<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday, 27 September 2012

List Barang Baby Que - Part 3


Assalamualaikum semua!!!

Haaa...Aku yang masih diperjalanan...lalalalala... Jangan tanya kenapa dah 39weeks tapi aku masih di office bergelumang dengan fail-fail yang melambak ni semua. Pasti jawapanku akan sama... Baby belum nak keluar Uolsssss...hehehe

So dalam kekalutan aku yang masih menanti dan menghitung hari untuk melihat permata hati dari dalam perutku ini. Baiklah aku update List barang-barang untuk baby...Haaa...Ini adalah final sebelum baby lahir. Hubby dah pesan kalau nak beli apa-apa lagi tunggu Baby Que keluar dulu sebab nak fokus kos untuk melahirkan pula.

Cop!!! Siapa tau kos bersalin di hospital kerajaan normal dan c-zer??? Bolehlah share. Boleh juga aku ambil tahu. Kenapa hospital kerajaan??? Alamak!!! Ofcouse sebab tak mampu untuk beranak hospital swasta. hahaha... Ok tak jawapan tu??? lalalala....

Ok dari terus merapu. Meh kita tengok update list-list barang baby Que :

1 . Barut  10 4
2 . Kain cotton (bedung) 5
3 . Towel  2 
4 . Towel (hooded) 1
5 . Sapu tangan  3
6 . Topi   3
7 . Comforter/tilam/bantal  1set 
8 . Changing mat 
9 . Selimut (hooded)  1 
10 . Baby Wipes  2 
11 . Mandian untuk baby  1set 
12 . Bedak & Lotion baby  
13 . Cotton bud  2 
14 . Minyak talon  1 
15 . Minyak yuu yee  1 
16 . Baby oil  1 
17 . Berus rambut baby  1 
18 . Ketip kuku baby  1 
19 . Penyedut hingus  1 
20 . Pencuci baju baby  1 
21 . Bakul pakaian bayi  1 
22 . Besen mandi  1 
23 . Botol susu/ puting   
       New born   4
24 . Berus botol susu 
25 . Breast pump  
26 . Milk warmer  1 
27 . Beg baju baby (travel)  1 
28 . Pampers   
       Newborn   1 
29 . Stroller  1  
30 . Car seat  1  
31 . Almari baby  1 
32 . Buai  1  
33 . Nappy Cream 1

Yeaaaaaaayyy...dah banyak yang dah beli. Tinggal sikit-sikit saja. So lepas ni dah lapang sikit. ;)

:: Tak sabar nak bau baby kat rumah... Semoga segala-galanya selamat... Amin ::

Wednesday, 26 September 2012

Induce!!!

Assalamualaikum Semua!!!

Mesti ada yang cakap " Laaaa...Tak beranak-beranak lagi ke minah ni???" Belum la Uolsss. Dont worry tak lama lagi ber'anak' la aku. Kalau korang nak tau, aku pun dah risau tahap gaban.

Kalau ikutkan klinik yang mengesahkan kehamilah aku dulu due aku jatuh pada 26sept2012 iaitu merupakan hari ni. Malam tadi puas aku pujuk Baby Que supaya keluar ikut due Dr. tu beritahu. Tapi sayangnya Baby Que masih selesa duduk dalam perut ibu yang buyut ni.

Masa aku pergi ke KK untuk buat buku pink tu nurse kira-kira due aku 7oct2012. Lambat lebih kurang seminggu dari date yang Dr. 1st tu beritahu. Ok 1st macam " Eh macam confuse!" Tapi rasa macam " Eh tak apalah."

Bila masuk saja 26sept2012 hati ni tergedik-gedik nak Baby keluar sebab sama dengan burfday MIL. Tapi serious belum tiba waktunya kot. Tunggu punya tunggu punya tunggu tak ada tanda-tanda pun. So redha la. Lagi satu reason utama nak Baby keluar awal adalah kerana, Dr. KK pesan kat aku macam ni " Kalau 7oct ni baby belum keluar, induce tau. U diabetes tak boleh lambat-lambat." 

INDUCE????

Apa itu induce???
Induce adalah sejenis ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran Induce tu satu kaedah untuk doktor alirkan ubat mengandungi hormon ke dlm darah untuk melancar proses pengecutan rahim (kontraksi) supaya cepat bersalin. 

