<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday, 5 July 2012

Saiz punya cerita.

Hai..hai...hai... Pagi khamis yang ceria telah menjelma. Bahagia saja rasa hari ni. Walaupun malam ni aku akan ditinggalkan oleh Incik Hubby atas urusan kerja. Oh!!! I'm gonna miss U, my Darling!!! Uweeeeks... Sila sediakan baldi warna merah untuk tampung muntah hijau kalian ya. hahaha...

Malam tadi jalan-jalan di Aeon Tebrau City. Konon-konon cuci mata tapi rasa tak best pula kalau tak bawa balik apa-apa. Nak dijadikan cerita adalah berkenan dengan 1cardigan ni. So Hubby kata pergi try sebelum dia tukar fikiran. Apa lagi... Kelam kabut cari fitting room. Waaaa... cepat!cepat!cepat! Tak ada masa ni. Tengok saiz S, confirm tak boleh nak sarung so ambil saiz M. Rupa-rupanya.... Hahaha... Korang boleh teka sendiri la apa yang jadi kepada mak buyung yang tak sedar diri ni. Hahaha... Rasa nak berguling bila satu tangan lepas, satu lagi tangan tak boleh masuk. Hoi!!! Tak muat la weh... Hubby tahan gelak. Gelak la kalau berani memang aku istiyharkan perang!!! Tapi serious aku pon rasa nak berguling gelak bila sedar diri ini tak sedar diri...Ngokngek sungguh!

Ok lepas ni kena terima kenyataan bahawasanya perut ku semakin lebar lagi membesar. Tak apa asalkan Baby sihat. Makanan pun sekarang aku dah maintain makanan berkhasiat. Berat badan alhamdulillah just naik 0.5kg setiap minggu. Seperti yang disarankan oleh Dr... HB pon dah normal. BSP pon dah rendah. Rasa sangat sihat sekarang ni. Dan yang paling best usia kandungan ku kini telah mencecah 27minggu bersamaan 6bulan 3minggu.


:: Lepas ni mungkin saiz XL...wah!!! ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)