Masih terbayang jelas dalam minda ku pembukaan 2011 adalah detik menggembirakan bagi diriku. 1.1.11 aku telah di'cop' oleh Incik Kudut yang kini telah menjadi Incik Hubby. Tarikh keramat itu jelas memberitahu betapa Hadhrami Farhan sangat-sangat-sangat serious dengan hubungan kami. (T.T)
2011 juga merupakan tahun yang sangat menyedihkan apabila air mata ini tak henti-henti mengalir ke pipi pada tanggal 23.09.2011 baby kepada BFF ku telah pergi menghadap ilahi (T.T) dan pada tanggal 04.11.2011 pula iaitu dua minggu sebelum sampai ke tarikh keramat ku yang seterusnya Atok ku telah pergi untuk selama-lamanya. (T.T)
Pada tanggal 19.11.2011 pada jam 11.44a.m di Masjid Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor Hadhrami telah berjaya dengan lancarnya melafazkan akad nikah dan serta-merta menjadikan kami sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah (T.T)
Ketika membaca takhlik air mataku mengalir dengan deras sekali. Betapa aku bersyukur dengan pernikahan kami. Air mata tanda gembira kerana mendapat sorang suami yang sangat-sangat baik. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan aku teman hidup yang baik hati. Dan kini dia menjadi imam muda ku. Alhamdulillah. (T.T)
:: airmata yang mengalir dipipi membuatkan aku lebih tabah dan menghargai hidupku kini. Alhamdulillah ::
seronokkan jadi isteri kpd suami yg mnjd teman hidup kte slm2nye...sesungguhnya ALLAH SWT itu maha adil...
ReplyDeletebetul..sangat seronok dan bahagia...rasa 0 je bila si dia jauh dari kita...;) Alhamdulillah!
ReplyDelete