Kaedah induce???
Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat. Bila kontraksi rapat dan kuat, doktor akan pecahkan selaput dan air mentuban akan mengalir keluar. Bayi akan lahir dalam masa 30 minit – 1 jam tp ianya bergantung pd ibu itu sendiri. 

Tujuan induce???
mempercepatkan proses bayi dilahirkan jika doktor bimbang bayi akan lemas dan boleh maut.

Source : http://daddymamadanqalysh.blogspot.com/2011/03/induce.html

Takut jangan cakaplah. Baca info ni trus jadi gigil. Doa-doa agar Baby Que nak keluar secepat mungkin. Kalau boleh nak juga aku merasa sakit semulajadi untuk menjadi seorang ibu. Tapi serious kalau terpaksa induce aku terima. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. kan?kan?kan?

:: Apa-apa doakan aku dan Baby Que selamat ya kawan-kawan ::

Monday, 24 September 2012

Kepada Semua Pencinta Haiwan!!!

Attention!!!


:: tapi aku tak boleh joint...mungkin sedang berjuang atau sedang berpantang..hampaaaa ::

Thursday, 20 September 2012

38weeks sudaaaaa

Assalamualaikum semua!!!

Hari ni merupakan minggu ke 38 aku membuyung dengan jayanya. maknanya dah 9bulan 2minggu ya kawan-kawan. Ramai yang tanya bilalah agak-agaknya si kecil dalam perutku ini nak melihat dunia. Serious aku tak pasti dalam erti kata lain tak tahu. Kalau ikut pengiraan Dr. 40weeks kan? tapi bila fikir balik 40weeks = 10months kan? Entahlah. Aku tak pakar benda-benda ni. Tapi seingat aku masa medical check up yang lepas Dr. just suruh get ready. Sebab baby dah ada kat bawah. Wah...nervous Uoooolsss!!!


Bersyukur sangat-sangat kehadrat Ilahi. Walaupun usia perkahwinan aku dan Hubby baru mencecah 10bulan 1hari tapi Baby Que insyaAllah akan keluar membawa kebahagiaan kepada kami. Alhamdulillah!!!

Dulu punyalah sedih bila tak bunting pelamin. Ya lah. Kawan-kawan sana sini dah mula bertanya bila nak berisi. Tapi alhamdulillah kini aku dan Hubby akan bergelar ibu dan abah. Serious memang rasa sangat best!



:: Doakan aku dan baby Que selamat ya kawan-kawan ::

Wednesday, 19 September 2012

Air selusuh

Assalamualakum semua!!!

Hari ni nak story-morry tentang air selusuh. Haaa... Actually aku pon tak berapa arif tentang air selusuh ni. Almaklumlah dah namanya pun 1st timer. So agak jakun sedikit ya tuan-tuan dan puan-puan. Banyak yang masih kena 'google' dan di 'search' . Macam mak kepoh pon ada juga aku ni. Semua pun nak tau. Bukan apa aku just try to bersedia mental dan fizikal saja. So just ambil tau even benda-benda kecil saja.

Berbalik kepada cerita air selusuh... Haaa.. Ni yang aku dapat setelah meng'google' tentang air selusuh ni.

Source : http://awe-donde.blogspot.com/2010/02/air-selusuhapakah-hukumnya.html

Apa itu Air Selusuh?

Air selusuh merupakan air untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika waktu hendak bersalin.

Cara nak buat air selusuh? 

setelah saya tanya-tanya orang dan baca di dalam web ada pelbagai cara untuk membuatnya.Ada diantaranya minum air yang dibacakan ayat-ayat al-quran,ada juga yang mengatakan perlu guna air tangan bidan,dan ada juga disuruh baca ayat-ayat jampi serapah dan macam-macam lagi.Tapi,tujuanya tetap sama iaitu air untuk memudahkan wanita bersalin.

Apakah hukumnya?

Jika air itu digunakan sebagai IKHTIAR atau lebih jelas sebagai ubat maka hukumnya HARUS dengan syarat air itu tidak bercanggah dengan Islam seperti dibacakan pada air itu ayat-ayat al-quran,doa-doa.Asalkan bacaan itu tidak bercanggah dengan Islam seperti jampi-jampi karut yang menyesatkan maka hukumnya akan berubah menjadi HARAM.

