sila survey sendiri. ;)
  1. Qaseh Photographix,
  2. Izphotostudio,
  3. Jojo,
  4. Soffi
3 ngan 4 tu member aku. Harga boleh runding insyaAllah. So korang-korang yang masih belum booking tu, pergi booking cepat-cepat! Esok kalau dah semuanya fully booked. Baru korang nak nangis guling-guling tak guna, FAHAM!!! Wah garangnya aku! Hehehe....

Ok nanti aku nak suruh Kak Wani snap pic aku ngan Incik Kudut macam ni. Ok tak???
<<Wacha>>

30 d.a.y.s

Eh...Eh...cop... Tengah banyak-banyak kerja tadi tengok calender, 19 Oct!!! Then, terus rasa nak jerit. Debaran semakin terasa. Lagi sebulan untuk menghabiskan tempoh darah manis ni. Menggelabah semacamlah. Rasa macam banyak yang belum settle. Dup Dap Dup Dap...

Rasa macam dah tak nak buat kerja. Nak tumpukan pada hari bahagia saja. Boleh gitu?? Oh...Kalaulah duit bukan keperluan. Memang aku nak duduk menghadap preparation untuk wedding saja. Oh...Bahagianya...


Sekarang ni time to jemput-menjemput. Kepada semua yang dah bagi alamat, insyaAllah kad akan sampai kerumah korang. Kepada yang belum aku jemput kat FB sajalah. Doakan semua berjalan lancar. Amin...

:: Nervous ::

Oh meja ku...

Hye!!Hye!!Hye!!! Banyak yang nak di story-morrykan. Dah banyak hari tak update diary ni kan?kan?kan? sebabnya aku pulang ke kampung halaman Incik Kudut untuk menyelesaikan borang pendaftaran nikah. Alhamdulillah dah dapat approval dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk bernikah di Johor. Syukran...syukran...syukran... Balik kat sana tu susahlah nak update diary pakai handset. Makanya, terbengkalailah diary ku selama aku disana.

Nak cerita sangat apa yang berlaku masa burfday aku 15 oktober 2011 yang lepas. Nak cerita sangat pasal apa yang berlaku di D'Pilis Andaman. Tapi kan....hm....


Jeng Jeng Jeng....Oleh kerana aku telah berholiday selama 2hari, makanya meja aku pon bersepah-ranah. Aku kena settlekan semua ni. Nanti lepas tu bolehlah layan update ni sampai lebam...hehehe... Sayang semua. Muah...

:: winkwink ::

Friday, 14 October 2011

Pang Pang Kopang Kopang Bing Gibing Gibing Gibing~~ Part 2

Wah!!!Wah!!!Wah!!! Ada part 2 lagi tau. Bukan main lagi. Hahaha. Hai! Hai! Semoga kita semua didalam keadaan sihat sejahtera. Semalam aku dah pergi kerumah Ketua Kampung yang merupakan atok saudara aku. Makanya, aku dah selamat disahkan bujang. Lalalalala~~

Semalam juga ada seorang kawan yang baca Dear Diary ni suruh aku update pasal dokumen-dokumen yang perlu di fill in oleh bakal-bakal pengantin. Tu yang aku buat Part 2 ni. Sambungan dari yang lepas kerana katanya yang lepas tak berapa details. Ewah!!! Kau ingat aku kerja kat Pejabat Agama???Hehehe... Just Kidding. Sayang kau, Tasha. ;)

Ok jom refresh balik checklist...

1. Kursus kahwin ::Done::
2. Borang Pengantin Lelaki ::On The Way::
  • Yang ni korang kena tanya bakal-bakal pengantin lelaki dan pengantin lelaki diluar sana. Sebab lain negeri lain borangnya. Macam Incik Kudut orang Pahang. Makanya tak samalah dengan orang Johor.
3. Borang Pengantin Perempuan & Surat Akuan Bujang ::Done::
  • Haaaa...ni yang nak cerita panjang sikit. Untuk orang JOHOR sahaja ye. Negeri lain aku surrender. Memang confirm tak tahu.  Borang kena bayar RM5 sahaja.

  • Nilah borang untuk orang Johor. Korang kena isi details korang dan pasangan. Belakang borang ni korang kena isi details tentang saksi borang. Yang mengesahkan bahawasanya apa saja yang korang tulis dalam borang ni adalah benar. So tak mahu tipu-tipu tau!!! Borang ni ada 2 keping. Blue & white color.

