Ini kali pula kisah beraya bersama geng-geng TCSJB. Geng-geng dari sekolah sampai lah sekarang. Gaduh, baik, bertumbuk, bergurau dan lain-lain lagi lah kami tetap bersama. Masuk tahun ni dah hampir 10tahun kami berkawan. Alhamdulillah!!!
Bermula dari rumah Ollyn's. Tapi masa ni aku bersama Incik Kudut di Senai Airport coz menguruskan budak-budak Nepal yang ingin pulang ke negara masing-masing. Rugi tak dapat makan soto yang lazat kat umah Ollyn's. Tapi tak apalah. Maybe boleh repeat tahun depan..hehehe..
Oleh kerana aku dan Incik Kudut merupakan 'bidan terjun'. Jadi kami tak memakai baju raya.. Tapi tak mengapa, aku pakai baju sopan juga la.hehehe...
Di rumah Kak Z...
Selepas itu kami ke rumah Aeycha.....
Ok nak cerita sikit. Masa kat rumah Aeycha ni kami semua seronok menyental kuih-raya serta kerepek-kerepek yang ada. Aku siap mintak refill kot. Peh...best!hehehe....
Di rumah Arel....
Masa kat rumah Arel pula, aku dan Incik Kudut ku banyak melayan bapa Arel bercerita diluar rumah. Sebenarnya ada insiden yang berlaku tapi tak mengapalah. Benda dah lepas. Tapi serious aku tak akan percaya pada seseorang kawan itu lagi. Cukup setakat ini. Thanks kawan..;)
Ops lupa pula, di rumah Arel kami dihidangkan dengan roti cecah kari...yummi...sedap!!!
Di rumah A'ai.....
Rumah A'ai ni nyaris-nyaris aku tak jejakkan kaki. Ini semua kerana seseorang. Setelah dipujuk-rayu Incik Kudut aku setuju pergi rumah A'ai ni. Haish...Alhamdulillah!!! Dapat juga kami makan masakan mak A'ai...Sedap wooo...
Last sekali rumah sendiri....
Ni kena bebel ngan kak Z ke apa?? Tak lah! Actually, kami sedang berborak 0...Kak Z sayang aku...mana boleh marah-marah. kan Kak Z??hehehe...
Ok tamat sudah sesi beraya untuk hari tersebut. Makanya, kami pon bergambar sakan lah apa lagi....
Kepada semua kawan-kawan, kalau nak pergi beraya calling-calling aku lagi tau. Akan aku usahakan untuk menghadirinya. Makan punya pasal, Ok sokmo...ngeh3...
Lastly, Thanks semua coz sudi beraya di pondok burukku. Nanti pergi raya lagi tau. Masih dalam mood berhari raya...Raya! Raya! Raya!
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)