Apakah dalilnya?

Dalil:Firman Allah:’Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang-orang beriman’-surah Al-Isra’,juzuk 15.


So kalau mengikut apa yang aku baca dalam blog tu air selusuh ni tak haram selagi tak menyesatkan. Ianya adalah sebagai ikhtiar. Hm... Bagi yang tertanya-tanya apakah itu air selusuh, ingin dinyatakan disini sejakun-jakun aku, jakun lagi korang. Hehehe... Sebab??? Kat pasaran sekarang Kak Jenab dan Kak Peah pun ada dah jual air selusuh ni. Tak percaya??? Nah tengok!



Tapi nak dijadikan cerita ahad lepas aku dah pun secara sendirinya menyediakan air selusuh untuk diri sendiri dengan jampi serapah yang aku pandai. Cewaaaaaaah!!! Ok aku tipu! Mak yang bagi tunjuk ajar masa aku buat tu. Dengan hanya menggunakan Akar Fatimah yang dibelikan oleh mak cik ku semasa dia pergi umrah hari tu. Nak tengok macamana bentuk akar fatimah tu??? Haaa... macam ni...


Ahaaa... baru keluar dari plastik. Ada 4kuntum dalam plastik ni tapi cuma 1kuntum saja yang aku gunakan untuk buat air selusuh ni. Caranya rendam saja seperti ini...


Cuma mak suruh aku baca Surah Al-fatihah dan selawat sebelum merendam akar fatimah ni. Dengan niat supaya dipermudahkan semasa bersalin nanti. Wah!!! Nervous...dup dap dup dap Uooooolssss...

Ok setelah direndam selama (entah aku tak ingat...hehehe) akar fatimah tu akan mengembang seperti ini...


Yang ni aku terpaksa gunakan khidmat pakcik google sebab terlupa nak ambil gambar time akar fatimah tu dah kembang. Tapi serious memang nampak cantik sangat bila dah kembang. So lepas tu air hasil rendaman tu dimasukkan kedalam botol. 

Macam tu lah ceritanya. Cuma aku confuse bila waktu yang sesuai untuk aku minum air selusuh ni??? Memandangkan kini aku hanya menunggu hari. Bila??? Bila??? Bilakah masanya??? Haish... 

:: Korang semua doakan aku dan Baby Que selamat tau... ;) ::

Monday, 17 September 2012

Alatan untuk temuni bayi

Assalamualaikum semua!

Hari ni masih mood bercuti ya. Selamat menyambut hari Malaysia ya kawan-kawan. Aku masih lagi begini. Masih membuyung. Ingatkan baby nak lahir Hari Malaysia, tapi nampaknya baby masih selesa duduk dalam perut muncetku ini.So aku redha.

Nak dijadikan cerita sabtu lepas aku, hubby dan emak telah selamat membeli barang-barang untuk tujuan menanam temuni. Apa itu temuni??? Temuni ialah uri atau placenta. Nanti temuni akan keluar bersama baby ketika dilahirkan. Menurut kepercayaan orang melayu temuni merupakan sahabat kepada baby.

Haaaa...beginilah rupa temuni tu. Seriau tak??? Kepada ibu-ibu mengandung dont worry bebeh. Sebab yang akan settlekan temuni ni ialah suami awak-awak-awak semua. Tak silap aku la, ibu tak jumpa benda ni.

Actually aku pun lupa kewujudan temuni ni sampailah seorang kawan mengingatkan aku tentang alat-alatan yang perlu disediakan untuk menguruskan temuni ni. Thanks Mami!!!

Ok jom kita sama-sama share knowledge ni k???

Please refer as per below (cewaaaaaaaaaaaaah) :

1. Periuk tanah
2. Kain putih.
3. Asam
4. Garam

Haaaaaa.... senang kan?kan?kan? kos tak sampai RM15 saja. menurut orang-orang lama kita kena tanam dengan pensil bertujuan supaya anak pandai menulis atau jarum supaya anak pandai menjahit. So aku punya barang untuk menanam uri belum lengkap lagi la sebab aku nak anak aku pandai IT. Nak tanam ipad sekali. Hehehe... Ok gurau!