  • Ni borang untuk wali korang isi. Macam aku Abah lah yang jadi wali. ;)



  • Ni pula Surat Akuan Bujang dari Ketua Kampung. FYI, surat ni memang Ketua Kampung yang dah provide. Tak payah korang tunjuk rajin sangat sampai nak taip sendiri pula tau.*macam aku..hehehe*

*Adalah yang korang kena photostat macam I/C korang, I/C wali, I/C saksi borang dan Sijil kursus kahwin. ;)

4. Tok Kadi & Saksi ::On The Way::

5. HIV Test ::Done::



  • Taraaaaaaa...yang ni HIV Test punye form. Bagi orang JB. Dekat belakang form tu ada list klinik dan hari apa yang boleh buat test ni. Bayar RM1 saja kalau tak silap.;)
Ok tamatlah sudah explaination aku untuk kali ini. Semoga Info ni berguna untuk korang-korang semua. Nanti kalau ada apa-apa yang aku tahu, InsyaAllah aku akan update lagi. Share semua ni tak buat kudis pun. So jomlah share info-info yang bermanfaat. *winkwink*

:: Sharing is Caring::



Thursday, 13 October 2011

Barang dari Sarawak.

Alhamdulillah. Firstly, izinkan aku melompat-lompat sambil menjerit-jerit disambung dengan berguling-guling macam tenggiling. Seronok yang tak terhingga. Rasa nak senyum sampai 44hari. Mesti lepas ni kedut kat muka aku hilang serta-merta. Yessss!!!

Ok ceritanya begini. Hari tu aku ada order barang-barang make up untuk hantaran dari my BFF from Sarawak. Alaaa... Si Naffa tu. Sebab dia member and boleh dapat Discount. So why not aku beli kat dia kan?Lebih berbaloi.

Semalam dia msg "Beh, Fa dah courier barang tu" . Aku just kata "Ok.tQ yunk"

Hari ni seperti biasa aku buat kerja dengan muka toya. Sangat tak best bila time banyak shipment macam sekarang ni. Nak berfoya-foya pon tak boleh. Meluat tau. Macam nak muntah tengok fail-fail atas meja ni.

Balik makan terus pergi meja bila ternampak 1kotak. Diatas kotak tu ada nama dan alamat aku. Bawah kotak pulak ada nama dan alamat Naffa. Ok dah sah dari Naffa. Senyum sikit.

Taraaaaaaaaa...ni la kotak yang dimaksudkan. Kotak yang buat aku tersenyum cam orang tak betul. ;)

Bila buka saja... Jeng jeng jeng!!!




Sila jealous dengan aku ye semua. Sebab aku dapat discount gila-gila untuk barang-barang ni semua. Korang-korang pun sedia maklum, kalau mahal tak adanya aku beli. hehehe...

Yang menambahkan tahap kegembiraan aku bila aku nampak something yang aku tak order tapi ada dalam korak tu. Dan korang-korang boleh tambah tahap ke'jealous'an korang kat aku.

Taraaaaaaaaaaaaa.....

Huhuhuhu....Kenapa kena jealous??? Sebab, Aku dapat ni FREE la. Thanks sangat-sangat Fa!!! Saya memang sangat-sangat memerlukan skin care time ni. Jerawat batu dah tumbuh atas dahi ni haa...Siap beranak-pinak lagi. Huh!!!



::Yeaaaah!!! Lalalalalalalala....Happy bebeh!::


Wednesday, 12 October 2011

Budget Ooo Budget - photoG

Alhamdulillah hari ni aku masih lagi bernafas dan masih lagi mampu meneruskan perjuangan untuk ke puncak cinta. Cewah! Pagi-pagi lagi dah berdrama. Perjuangan ke? Tak sesuai!!! Hehehe....

Kali ni entry pasal budget la pula. Sebelum ni cerita pasal idea, preparation dan bla...bla...bla.... tapi jangan lupa ye semua itu menggunakan wang yang bukan sikit-sikit anak. Semua tu kena matching dengan budget.
Suka baca entry Kerry. Semua preparation dibuat teliti dan budget yang berbaloi. Ada setengah orang biar papa asal bergaya. Tak bagus kan?kan?kan?

