<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday, 2 December 2011

Jumaat sememangnya indah ;)

Jumaat yang indah kini menjelang lagi. So esok genaplah 2minggu aku dan Incik Hubby bergelar suami isteri. Cakap pasal hari jumaat, Boss aku dengan serious tanya " Ita, awak nikah hari tu berapa haribulan?" aku juga dengan muka serious menjawab " 19/11/2011" . Korang tahu apa motif dia tanya??? Last-last dia cakap macam ni. " Oooo..dah 2kali malam jumaat la awak ye" WACHAAAAA!!! Nasib boss kalau tidak dah patah riuk kot aku kerjakan. Malu tau!!!*blushing2*

Esok kami akan berpindah ke teratak baru kami secara official. Nak angkut apa-apa yang patut. Mak mesti sedih kan?kan?kan? Padahal aku yang rasa berat tinggalkan mak...srot..srot..srot... DUSYUM!!! Kembali ke realiti. Realitinya teratak itu tak jauh pun dari rumah emak dan abah. Hehehe. 5minit pun dah sampai. Tapi kalau jalan kaki berpeluh juga ketiak tau. ;P

Yang paling menyedihkan aku dah kena masak sendiri. Uwaaaaa.. Sedihnya! Janganlah Incik Hubby bertambah Kudut lepas ni kerana tak selera tengok masakan aku. Hiyah!!! Aku kena berusaha. CAYOK!!!CAYOK!!! Lepas ni kena rajin search resepi kalau tak jenuhlah Incik Hubby hari-hari makan telur. Telur masak kicap, telur goreng, telur sambal dan yang paling TARAAAAAAAA..... Telur dadar. Apa macam??? Ada bakat dapat madu tak? Hahaha..CHOI!!

Anak-anak meow pula belum decide lagi nak bagi makanan cap (brand) apa. Royal Canin ke, Blackwood ke, IAMS ke, Top Cat ke...bla..bla...bla... Masih meng'search' mana yang berkualiti untuk anak-anak meow dan berkualiti untuk poket kami yang baru kahwin dalam erti kata lain belum stabil ni. Biar antara tan dan pets 2-2 selesa dan berselera. Kan?Kan?Kan? So kepada sesiapa yang mempunyai info bolehlah sudi-sudikan diri meng'share' dengan aku yang serba jahil mengenai kesihatan kucing ni. Aku dah tanya Dr Haiwan Whiskas dan Friskies tu ok tapi tak bagus untuk jangka masa panjang sebab high protein. Kalau tak silaplah. So secara automatiknya kedua-duanya terkeluar dari list.

:: Semoga aku dan Incik Hubby bertambah bahagia, amin ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)