:: Semakin excited pula bila banyak benda nak dipelajari ni...BEST!!! ::

Friday, 14 September 2012

Tiada topik.

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh...

Hai kawan-kawan. Selamat hari jumaat yang berkat ya semua. Hari ni tak ada topik yang khusus hendak diceritakan. Dah last-last trimester ke3 ni banyak yang harus disediakan dan difikirkan so dah tak ada masa ber' hu~ha~hu~ha' macam selalu. Tak ada mood! Cewah!!



Dalam minggu ni sibuk memikirkan macamana nak menghadapi saat-saat kelahiran plus dengan kerja kat office yang menjerit-jerit minta disettlekan. So minggu ni agak stress juga la. Nasib baik check darah tinggi ok. kalau tak, pengsan!!!

Sebelum aku terlupa, almaklumlah sejak membuyung ni memang pelupa yang amat! Aku nak minta maaf kepada semua kawan-kawan dan para pembaca yang sudi mem'view' Diary aku ni. Mana nak tau sepanjang aku mengarut korang mencarut-carut dalam hati tak puas hati tentang tulisan aku. Buat pengetahuan korang, aku bukanlah seorang reporter yang terror menulis cerita-cerita hot. Aku hanyalah seorang yang suka-suka menulis untuk menceritakan sesuatu. So kepada yang tak suka, jangan baca. Senang kan???

Maaf ya Semua!!!

Baby Que makin ligat bergolek-golek dalam perut ni. Kadang-kadang bila dia aktif sangat. Aku rasa sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat letih. Serious. Kadang-kadang depan PC pon aku boleh terlelap. Biarlah orang kata nanti baby malas la apa la. Hanya aku yang rasa keletihan itu. Lagipun lepas deliver nanti aku dah tak boleh sewenang-wenangnya berehat dan goyang kaki.So ramai yang pesan supaya aku banyakkan berehat sekarang ni sebelum PUSH!!! Thanks korang-korang.

Buka bonet kereta pun dah full dengan bag baby n bag ibu baby. Semua dah ready.Bila tengok barang-barang tu rasa tak sabar pula nak deliver. Tak sabar nak merasai kesakitan yang nikmat seperti diceritakan kawan-kawan yang dah berpengalaman tu. Tak sabar dah nak peluk-peluk Baby sendiri.

Korang semua tolong doakan aku dan baby selamat dan sihat eh??eh??eh?? Eeeee...nervous!!!

:: Ok nak start wat kerja... Keja melaaaaambaaaaaaaaak!! ::

Wednesday, 12 September 2012

Kelebihan susu kambing....mbeeeek!!!

Hai kawan-kawan yang dikasihi sekalian...

Hari ni malas nak merapu. Nak cerita fakta saja. Kalau kat SINI aku cerita mana nak cari Susu Kambing Segar kat Johor ni. So hari ni aku nak juga share dengan korang kelebihan-kelebihan susu kambing. So harap korang sudi-sudilah membaca dan sama-sama kita mengetahui khasiatnya. ;)


source : http://princessaiko1180.blogspot.com/2011/06/kebaikan-susu-kambing-ramai-yg-tak-tahu.html

1. Bersifat Alkali
- didalam dunia ini hanya terdapat 3 jenis susu utama yg bersifat alkali iaitu susu ibu, susu kambing, dan susu ikan lumba2.
- kenapa sifat alkali bagus? cth mudah yg saya ingin utarakan ialah bolehkah susu lembu dijadikan sabun muka sepertimana susu kambing? tidakkan.
- sifat asid (masam) sememangnya menjadi racun atau memudaratkan jika melebihi had.

2. Mengubati penyakit alahan
- termasuk penyakit alah kepada susu lembu

3. Struktur kimianya yang ringkas
- struktur kimia susu kambing yang ringkas menyebabkan ia mudah dicerna. Satu sumber mengatakan susu kambing dapat dicerna dalam masa 20min berbanding susu lembu 4jam. (maaf sebab tiada source yang dapat ditunjuk sbb didengar dari ceramah). Sbb itulah sesetengah orang yg minum susu kambing akan rasa panas badan disebabkan kadar metabolisme (pencernaan) badan yg tggi.
- perbandingan juga dibuat pada saiz partikel susu. Susu kambing mencatat saiz terkecil dituruti lembu dan kerbau.
-saiznya lebih kecil dari sel darah merah.

