Hari ni 1st day dalam bulan December. Juga merupakan 1st day untuk aku memulakan kerja setelah sekian lamanya bercuti. Cuba korang teka senang tak pagi tadi aku nak bangun tidur? Hehehe... Rasa malas yang teramat-amat-amat. Wah! Pemalasnya! Bangun-bangun tidur saja dapat bayangkan betapa semaknya meja aku. Uh....Sempuuuut~~
Masih dalam mood pengantin baru...Hm... tiba-tiba rasa macam nak balik semula masa majlis yang lepas. Bestnya!!! Walaupun penat bagai nak gila tapi alhamdulillah. Aku sekelip mata mempunyai Hubby, Abah baru, Mak baru, Adik Perempuan baru, Adik lelaki baru, Nenek baru, Mak cik-mak cik baru, Pak cik-pakcik baru, sepupu-sepapat baru... Eh semuanya barulah! So selamat pengatin baru untuk diri sendiri. Hehehe... Incik Hubby pun telah pun mempunyai Abah baru, Mak baru, Kakak-kakak baru, Abang-abang baru, Niece Nephew baru dan semuanya juga baru. Selamat pengantin baru, Incik Kudut!!! Ops... Incik Hubby. ;P
Biarkan gambar bercerita. (^,~)
Majlis pernikahan 19/11/2011
Alhamdulillah pada detik lebih kurang 11 pagi kami selamat diijab kabulkan oleh Ustaz Mohd Din di Masjid Felda Ulu Tebrau. Dengan sekali lafaz alhamdulillah aku dan Incik Hubby kini bergelar suami isteri yang sah. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pernikahan kami. Walaupun kami nikah bersama 2 lagi pasangan. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Majlis malam berinai 19/11/2011
Ok dah boleh hug dah sebab dah jadi suami isteri yang sah. So kepada semua kalau nak macam kitorang ni pergi kahwin cepat-cepat tau. Hehehehe. Statement gatal dari pengantin baru. ;P
Majlis Persandingan 20/11/2011
Ramai yang tanya ni hijau apa. Jujur sangat-sangat-sangat aku katakan yang aku tak tahu nak explain macamana sebab aku pun tak tau ni hijau apa. Nanti kalau aku tau, aku bagitahu korang semua k. Niat dihati nak pakai favourite colour aku. Iaitu pink colour tapi setelah berbincang dan berdiskusi bersama Incik Hubby. Kena reject teruk! Sebab katanya pink, purple, hijau pucuk pisang n bla..bla..bla... dah ramai orang yang pakai. So kami pun pilihlah hijau ni. Thanks kepada Rose Bridal House kerana melayan saja kerenah kami tanpa banyak alasan. Dan hasilnya sangat memuaskan hati. Thanks Toksu!!! :)
Gambar-gambar diatas ni kredit to Kak Wani dan Abang Leman selaku cameraman kitorang yang sangat-sangat-sangat sporting. Walaupun kitorang ni kayu, papan, besi, batu dan apa-apa yang keras kematu. Tapi dorang tak mengeluh pun. Thanks bangat!
:: Happy tau!!! Thanks semua ::
hamboiiii... sukanya dia...
ReplyDeletehalamak mak ndak baru ku...hihihihi~
ReplyDeletekak i like!!akhirnye tdung nikah yg diimpi kn..
ReplyDeleteberjaya!!!!
kak i like!!tdung yg diimpikan tuk prnikahan..
ReplyDeleteakhirya berjaya!!
tu la tu..Alhamdulillah..dah tak meroyan lagi..hihihi~~
ReplyDeleteakn ku jd kn kamu inspirasi ku plak lps ni!!!
ReplyDeletehehehe..statement cm dh nk kwin je kn...
choiiii.....
oh..oh..oh...Jgn lupe jemput~ ;)))
ReplyDelete