<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday, 10 October 2011

Meowww Meowww ku.

Yeaaayy...sangat seronok! Sangat teruja! Sangat Best! Bila kita telah mempunyai baby. * eh?eh?eh?kata dia ni B2B. Awat dah ada baby?? Ish3!! Pang!!!!* Actually aku sedang bercerita tentang kitten yang baru saja muncul dalam hidup aku. Sangat-sangat buat aku rasa bahagia. Dah nak sampai majlis ni. Aku rasa ini juga satu daripada rezeki yang Allah bagi padaku. Alhamdulillah.

Ni nak cerita ni...

Dua hari yang lepas, masa tu dah malam. Tiba-tiba mak aku yang tengah mamam kat dapur menjerit. "Ita, kau tengok anak siapa ni???!!!". Aku dengan perasaan yang 'apa mak aku ni??' pun berjalan malas menuju ke dapur. "What mak? Wazz up??" hahaha...kalaulah aku berani cakap macam ni kat mak aku. Mau kena PANG!!! sedas. ;P

Haaa...sambung... Tak sempat aku tanya mak kenapa panggil aku tiba-tiba aku terpandang satu object yang sangat comel. Entah dari mana datangnya. Seekor hamba Allah melihatku dengan pandangan yang sayu. Aku pun mengambilnya dan membawanya keluar dengan arahan mak.

Tapi si kecik tu mengigil-gigil. Kelaparan mungkin. Aku pun berlari semula ke dapur untuk mencari makanan untuk diberi padanya. Jumpa sardin lalu ku gaulkan dengan nasi. Aku berlari kedepan semula. Mak hanya melihat dan tak berkata apa-apa. Mungkin setuju dengan perbuatanku. ;)

Selepas aku beri makan. Ku lihat dia bergitu manja. Mengiau-ngiau minta dibelai. Alahai comelnya kejadian tuhan. Aku pun meluangkan sedikit masaku. Tiba-tiba aku lihat dia punya 'muntot' luka. Haish!!! Terus sayu saja rasa hati. Aduhai...Aku beritahu mak dan mak cepat-cepat mencapai minyak gamat. Serious muka mak. Hm....

Keesokkan harinya, si kecik tu hilang. Rupa-rupanya dia pergi bermain dengan anak jiran depan rumah. Aku hanya tersenyum. Happy tenok dia dan budak tu main. Sweet sangat. Masa aku nak keluar aku pesan pada mak, kalau si kecik balik tolong bagi dia makan.

Tiba-tiba mak call dan bagitau dia dah balik dalam keadaan haus dan lapar. Amboi!!! Main tak ingat dunia. Meh kakak jentik telinga awak. Dan mak pesan suruh cari cage dan barang-barang dia. Aku pun balik terus beli. Excited OKK!!!hehehe...

So sekarang ni aku dah mempunyai seekor baby yang comel!!! Yeaaaay...Terima kasih, Allah!!! Berikanku nikmat menyayangi hambamu itu. ;)


:: Meoooowwwwwwwwwwwwwww ::

P/s: Ada cadangan yang best untuk nama dia tak???

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)