Dalam riuh rendah kat office ni. Dalam ketinggian susunan fail depan mata ni. Dalam banyak kerja ni la senang cerita. Aku sempat lagi terfikir benda lain. Benda yang memang aku dah patut fikir kot. Benda yang akan aku hadapi tak lama lagi.
So jari-jemariku yang dulu runcing dan kini telah mengembang ni pun mula menari diatas keyboard. Meng'google' itu dan ini. Info berguna yang akan aku praktikkan. Dah google, baca dan haruslah aku share dengan korang-korang-korang semua kan?kan?kan? Nanti korang kata aku kedekut ilmu. Ditambah pula dengan kawan-kawan ku juga ada yang sedang membuyung sepertiku. Ramaaaaai!!! So jom share info ni...
Tips 'meneran' sewaktu bersalin
Waktu mula meneran
- Sebaiknya dilakukan selepas pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun kedasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.
Posisi meneran yang tepat
- Berbaring dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarnya kebawah peha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri atau kanan.
Cara meneran
- Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai kepuncaknya. Waktu ini Doktor akan meminta kita untuk menarik nafas panjang dan menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran kearah bawah. dengan memastikan punggung tetap berada diatas katil. Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya kita dapat lihat perut kita.
Kesilapan dilakukan ketika meneran
- Meneran sebelum proses pembukaan sempurna akan menyebabkan berlakunya EDEMA (pembengkakan di mulut rahim) - menyukarkan proses bersalin yang selanjutnya.
- Meneran di'leher' dan bukannnya diperut. - mata akan nampak merah selepas bersalin dan kadangkala disertakan dengan 'kebutaan' sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan dibahagian leher.
:: Semoga tips ni dapat membantu aku dan korang-korang semua!!! ::
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)