Kalau ada sesiapa ingat pasal Incik Hubby yang busy mem'booking' flight ticket di entry ini. Masa tu kami masih bergelar tunangan. Minggu lepas kami dah pun ber'honeymoon secara berjemaah dengan member-member Incik Hubby. Sangat best! Sangat padat dengan aktiviti! Sangat-sangat-sangat syok!
Sarawak memang sangat menarik untuk dikunjungi. Mana taknya negeri Sarawak itu sendiri seperti sebuah muzium yang sangat-sangat besar. Toleh kanan sejarah, toleh kiri sejarah. Dan yang paling penting aku dan Incik Hubby suka tempat-tempat macam tu. Sebab tu lah selalu pergi Melaka, tak pernah jemu. Ni dapat peluang pergi jauh sikit takkan nak tolak, kan?kan?kan? Dapat pula penginapan yang sangat selesa di Merdeka Palace Hotel. Rasa tak nak balik semenanjung! Hehehe...
Oleh kerana malam tadi baru sampai ke semenanjung. Makanya semua yang pergi sangat-amat-sungguh penat dan tak sempat lagi nak upload gambar. Nanti bila ada masa akan ku upload dalam entry seterusnya. Suke, suke, suke!!! So siapa-siapa yang berhajat nak pergi bercuti di Kuching, Sarawak tapi teragak-agak. Takut tak best ke apa ke. Anda harus meneruskan perancangan anda. Tak rugi pergi kesana. Dapat belajar banyak benda. Especially untuk pencinta alam dan haiwan. ;)
:: kat sana kucing gemuk-gemuk...geram! ::
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)