<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday, 8 September 2011

BODONYE!!!

Hm...Memang!!! Memang Bodo + Bangang + Tak Berakal!!! Wah...betul-betul marah makcik ni! Eh...Of course aku marah okk! Korang boleh fikir tak, wujud jugak manusia yang sewenang-wenangnya mendera makhluk Allah dimuka bumi ni.. Hey!! Korang ingat korang akan hidup 1000tahun dan tak akan mati ke? Stupid! Kalau dera sesama manusia pon kita dah cukup marah sampai nak bunuh saja manusia yang mendera itu, inikan pula mendera haiwan. Kalau tanya aku apa hukuman yang sepatutnya mereka yang bangang ni dapat, aku rasa baik mandulkan saja mereka ini.

Ada kes yang terjadi baru-baru ni, Kucing-kucing yang ditinggalkan dirumah jagaan kucing diabaikan. Bodoh! satu word yang aku mampu cakap. Dah la tuan-tuan kucing tu semua bayar kat mereka ni. Meraka buat macam hape saja kucing-kucing tu. Ok sekarang korang semua boleh kata aku merapu, tapi cuba korang tengok gambar-gambar bawah ni.


Ni la neraka bagi kucing-kucing tu. Semoga Allah bagi balasan setimpal pada mereka-mereka yang terlibat.. Amin...








Ya Allah!!! Serious rasa nak melalak depan pc ni bila tengok gambar-gambar kucing ni. Apalah dosa kucing-kucing ni pada manusia sampai ada manusia yang sanggup buat macam ni?? Ada siapa-siapa boleh explain kat aku tak??haish!!


Haaaa...ini layaknya... Report saja kat pihak berkuasa... Biar padan muka mereka yang bodoh tahap gaban tu!!!

Ok..Dah tak mahu emosi lagi. Biarlah Allah membalas setimpalnya perbuatan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Kepada semua, sayangilah haiwan-haiwan disekeliling kita yang tidak memudaratkan kita. Jangan pulak kerana terlalu prihatin sampai nyamuk pon korang bela...hehehe...Ingat!!! Sayangi haiwan tau...tak kiralah kucing, anjing, harimau atau gajah sekalipun. Mereka juga makhluk Allah yang berhak mendiami bumi ini...;)



No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)