4. Mengandungi anti oksida (cegah barah)
- keistimawaan yang dianugerahkan tuhan pada susu kambing yang dapat mencegah penyakit2 yang merbahaya seperti cancer.

5. Memperbaiki nerve2 @ saraf-saraf pada badan
- mampu menguatkan daya ingatan
- mengubati penyakit stroke yang melibatkan saraf

6. Kandungan protien yang lebih tinggi dari lembu
- mengapa la tak terlintas dalam kepala semua ni? tengok pada kambing kecik ja, tp byk kandungan protien dari lembu.
- dapat memberikan bentuk badan yang menarik, sistem kerangka yang kuat, tulang yang padat, vitamin A pada pada plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin, dan kepekatan sel darah merah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu.

7. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
- teramat-amat lah sesuai di sarankan kepada mereka yang ada masalah dengan pembuluh darah seperti sakit jantung.

8- Sunnah Nabi
- Nabi S.A.W menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Kenapa? carik....

9- Manfaat Ibu Hamil
-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 

10- Manfaat Ibu Menyusu
-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu

11- Bayi dan Kanak-Kanak

-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.


:: Ni name de senyum kambing...hehehe ::

Tuesday, 11 September 2012

Fresh Goat Milk

Assalamualaikum kawan-kawan semua...Selamat pagi!!!

Pagi ni 1st day dalam minggu ni aku bekerja sebab semalam aku cutiiiiiiiiiiiiii.... Macam biasalah ada medical check up. ;)

Sekali pagi ni atas meja aku jadi macam ni. Taraaaaaaaaaaaaaaaa...


Ok boleh pengsan sekarang juga!!! Ini boleh membuatkan aku rasa letihnya. Tapi tak apa inilah dinamakan tanggungjawab. Cewah!!!

Semalam pergi medical check up dapat scan Baby Que. Seronok!!! Baby sekarang dah 2.8kg. Alololo... Dr. kata kalau Baby Que belum keluar sampai due date kemungkinan akan keluar dengan 3.2kg macam tu. Alhamdulillah. Kencing manis aku dah ok. HB aku pun naiklah sikit. dari 8.8 ke 9.9. So tak kena cucuk buntut. Alhamdulillah. Naik sikit dalam masa seminggu lebih adalah kerana aku minum susu kambing. Mbeeeek...

Susu kambing tu, Hubby dapat yang segar. Bukan yang bancuh-bancuh tu. Thanks kepada kawan ku Zue yang bagi info. So kepada korang yang tercari-cari susu kambing yang fresh bolehlah pergi ke Osman Goat Farm yang terletak di Kangkar Tebrau, Johor.


:: Semakin nervous sekarang ni...auuuummmmm ::

Saturday, 8 September 2012

Nak scan apa lagi???

Hai kawan-kawan!!!

Dari pagi tadi aku rasa macam Baby Que sangat aktif dalam perut ni. Pusing sana, pusing sini, dusyum sana, dusyum sini. Mulalah terfikir kan best kalau dapat tengok Baby Que lagi. Kalau dulu aku scan dapatlah tengok dari kepala sampailah ke kaki. Dah 36weeks ni nampak apa saja ya???

Pernah 1 masa dulu aku ceritakan kisah 3D & 4D aku kat SINI. Masa ni excited sangat nak tengok baby dalam perut. Ya lah 1st time kejadian itu berlaku. Haruslah teruja kan?kan?kan? Dapat tengok dia punya jari tangan, jari kaki, jantina dan yang paling best muka. Pergerakan dia pun masih bermain dalam kepala aku ni haaa. Sweetnya moment tu.

Ada sesetengah orang mesti tak faham dengan konsep scan ni. Ada yang tanya aku " Kenapa nak scan??? Biarlah surprise." Huh??? Apa yang nak di surprisekan kak Jah dan kak Jenab. Meh nak habaq mai. Scan ni bukanlah bertujuan semata-mata nak tau baby gurl or baby boy. Ya lah, supaya senang nak beli baby stuff nanti katanya. No...No...No... Korang janganlah JAKUN sangat. Actually, dengan korang pergi scan korang boleh tau keadaan baby korang yang sebenar. Macam kuantiti air ketuban, kedudukan baby korang, kedudukan placenta, Berat Baby dan macam-macam lagilah. Ada orang kata scan semata-mata nak tengok gurl or boy so senang beli barang-barang baby. Betullah tu memang dapat tengok baby gurl or boy tapi banyak function lain yang korang kena ambil tau. Banyakkan membaca ya.

