Sebelum ni anak-anak makan RC. Tapi sedia maklum aku dan Incik Hubby baru sahaja mendirikan rumah tangga. So taklah sestabil orang yang dah kahwin 10tahun. Tak gitu?? Oleh kerana ketidakstabilan itulah aku dan Incik Hubby me'research' cat food selain dari RC tapi khasiatnya lebih kurang. Banyak pandangan rakan-rakan yang kami ambil contohnya ada yang kata jangan bagi makan nasi kerana nasi tak bagus untuk perut kucing, ada pula yang kata jangan bagi makanan yang ada pewarna, macam-macam lagilah. Ini bukan kerana kami pemilik kucing yang mengada-ngada. Kami cuma nak yang terbaik untuk simanja kami.
Ada juga suara-suara sumbang yang kata 'alaaa... kucing biasa saja pun'. Meh aku nak meroyan sikit. Lantak akulah nak bagi kucing BIASA aku ni makan apa?? Yang kau senak kenapa?? Ada minta duit kau?? Haaa... Jahat tak mulut aku? Hahaha... Siapa suruh sibuk nak jadi pengkritik tetap hidup aku. Yang berkata begitu LUAR BIASA sangat kah sampai nak kata kucing aku BIASA. Kawan-kawan, kucing kurap sekalipun berhak merasai rezeki di bumi Allah ni tau. Jangan nak berlagak sangat. OKK!! Tak suka!
Ok berbalik kepada cerita Scince Plan yang aku minta tolong makcik ku belikan di Melaka. Pack dia macam ni...
Chicken flavour. Letak saja dalam bowl anak-anak bersih dalam sekelip mata. Suka sangat tengok mereka makan makanan sihat. Tak mahal mana pun dalam RM180 15kg. Dengar cam mahal kan? Ok cuba korang buka minda sikit. Jom ambil calculator kita calculate sama-sama.
15kg tu boleh tahan dalam 4bulan sebab makanan kucing ni cuma bagi pagi dan malam.
so RM180 devide dengan 4 bulan baru RM45. dalam sebulan lebih kurang 4kg saja untuk mereka makan. RM45 devide 4kg jadilah RM11.25 untuk sekilo.
Sekilo tu untuk seminggu iaitu 7hari,
makanya 1hari anak-anak aku yang 8ekor tu cuma makan RM1.61 lebih kurang.
Mahal kah itu kawan-kawan? Kita makan setiap hari lagi mahal tau. jadi apa? Jadi penyakit kan? kan? kan? Makan burger, pizza, KFC dan bla...bla...bla... Semua tu buat kita tak sihat. Percayalah! Janganlah berkira sangat untuk memberi anak-anak kucing kita makanan berkhasiat. Tak rugi. Mereka semua membawa tuah.
Amalan kita tu bukan saja didunia tau. Mana tahu esok di akhirat si manja kita yang akan menolong kita. So jangan sombong sangat hidup atas bumi Allah ni. Kita bukan siapa-siapa. Hanya makhluk yang serba kekurangan. Sama standard saja dengan makhluk Allah lain. Yang bezanya kita mempunyai akal, jadi gunakanlah sebaik-baiknya. Jangan jadi binatang yang bertopengkan manusia!
:: Wah...padahal nak story pasal makanan kucing yang baru beli last-last jadi syarahan yang panjang..;P ::
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)