Pasal PhotoG pon aku macam dia juga. Incik Kudut kata budget less than 1thousand. So kena redha dan cari yang Ok. Satu persatu photoG aku call. Dengan majlis yang tak sampai 3bulan lagi masa tu, memang sangat mencabar. Sebab yang cantik dan murah banyak dah fully booked. Aku pon hampir-hampir putus asa. Rasa macam nak suruh kawan snap gambar pakai handset saja. Boleh gitu???Eeeewww..Kedekut betul! Hehehe...

Cari punya cari aku dah pun jumpa yang avaiable time majlis aku, murah dan hasil yang alhamdulillah. Kakak Wani tu pun sangat best. Sporting yang menggila. Rasa selesa saja borak dengan dia. Mudah-mudahan dapat berkerjasamalah aku nanti. Bukan apa aku ni tak reti nak berpossing kalau dengan orang yang aku tak biasa. Ok jom cerita pasal package yang aku dapat dari Qaseh photographix ni.

Harga : RM750 (Nikah/ Malam berinai & Bersanding - 2hari)

·                    Two (2) Photographer Coverage
·                    2-3 event
·                    3 Pcs (20 Pages) – Sticky Album
·                    4R – 220 Pcs
·                    1 CD – Unlimited Photoshoot
·                    8’ x 24’ – Frame & Picture (FREE)
·                    5 Pcs (8’x12’) with Fully Edited (FREE)
·                    Outdoor Photoshoot (FREE)
·                    Coverage – NO Limitation Hours

Puas hati kan? Ada lagi pakej-pakej yang lagi murah dari ni. Kalau korang nak tau korang boleh la pergi blog dia. Lagi puas hati. Yang aku suka. Bila dia provide 2 photoG kat majlis tu nanti. So dapat la snap banyak moment. Bukan aku saja. Semua yang hadir boleh masuk dalam gambar. Suka kan? Hm... Lagipun kakak dan abang tu tak berkira. Katanya kalau ada masa dan aku request nak outdoor lepas nikah and lepas sanding pun boleh. Dia tak ada hal. Eee...Best!

So next entry aku bg link photoG yang jimat n ok. Sekarang tak sempat. Daaaa.....

Tuesday, 11 October 2011

Menaikkan seri muka.

Hari ni 11.10.11. Wah!!! Sangat cantik ini date. Kalau weekend confirm ramai yang berebut nak buat majlis hari ni. So kepada siapa-siapa yang menyambut burfday pada hari ini meh aku nak nyanyikan...

"Happy burfday to you...
Happy burfday to you...
Happy burfday to youuuuuu....
Happy burfday to you..."

Hamboi!!! Sedak suare mu. Bak kata orang Kelantan. Hehehe... Hari yang indah ni tak usahlah kita bermasam-masam muka dan bersedih. Kena banyakkan senyum. lagi-lagi kepada B2B yang akan naik pelamin. Mesti tak mahu muka berkedut-kedut kan? kan? kan? Makanya SENYUM!!! (^,~)

Berbalik kepada title diatas, actually aku ada terbaca tips untuk menaikkan seri muka. So aku ingat nak sharelah dengan korang-korang. Sharing is caring. ;)

Bahan : Air kelapa.
Cara-caranya:
* Ambil air kelapa dan sapukan keseluruh wajah.
* Biarkan sampai kering.
* Dan basuh wajah anda.
* Step yang last ni sangat penting iaitu AMALKAN SELALU.

Senang kan? Tapi ingat tau. Kalau betul-betul nak serikan wajah amalkan selalu sambil berdoa. Jangan buat sekali dah nak rasa perbezaannya. Memang taklah kan. Semua benda yang kita buat kena buat dengan nawaitu yang baik dan istiqamah. Selamat mencuba untuk aku dan korang-korang semua. *winkwink*

Monday, 10 October 2011

Meowww Meowww ku.

Yeaaayy...sangat seronok! Sangat teruja! Sangat Best! Bila kita telah mempunyai baby. * eh?eh?eh?kata dia ni B2B. Awat dah ada baby?? Ish3!! Pang!!!!* Actually aku sedang bercerita tentang kitten yang baru saja muncul dalam hidup aku. Sangat-sangat buat aku rasa bahagia. Dah nak sampai majlis ni. Aku rasa ini juga satu daripada rezeki yang Allah bagi padaku. Alhamdulillah.