Eh bebel!!! Maafkan diriku ini. Hanya memberitahu siapa-siapa yang belum terbuka pasal ni. So bile pagi-pagi aku dah terfikir nak pergi scan baby plus dengan aku terjumpa seorang blogger ni beritahu kat area JB ni punya tempat scan. So macam 'Eeeeeeeee...bestnya!!!'

source : http://myjourneythrougheverythingnice.blogspot.com/2012/09/of-my-3d4d-scan-29-weeks.html


Haaaa...nampak tak address klinik tu??? Walaupun harga mahal sikit dari yang aku buat dulu. Tapi Ok what??? Korang tak payah buang minyak kereta dan tol bagai nak pergi KL. Sama juga dapat CD. Aku pun dulu kebetulan balik kampung Hubby. So sempatlah juga scan kat sana. Kalau tak aku pun pergi sini saja. Harganya kalau tak silap RM160. Thanks Amalina bagi info ni.

Dah cari tempat terfikir pula, 36weeks masih boleh scan ke??? Terus cari e-mail Jezz yang hari tu. So terjumpalah ini...


Laaaaa...36weeks tak adalah kat situ. So tak boleh lah kot. Jadinya aku tunggu sajalah Baby Que keluar baru boleh jumpa. Rindunyaaaaaaaaaaa kat Baby Ibu.

:: Sedang menanti hari dengan dup dap dup dap... Doakan aku ya kawan-kawan ::


Friday, 7 September 2012

Set Bersalin

Hujan yang turun bagaikan mutiara..lalalalala... Eh bestnya suara aku! Hahaha...Ok perasan!

Assalamualaikum semua!!!



Tengah-tengah petang ni tiba-tiba hujan menderu turun. Toleh tingkap yang 'secoet' kat hujung sana tu tak nampak apa-apa. Gelap-gelita. Macam dah malam. Oh... Boleh claim OT la macam ni, sebab dah malam tak balik-balik lagi. Tiba-tiba terasa diri ini sangatlah rajin. Chait!!! Rajinlah sangat. Hari ni pagi-pagi lagi dah terfikir Meleleh strawbery cheese cake tu so decide nak order. Order 2tapawe untuk diri sendiri lepas tu beritahu Hubby. Hubby marah... Lalalala... Takutnya!!! So order 2 juga. 1 untuk aku dan 1 untuk Hubby. Adil dan saksama katanya. Oh... Itu motif dia marah. Ceees!


Nah tepek gambar benda ni kat sini. Biar aku terus kecur... sruuut...sruuut... Mudah-mudahan dapatlah makan sebelum deliver. Sebab lepas tu kena berpantang. AKU NAK KURUUUUS!!! Biarlah perasaan gemuk ni aku rasakan selama 9bulan sahaja. Bukan Forever, ever n ever. SELISIH!!!

Cerita pasal berpantang ni. Ni yang aku nak kepoh sangat ni. MIL & FIL dah belikan set bersalin yang siap ada tunku dan bengkung tu. Eh cop... Bukan semua set bersalin ke ada benda-benda tu??? Tapi sebab diri ini jakun jadinya nak cerita juga.

Masa MIL & FIL beli aku tak ikut jadinya tak bolehlah mengada-ngada pilih itu dan ini. Terimalah seadanya ya semua. Pasal brand pula malaslah nak beritahu sebab nanti ada yang komen "Hey kenapa beli yang macam ni???" " Hey yang ini tak bagus" " Hey yang ni tak boleh makan time BF" haaaaa....Kan banyak pula ceritanya. Kecil hati MIL & FIL aku kalau baca komen-komen yang menbangun sangat ni. Hehehe...

So aku pun google la brand untuk set-set bersalin ni semua... Dah google confirmlah nak share dalam Diary ni kan?kan?kan?






Ok cukup sikit saja. Nak banyak-banyak korang google sendiri ya. Pilihan ditangan anda. hehehe...

