<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday, 7 October 2011

Jumaat yang indah.

Jumaat yang dinanti-nantikan telah pun muncul. Wah!!! Terasa segar yang amat. Walaupun pagi tadi kepala agak berat dan pusing akibat tak dapat tidur nyenyak semalam. Mahu taknya, hati ni sangat melompat-lompat dan melonjak-lonjak kerana tiket flight telah pun di booking oleh Incik Kudut semalam. Punyalah excited!!! *jakun sungguh..hehehe*.Datang office dan lihat betapa berlambaknya kerja buat aku rasa nak masuk toilet dan menangis. *macam biasa..;P*

Tapi lepas cerita good news pada BFF ku Naffa. Terus jadi cam ada semangat baru. Oh.. Indahnya hari jumaat!!! Lepas tu pula, aku dah berjaya menemui design cake. Yeeeeaaaaah!!! Gembiranya rasa hati. Simple but nice. Rasa nak berjoget depan pc. Thanks kepada seseorang yang telah men'suggest'kan design itu kepada ku. Sayang kamu!!!

Hari ni boss aku sangat santai. Mana taknya dia request lagu-lagu dari Ziana Zain (ZZ). Minta aku buka di Youtube. Berkerut dahi aku tapi disebabkan dia boss makanya aku pon apa lagi.... Kipaslah. Hehehe... Boss lah katakan. Tak adalah. Actually aku sangat bersyukur dapat boss yang sangat sempoi macam boss aku ni. Berbalik kepada lagu ZZ tadi, Bila dah buka koleksi lagu-lagu kak ZZ kita ni. Baru aku tau rupa-rupanya satu office aku hafal lagu ZZ ni. Macam nak tergelak pun ada. Yang lelaki pun nyanyi dengan kening naik-naik. Kelaaaaas nok! Hahahaha...

Hari jumaat memang hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang kot. Aku tengok semuanya happy saja. Kathy tengah layan apa entah dalam pc dia tu dengan mata kuyu. Hehehe... Comel!!! Yang si Shahir pula sedang buat-buat busy padahal tengah main game angry bird. Boleh gitu?? Yang lain aku pon tak tahu. Kalau dah namanya pon kerja office maka wayang pun kenalah ada. Haruslah kan??!! Hehehe...

Oh... Kalaulah satu hari nanti aku dapat better job and quit dari tempat ni. Mesti aku rindukan mereka semua. Serious mereka memang best. Ajar aku macamana selok-belok logistics ni, gelak sama-sama dan yang paling best gossip sama-sama. Hahaha... Tak boleh handle. ;P

Ni lah budak yang bernama Kathy tu... comel lote saja kan?? Haaaa... single lagi Uols. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh pm I. Hahahaha....

Nak ajak korang layan gambar-gambar officemate aku masa buka puasa pada bulan Ramadhan yang lepas lah. Jom. Layanzzzz....






Baru perasan kat office aku ni ramai jejaka-jejaka lah. Tapi semuanya tak single and tak avaiable OKK!!! Tapi semua sangat sporting. Best! Hope aku dapatlah kerja kat sini sampai aku jadi boss. *hahahaha. berangan*. Oklah nak sambung mengular. Daaaaa....

:: (^,~) ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)