Seperti yang semua sedia maklum dalam entry INI. Pakej photoG yang aku amek sangat-sangat-sangat memenuhi kehendak poket. Hehehe... Dengan harga RM750 untuk cover keseluruhan majlis yang berlangsung selama 2hari. Majlis nikah, majlis malam berinai, majlis bersanding dan outdoor 2kali. Sangat berbaloi-baloi bagi aku dan Incik Hubby. Kerana kami PENGANTIN ON BUDGET ye kawan-kawan. Jujur tak aku??Jujur kan?kan?kan? PANG!!!
Ok inilah dia photoG yang aku maksudkan. Diorang ni husband&wife yang best, sporting dan yang paling menarik mereka buat kami yang lembut sikit dari batu ni selesa. Thanks Abg Leman dan Kak Wani.
Haaaa kau! Tengok tu berhempas pulas snap gambar kitorang. Sampai keluar semua urat kat dahi tu. Hahaha... Tu belum lagi korang tengok yang meniarap dalam semak. Sayanglah aksi tu aku tak dapat rakam. Kalau tak mesti korang pening ni siapa yang ambil gambar siapa ni? hehehe...
Selain dari layanan mereka yang best dan service mereka selama 2hari berturut-turut tanpa apa-apa charge tambahan. Kami diberi dua kali outdoor iaitu selepas nikah dan selepas majlis bersanding. Best!!! Kalau korang tengok gambar kat atas sana tu. Alaaaa... yang pakai baju putih tu selepas majlis nikah. Yang ni pula selepas majlis bersanding.
So ada dua persalinan untuk outdoor di dua tempat yang berbeza. Cara kan?kan?kan? Dengan hanya bayaran yang tak sampai seriban. Korang boleh dapat service macam ni. Sangat-sangat-sangat berbaloi. Dan paling best mereka tak kisah lebih masa, memang kedua-dua hari tu mereka berada disisi kami. Thanks again Abang dan Kakak. ;)
Bukan itu sahaja ye Uols-Uols sekalian. Kami juga dapat....Jeng jeng jeng
Haaaaa...inilah semuanya. Hari tu Kak Wani janji nak bagi 2 buah photo album tapi disebabkan aku kuat bodek maka layaklah aku mendapat 3buah. Hahaha.. PANG!!! Gurau saja. Kak Wani memang best! Yang dalam album semua gambar yang dah di edit. Smart! Tapi tak mahu tunjuk kat korang sebab nanti korang tak nak datang melawat aku kat rumah. Siapa nak tengok datang rumah. Hahaha... Siap dia cucikan lebih. Sedekah katanya. Gerek ar!!!
Kepada sesiapa yang berminat nak minta quotation dari Kak Wani boleh contact dia terus kat :
FB : Qaseh Photographix
Tel No. : 014-2727308/ 013-7551085
:: Bodek-bodek sikit tau...hehehe ::
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)