:: Rasa tak sabar nak berpantang..hehehe ::


Thursday, 6 September 2012

Tips 'meneran' sewaktu bersalin

Assalamualaikum semua!!!*buat gaya orang sedang nasyid... Sopan kan???*

Dalam riuh rendah kat office ni. Dalam ketinggian susunan fail depan mata ni. Dalam banyak kerja ni la senang cerita. Aku sempat lagi terfikir benda lain. Benda yang memang aku dah patut fikir kot. Benda yang akan aku hadapi tak lama lagi.

So jari-jemariku yang dulu runcing dan kini telah mengembang ni pun mula menari diatas keyboard. Meng'google' itu dan ini. Info berguna yang akan aku praktikkan. Dah google, baca dan haruslah aku share dengan korang-korang-korang semua kan?kan?kan? Nanti korang kata aku kedekut ilmu. Ditambah pula dengan kawan-kawan ku juga ada yang sedang membuyung sepertiku. Ramaaaaai!!! So jom share info ni...


Tips 'meneran' sewaktu bersalin

Waktu mula meneran


  • Sebaiknya dilakukan selepas pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun kedasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka  sewaktu kontraksi.
Posisi meneran yang tepat

  • Berbaring dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarnya kebawah peha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri atau kanan.
Cara meneran

  • Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai kepuncaknya. Waktu ini Doktor akan meminta kita untuk menarik nafas panjang  dan menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran kearah bawah. dengan memastikan punggung tetap berada diatas katil. Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya kita dapat lihat perut kita.
Kesilapan dilakukan ketika meneran

  • Meneran sebelum proses pembukaan sempurna akan menyebabkan berlakunya EDEMA (pembengkakan di mulut rahim) - menyukarkan proses bersalin yang selanjutnya.
  • Meneran di'leher' dan bukannnya diperut. - mata akan nampak merah selepas bersalin dan kadangkala disertakan dengan 'kebutaan' sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan dibahagian leher.
:: Semoga tips ni dapat membantu aku dan korang-korang semua!!! ::



Serbu rumah Mama, Tapi Ain dan Done jadi tukang masak???

Assalamualaikum semua... Sihat tak semua??? Aku confirm ramai yang semakin SIHAT dimusim-musim raya ni. Mana tak nya, kiri kanan depan belakang open house. Aku tak terkecuali. Makan, makan, makan, makan dan terus melantak. Haish!!! Dah hujung-hujung ni makin menjadi-jadi. Berat badan ni tak tengok lagi berapa. Nanti bila dah naik mendadak mulalah nak melalak. Ita...ita...ita... HEP!!!

Cuba korang tengok kat atas. Dah 36weeks genap hari ni hokeyyyy... 36weeks = 9bulan. Wah macam tak percaya usia Baby Que dalam perut ibu dah 9bulan. Dah cukup bulan dah. So Aku pun sedang meng'get ready'kan diri untuk mem'push'kan. PUSH...PUSH...PUSH... Eeeee...nervousnya!!!

Mak mertua aku pun dah kerap call tanya " Ita ok tak???" Oh..oh..oh... Ada 1kali tu aku cepat-cepat passing handset kat Hubby. Bukan tak mahu berbual tapi sekarang ni sensitive dia lain macam. Kang tak pasal-pasal 'hujan' pula. Kang banjir. Susah... Susah...

Oh ya. Merapu panjang-panjang tapi sebenarnya nak cerita pasal lain. SEE!!! Aku masih aku yang dulu. suka merapu walaupun sekarang ni perasaaan cacamarba menguasai diri. Aku masih aku. Hehehe...

Ok aku dah curi gambar-gambar semasa menyerbu rumah My BFF mama Miera Laila hari selasa lepas. Haaaaa... Tengok! Walaupun selasa tu merupakan hari kerja. Sempat tau menyerbu rumah orang. Makan...makan...makan...YUMMI!!!


Ok dimulakan dengan gambar tuan tanah kedaung beserta tuan rumah. Tengok tu... Tuan rumah tapi dia yang mencekik paling banyak Uols... Haish!!! Rusak!!!



KAMI!!! 


Makan... Makan... Makan...


