<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday, 14 October 2011

Pang Pang Kopang Kopang Bing Gibing Gibing Gibing~~ Part 2

Wah!!!Wah!!!Wah!!! Ada part 2 lagi tau. Bukan main lagi. Hahaha. Hai! Hai! Semoga kita semua didalam keadaan sihat sejahtera. Semalam aku dah pergi kerumah Ketua Kampung yang merupakan atok saudara aku. Makanya, aku dah selamat disahkan bujang. Lalalalala~~

Semalam juga ada seorang kawan yang baca Dear Diary ni suruh aku update pasal dokumen-dokumen yang perlu di fill in oleh bakal-bakal pengantin. Tu yang aku buat Part 2 ni. Sambungan dari yang lepas kerana katanya yang lepas tak berapa details. Ewah!!! Kau ingat aku kerja kat Pejabat Agama???Hehehe... Just Kidding. Sayang kau, Tasha. ;)

Ok jom refresh balik checklist...

1. Kursus kahwin ::Done::
2. Borang Pengantin Lelaki ::On The Way::
  • Yang ni korang kena tanya bakal-bakal pengantin lelaki dan pengantin lelaki diluar sana. Sebab lain negeri lain borangnya. Macam Incik Kudut orang Pahang. Makanya tak samalah dengan orang Johor.
3. Borang Pengantin Perempuan & Surat Akuan Bujang ::Done::
  • Haaaa...ni yang nak cerita panjang sikit. Untuk orang JOHOR sahaja ye. Negeri lain aku surrender. Memang confirm tak tahu.  Borang kena bayar RM5 sahaja.

  • Nilah borang untuk orang Johor. Korang kena isi details korang dan pasangan. Belakang borang ni korang kena isi details tentang saksi borang. Yang mengesahkan bahawasanya apa saja yang korang tulis dalam borang ni adalah benar. So tak mahu tipu-tipu tau!!! Borang ni ada 2 keping. Blue & white color.

  • Ni borang untuk wali korang isi. Macam aku Abah lah yang jadi wali. ;)



  • Ni pula Surat Akuan Bujang dari Ketua Kampung. FYI, surat ni memang Ketua Kampung yang dah provide. Tak payah korang tunjuk rajin sangat sampai nak taip sendiri pula tau.*macam aku..hehehe*

*Adalah yang korang kena photostat macam I/C korang, I/C wali, I/C saksi borang dan Sijil kursus kahwin. ;)

4. Tok Kadi & Saksi ::On The Way::

5. HIV Test ::Done::



  • Taraaaaaaa...yang ni HIV Test punye form. Bagi orang JB. Dekat belakang form tu ada list klinik dan hari apa yang boleh buat test ni. Bayar RM1 saja kalau tak silap.;)
Ok tamatlah sudah explaination aku untuk kali ini. Semoga Info ni berguna untuk korang-korang semua. Nanti kalau ada apa-apa yang aku tahu, InsyaAllah aku akan update lagi. Share semua ni tak buat kudis pun. So jomlah share info-info yang bermanfaat. *winkwink*

:: Sharing is Caring::



No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)