Petang ni tiba-tiba aku nak berkongsi cerita dengan korang. Ini bukan gossip atau umpatan tau. Ini ada sikit info yang berguna untuk korang semua termasuklah diriku ini. Bulan puasa tak baik bercerita benda bukan-bukan. Aku tau korang tak nak mensia-siakan puasa korang. Serious aku juga begitu donk!
Ok berbalik pada title yang tersegam indah diatas. Aku nak cerita sikit. Ceritanya masa aku checkup kali pertama di Klinik Kesihatan (KK), uri aku disahkan berada dibawah.
Haaaa... Beginilah keadaannya bila uri aku berada betul-betul dilaluan keluar baby. Ada tak diantara korang yang mengalami masalah sama macam aku??? Mesti ada kan?kan?kan? Masa ni Tuhan saja tau betapa aku sangat risau. Lagi-lagi bila Dr dengan selambanya kata " kalau ada pendarahan terus pergi Hospital besar ya" Sentaaaaap!!! Bila ditanya apa risiko bila uri berada dibawah (masa tu kandunganku baru 14weeks) Dr dengan tenang menjawab " Boleh berlaku keguguran." Haaaaaaa!!!! Dan Dr juga ada berpesan jangan lasak dan yang paling penting tak boleh bersama suami.
Ingat lagi macamana Hubby tenangkan aku yang cepat menggelabah ni. Siap MIL dan Emak 2-2 nasihatkan aku. Masa tu rasa 1perasaan macam nak melalak teresak-esak. Serious!!!
Yang ni pula gambaran normal. Placenta berada di bahagian tepi baby.
Ada juga yang marah suruh aku pergi berurut. Tapi alhamdulillah pesan MIL dan Emakku terpahat dihati. Mereka kata baby baru 3bulan lebih masih kecil dan tak boleh diurut. So aku biarkan saja orang nak marah ke, nak meradang ke, sebab aku tau MIL dan Emak lebih tahu dan menyayangi aku dan baby. Buatnya terjadi apa-apa aku confirm tak ada siapa yang nak bertanggungjawab. Percaya tak??
Aku dengan lincah kaduknya men'google' cara-cara menaikkan placenta. Dan hasilnya aku berjumpa dengan petua menaikkan uri. So aku nak berkongsi dengan korang semua. Especially yang mengalami masalah yang sama. So dapatlah kita manfaatnya.
PETUA UNTUK MENAIKKAN URI
Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).
Cara : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.
Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .
Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.
Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.
Semoga dipermudahkan Allah, amiin.
So aku pun adalah amalkan sikit-sikit. Setakat pujuk baby Que untuk berpusing dan sujud lama sikit adalah aku amalkan. Yang senaman tu tak larat sangat nak buat. sitambah dengan kakiku yang sengal-sengal memang taklah aku nak buat senaman tu. Tapi alhamdulillah pada minggu ke 24, bila discan placenta aku telah naik 2cm. Dan pada 28weeks yang lalu, Dr sahkan placenta aku telah pun bergerak naik. Alhamdulillah!!!
So kepada korang yang masih menghadapi masalah ni. Bolehlah try petua kat atas ni. Tapi jangan ganas-ganas sangat ya!!!
:: Sharing is Caring ::
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)