My BFF dari umur 14tahun. Sekarang kami masing-masing dah 18tahun jadinya dah 4tahun kami berkawan. (ok perasan masih muda SAAAANGGAAAAT ni!!! actually dah lebih kurang 12tahun kami mengenali hati budi masing-masing... Zana, jom kawen!!!hahaha)


Ini adalah chef pada hari kejadian tersebut. Dia punya sambal kacang superb!!! Letak ganja barangkali. Hahaha... Sedap Oi!!! Ada sorang lagi chef tapi yang sorang lagi tu pemalu-pemalu kucing...MEOOOOWWW...



Hey!!!Hey!!! Tu Hubby aku...tu Hubby aku... Sedang melayan anak mama Miera. Cute kan?kan?kan? Confuse nak cakap Maya yang cute ke or Hubby aku yang cute. Hahaha... Boleh gitu???



My BFFs wif anak-anaknya. Bestkan? Masing-masing dah ada anak. Ok ni yang buat tak sabar nak PUSH!!!


Jom main masak-masak!!! Inilah wajah-wajah anak-anak kami!!! ;)


Hey!!! Gambar aku separuh saja mauk dalam gambar ni. TAK ADIL!!!


Sedang menanti hari!!!

Actually ramai lagi dihari kejadian tapi Mami, Dedi, Mama Wahid dan pasangannya balik awal. So tak dapatla meng'interframe'kan diri macam kami. RUGI!!!


Ok last gambar mak buyung yang tak sedar diri masih main masak-masak. Tajuk gambar ni ialah Hobiku selepas menjadi isteri yang solehah. Hehehe.. BERANGAN!!! Masak pon tak pandai... ;P

:: Saya suka kehidupan dan orang disekeliling saya sekarang ::

Tuesday, 4 September 2012

Majlis Zira & Zaini 31.08.2012 Merdeka!!!

Selamat Pagi kawan-kawan yang sudi view page ku yang tak seberapa ni. Pagi ni aku rasa cam nak mencurilah. Mencuri gambar-gambar dihari 'kejadian' seorang rakan iaitu Zira & Zaini. So biarlah gambar menceritakan segala-galanya ya.;)



Cantek & Hemsem kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan!!! Ok...Time to mengabadikan gambar kenangan beramai-ramai bersama pengantin diatas pelamin...;)




Yang bawah ni... gambar gadis-gadis bersama pengantin perempuan yang mempersonakan...;)


Ok...bila masing-masing dah naik syok bergambar... Haaa..ni la jadinya...


Sesi kiss-kiss dan cop-mengecop pipi orang dengan lipstick masing-masing. Hoi!!! Jahat!! Terlupa sekejap umur dan status masing-masing... Eeee... Rindu zaman sekolah!!! ;(




:: Kepada Zira & Zaini... Semoga bahagia & berkekalan hingga ke syurga ::

Monday, 3 September 2012

Melelah cheese cake namanya.

Ok dah cerita pasal benda menakutkan. Yang ni nak promote fav food aku ngan Hubby sekarang ni iaitu Meleleh Strawbery Cheese Cake. Yummi. Dah 2kali dah order kat kakak Ita yang comel lote tu. Bila tengok saja lupa kewujudan kencing manisku. hehehe...




Haaaaaaaaaa...lihatlah cheesenya yang melimpah ruah hingga ke ladang gandum tu haaa... Aku tak ada dah potong-potong. Makan pakai sudu terus dari tapawe. Sedap!!! Lumba-lumba makan ngan Hubby. Cuma Hubby selalu bebel tak boleh makan banyak-banyak sebab 'pembawakan' aku tu. Jadinya lepas bersalin dan berpantang bolehlah continue mentekedarah benda alah ni. Lupa nak bagitau. Ini Chef dari J.W. Marriot Hotel punya resepi, kalau tak silaplah. Kalau tak percaya view kat Meleleh of cheese cake.

So kepada kat area JB yang nak order boleh contact Kakak Ita yang gojes ni. Harga untuk 1box tu just RM16 ya kawan-kawan. Murah dan sedap! Cubalah kalau tak percaya. Lagi-lagi yang memang hantu Cheese macam aku dan Hubby. Serious tak muak walaupun makan banyak. ;)

:: Just share... Tapi memang lazat!!! ::