Ni nak cerita ni...

Dua hari yang lepas, masa tu dah malam. Tiba-tiba mak aku yang tengah mamam kat dapur menjerit. "Ita, kau tengok anak siapa ni???!!!". Aku dengan perasaan yang 'apa mak aku ni??' pun berjalan malas menuju ke dapur. "What mak? Wazz up??" hahaha...kalaulah aku berani cakap macam ni kat mak aku. Mau kena PANG!!! sedas. ;P

Haaa...sambung... Tak sempat aku tanya mak kenapa panggil aku tiba-tiba aku terpandang satu object yang sangat comel. Entah dari mana datangnya. Seekor hamba Allah melihatku dengan pandangan yang sayu. Aku pun mengambilnya dan membawanya keluar dengan arahan mak.

Tapi si kecik tu mengigil-gigil. Kelaparan mungkin. Aku pun berlari semula ke dapur untuk mencari makanan untuk diberi padanya. Jumpa sardin lalu ku gaulkan dengan nasi. Aku berlari kedepan semula. Mak hanya melihat dan tak berkata apa-apa. Mungkin setuju dengan perbuatanku. ;)

Selepas aku beri makan. Ku lihat dia bergitu manja. Mengiau-ngiau minta dibelai. Alahai comelnya kejadian tuhan. Aku pun meluangkan sedikit masaku. Tiba-tiba aku lihat dia punya 'muntot' luka. Haish!!! Terus sayu saja rasa hati. Aduhai...Aku beritahu mak dan mak cepat-cepat mencapai minyak gamat. Serious muka mak. Hm....

Keesokkan harinya, si kecik tu hilang. Rupa-rupanya dia pergi bermain dengan anak jiran depan rumah. Aku hanya tersenyum. Happy tenok dia dan budak tu main. Sweet sangat. Masa aku nak keluar aku pesan pada mak, kalau si kecik balik tolong bagi dia makan.

Tiba-tiba mak call dan bagitau dia dah balik dalam keadaan haus dan lapar. Amboi!!! Main tak ingat dunia. Meh kakak jentik telinga awak. Dan mak pesan suruh cari cage dan barang-barang dia. Aku pun balik terus beli. Excited OKK!!!hehehe...

So sekarang ni aku dah mempunyai seekor baby yang comel!!! Yeaaaay...Terima kasih, Allah!!! Berikanku nikmat menyayangi hambamu itu. ;)


:: Meoooowwwwwwwwwwwwwww ::

P/s: Ada cadangan yang best untuk nama dia tak???

Doorgift.

Hm...Hari ni nak story morry pasal wedding doorgift. Actually untuk ku punya wedding doorgift telah pun di settlekan oleh future FIL & MIL. Thanks sangat-sangat-sangat. So aku tinggal bayar dan bagi kat guest. Senang kan? Tak payah nak survey kedai sini-kedai sana-kedai sinun. Jasa future FIL & MIL sangat-sangatlah aku kenang hingga akhir hayatku. Cewah!!! Agak poyo disitu ye.;P

Aku suka baca blog-blog B2B lain. Even aku tak pernah kenal dorang-dorang ni. Tapi aku suka ideas dorang sangan best dan sangat membuatkan aku teruja dan teruuuuuus I will folloooow Uuuuu *ala-ala lagu digi tu haaa..hehehe*

Ok berbalik pada title yang tersegam indah diatas. Aku just nak share benda-benda yang boleh dijadikan doorgift. Macam.... *jom mintak uncle google..hehehe*







Banyak choice kat pasaran sekarang. Macam-macam yang boleh dijadikan gift. Bukan apa. Ini semua sebagai tanda terima kasih dari pihak pengantin kerana sudi datang ke majlis. Ada yang kata doorgift sangat membazirlah apalah. Actually ini semua terpulang pada budget kita. Jangan kritik orang punya majlis. Dorang ada hak untuk menentukan apa yang dorang nak bagi pada guest dorang. Kalau kemampuan dorang tu hinggakan boleh bagi kereta seorang sebiji pada guest. Itu hak dorang.

So korang macamana pula? Dah ada idea untuk doorgift korang? Apa-apa pun ukur baju dibadan sendiri itu adalah lebih baik.

:: with love, nikita ::