Ni yang nak cerita ni, malam sabtu yang lalu aku serta kawan-kawan dok serbu rumah Mami Airyssa. Ceritalah sikit pasal Mami ni. Dapat gelaran mami ni bukan sebab dia kepoh dan sibuk dok canang kisah rumahtangga orang. Sebenarnya dia merupakan ibu kepada Ica yang sangat-sangat comel. Oleh kerana Ica panggil dia mami, lalu kami yang sama-sama baya ni mulalah perasan muda dan panggil dia mami. Lekat terus!!hehehe... Dia ni Officemate kepada BFF aku si Mira tu. Selalu dok ber'comment-comment' kat muka buku je dengan dia. Malam sabtu tu first time aku jumpa dia. Cantek! Ok itu satu dari word yang bermain dalam kepala otak aku bila nampak dia first time. Dia tak make up tau, tu pun dah cantik. Beruntung laki dia. Dan buat pengetahuan semua, sampai sekarang aku tak tahu full name dia. Haish!!!
Actually, sabtu hari tu aku pergi beraya ke rumah Pak Ngah ku. So balik tu dah malam. Dalam pukul10 baru sampai rumah mami. Dia sambut kami dengan senyuman. Suka tengok dia senyum. Wah...'Over'nya aku! Bila masuk je rumah dia lagi sekali terkedu. Waaa..simple but nice!! Theme dia merah, putih dan hitam. sangat gothic.hehehe... Kami pon apa lagi. Berpossing lah. Klik!klik!klik!
Eh lupa nak kasitau. Aku pergi menyerang rumah Mami bersama-sama Incik Kudut, Mira, Hairi, Adik Hari dan 'Boyfriend'nya. Yang pkai baju kebaya hitam tu adik Hairi. Tapi lupalah namanya, minta maaflah mungkin kerana aku gemar sangat makan kuih sarang semut. Tu yang lupa tu..hehehe.. Yang kecik dan comel pula anak Mira, Princess Mia. Sangat comel!!!
Toleh kanan toleh kiri Incik Kudut aku sudah pun berada di meja makan. Amboi!!! Kami pun apa lagi serangggggggg... Wah sekali lagi aku teruja. Sup Gearbox!!! mbek...mbek...mbek... patutlah Incik Kudut dah terpacak kat meja makan. yummi...Aku pula tak boleh makan banyak kambing, nanti pening kepala. Ops...darah tinggi ke erk??Ok, nanti pergi check!
" Tambah lagi, tambah lagi!!" kata mami kepada semua. Tengok atas meja tu full!!! Macam-macam ada. Best betul, rasa nak pergi lagi.hehehe...
Hai...sampai tertidur mami tunggu kami makan. Haaa...lupa nak kenalkan. Tu la Ica. Cute sangat-sangat. Bila tengok Ica ngan Mia aku rasa macam tak sabar nak kahwin...eee,,sangat gewdik!!!hahahaha....
Makan! Makan! Makan! Makan dan terus makan!!!Yummi....
Masa ni, Incik Kudut terlalu fokus. Senyap dan sunyi saja. So aku biarkan saja dia menyental dengan penuh kusyuk dan tawaduk.
Dan inilah hasilnya. Taraaaaa...4ketul dia habiskan. sampai tersandar. Amboi!!!Mentang-mentang favourite dia. Licin dia makan. suka tengok! Hai Incik Kudut, awak ni makan banyak tapi tetap maintain slim. Apa rahsianya??hehehe...
And lastly, seperti biasa possing sebelum balik. Thanks to Mami Airyssa sebab invite kami ke open house yang best ni. Enviroment cantik serta makanan yang sedap. Sangat-sangat teruja. Ops.. sebelum lupa, layanan juga sangat-sangat baik.Ibu Mami Airyssa juga sangat sporting, Thanks Auntie. Thanks juga kepada Mira sebab calling-calling kami.
P/s : Tahun ni asyik bercerita kisah open house dirumah orang, rumah sendiri tunggu tahun depan ye. Budget kena tumpu untuk November ni lah. So faham-faham sajalah. Ok next!!! Siapa lagi yang nak membuka rumahnya untuk kami serang???(^,~)
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)