Hari ni nak story-morry tentang air selusuh. Haaa... Actually aku pon tak berapa arif tentang air selusuh ni. Almaklumlah dah namanya pun 1st timer. So agak jakun sedikit ya tuan-tuan dan puan-puan. Banyak yang masih kena 'google' dan di 'search' . Macam mak kepoh pon ada juga aku ni. Semua pun nak tau. Bukan apa aku just try to bersedia mental dan fizikal saja. So just ambil tau even benda-benda kecil saja.
Berbalik kepada cerita air selusuh... Haaa.. Ni yang aku dapat setelah meng'google' tentang air selusuh ni.
Source : http://awe-donde.blogspot.com/2010/02/air-selusuhapakah-hukumnya.html
Apa itu Air Selusuh?
Air selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin.
Cara nak buat air selusuh?
setelah saya tanya-tanya orang dan baca di dalam web ada pelbagai cara untuk membuatnya.Ada diantaranya minum air yang dibacakan ayat-ayat al-quran,ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan,dan ada juga disuruh baca ayat-ayat jampi serapah dan macam-macam lagi.Tapi,tujuanya tetap sama iaitu air untuk memudahkan wanita bersalin.
Apakah hukumnya?
Jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran,doa-doa.Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam seperti jampi-jampi karut yang menyesatkan maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM.
Apakah dalilnya?
Dalil:Firman Allah:’Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang-orang beriman’-surah Al-Isra’,juzuk 15.
So kalau mengikut apa yang aku baca dalam blog tu air selusuh ni tak haram selagi tak menyesatkan. Ianya adalah sebagai ikhtiar. Hm... Bagi yang tertanya-tanya apakah itu air selusuh, ingin dinyatakan disini sejakun-jakun aku, jakun lagi korang. Hehehe... Sebab??? Kat pasaran sekarang Kak Jenab dan Kak Peah pun ada dah jual air selusuh ni. Tak percaya??? Nah tengok!
Tapi nak dijadikan cerita ahad lepas aku dah pun secara sendirinya menyediakan air selusuh untuk diri sendiri dengan jampi serapah yang aku pandai. Cewaaaaaaah!!! Ok aku tipu! Mak yang bagi tunjuk ajar masa aku buat tu. Dengan hanya menggunakan Akar Fatimah yang dibelikan oleh mak cik ku semasa dia pergi umrah hari tu. Nak tengok macamana bentuk akar fatimah tu??? Haaa... macam ni...
Ahaaa... baru keluar dari plastik. Ada 4kuntum dalam plastik ni tapi cuma 1kuntum saja yang aku gunakan untuk buat air selusuh ni. Caranya rendam saja seperti ini...
Cuma mak suruh aku baca Surah Al-fatihah dan selawat sebelum merendam akar fatimah ni. Dengan niat supaya dipermudahkan semasa bersalin nanti. Wah!!! Nervous...dup dap dup dap Uooooolssss...
Ok setelah direndam selama (entah aku tak ingat...hehehe) akar fatimah tu akan mengembang seperti ini...
Yang ni aku terpaksa gunakan khidmat pakcik google sebab terlupa nak ambil gambar time akar fatimah tu dah kembang. Tapi serious memang nampak cantik sangat bila dah kembang. So lepas tu air hasil rendaman tu dimasukkan kedalam botol.
Macam tu lah ceritanya. Cuma aku confuse bila waktu yang sesuai untuk aku minum air selusuh ni??? Memandangkan kini aku hanya menunggu hari. Bila??? Bila??? Bilakah masanya??? Haish...
:: Korang semua doakan aku dan Baby Que selamat tau... ;) ::
ta,org kate klu akar fatimah tue da betol2 kembang maknany ko da nk dekat bersalin.. kuasa ALLAH kn.. nk bli ngn ko 1 kumtum akar fatimah tue boley x????
ReplyDeleteAah sha. Aku pon baru dengar abg kat opiz aku cite pasal kalo akar fatimah dah kembang mmg dah nak dekat dah. Seriau!! Tapi xsabo..hehehe..doakan aku tau...pasal yg ko nak akar fatimah tu nnt aku msg..;)
ReplyDelete