<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday, 12 September 2012

Kelebihan susu kambing....mbeeeek!!!

Hai kawan-kawan yang dikasihi sekalian...

Hari ni malas nak merapu. Nak cerita fakta saja. Kalau kat SINI aku cerita mana nak cari Susu Kambing Segar kat Johor ni. So hari ni aku nak juga share dengan korang kelebihan-kelebihan susu kambing. So harap korang sudi-sudilah membaca dan sama-sama kita mengetahui khasiatnya. ;)


source : http://princessaiko1180.blogspot.com/2011/06/kebaikan-susu-kambing-ramai-yg-tak-tahu.html

1. Bersifat Alkali
- didalam dunia ini hanya terdapat 3 jenis susu utama yg bersifat alkali iaitu susu ibu, susu kambing, dan susu ikan lumba2.
- kenapa sifat alkali bagus? cth mudah yg saya ingin utarakan ialah bolehkah susu lembu dijadikan sabun muka sepertimana susu kambing? tidakkan.
- sifat asid (masam) sememangnya menjadi racun atau memudaratkan jika melebihi had.

2. Mengubati penyakit alahan
- termasuk penyakit alah kepada susu lembu

3. Struktur kimianya yang ringkas
- struktur kimia susu kambing yang ringkas menyebabkan ia mudah dicerna. Satu sumber mengatakan susu kambing dapat dicerna dalam masa 20min berbanding susu lembu 4jam. (maaf sebab tiada source yang dapat ditunjuk sbb didengar dari ceramah). Sbb itulah sesetengah orang yg minum susu kambing akan rasa panas badan disebabkan kadar metabolisme (pencernaan) badan yg tggi.
- perbandingan juga dibuat pada saiz partikel susu. Susu kambing mencatat saiz terkecil dituruti lembu dan kerbau.
-saiznya lebih kecil dari sel darah merah.

4. Mengandungi anti oksida (cegah barah)
- keistimawaan yang dianugerahkan tuhan pada susu kambing yang dapat mencegah penyakit2 yang merbahaya seperti cancer.

5. Memperbaiki nerve2 @ saraf-saraf pada badan
- mampu menguatkan daya ingatan
- mengubati penyakit stroke yang melibatkan saraf

6. Kandungan protien yang lebih tinggi dari lembu
- mengapa la tak terlintas dalam kepala semua ni? tengok pada kambing kecik ja, tp byk kandungan protien dari lembu.
- dapat memberikan bentuk badan yang menarik, sistem kerangka yang kuat, tulang yang padat, vitamin A pada pada plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin, dan kepekatan sel darah merah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu.

7. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
- teramat-amat lah sesuai di sarankan kepada mereka yang ada masalah dengan pembuluh darah seperti sakit jantung.

8- Sunnah Nabi
- Nabi S.A.W menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Kenapa? carik....

9- Manfaat Ibu Hamil
-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 

10- Manfaat Ibu Menyusu
-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu

11- Bayi dan Kanak-Kanak

-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.


:: Ni name de senyum kambing...hehehe ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)