<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Saturday, 10 September 2011

Hampir-hampir basi dibuatnya!

Raya dah yang keberapa hari dah, tapi aku masih tak menyempat nak upload gambar-gambar raya...Wah, busy nye makcik!!! Ini lah akibatnya kalau cuti panjang, naik kerja saja hamek kau!! Meja dah macam tempat kucing beranak... Bersepah-ranah *Eh ada eh word tu?hehehe*

Memandangkan Anak bulan pon dah nak pandai berjalan dah so korang-korang semua layan saja lah gambar-gambar raya aku ni...huhuhuhu...

Haaaa...Tahun ini kami memakai baju hijau sepasang ala-ala pengantin baru Uols!!Huh!! Gewdiks~~ hehehe.. Sebenarnya ini plan dari encik Kudut saya. Kebetulan masa bershopping-shoppingan, ternampak baju ni sepasang...Terus tangkap lentok!!



Ok. kepada sesiapa yang sudah terasa loya, bolehlah berlari menuju toilet sekarang...hehehe... Gambar-gambar atas ni saja-saja mengisi masa lapang. Tiba-tiba teringat masa photoshot pre-wedding. Rindunya time tu. Encik Kudut, jom pre-wedding lagi!!! Ok enough! Mengarut saja.


Setelah menge'check' gambar-gambar raya aku tahun ni baru aku perasan, kenapa tak ada gambar 1 family?? Pelik bin ajaib. Busy sangat bermaaf-maafan hinggakan terlupa tentang kewujudan camera. Tak apalah jika dipanjangkan umur tahun depan bolehlah repeat balik.. hehehe..

Jom tambah kepelikan... Ada ke orang beraya ke Zoo? Jawapannya ada. Kerana kami begitu teruja pergi bertandang ke Zoo Johor pada hari raya kedua.huhuhu...








Pelik kan? Kami cuma kasihan dengan hidupan-hidupan di Zoo itu. Sama seperti kita, mereka juga makhluk Allah yang berhak diberi layanan sempurna seperti manusia. Jadi, sayangilah haiwan-haiwan yang ada disekeliling kita. (^,^)



Okay, time to Balik kampung..Ooooo...Balik kampung...Oooo... Balik Muar... Disebelah bondaku itu adalah Abangku yang bermastautin di Taiping. Makanya, hari kami pulang ke kampung...dia dan keluarganya juga bertolak balik ke Taiping. Bye Abang!! I'm gonna miss U...Eeeee...Over!!


Ini pula gambar-gambar masa kami buat surprise burfday party secara kecil-kecilan dirumah. Masa ni Zana and family dia datang beraya ke rumah. Tiba-tiba...."Surprise!!!" Wah terkejut beruk itu makcik. Nasib baik tak terberanak terus. Tahan Zana, tahan...



Inilah family dia. Husband dia sangat-sangat sporting. Best!! Hope 1 hari nanti bila encik Kudut dah jadi suamiku yang sah. Dia juga akan sporting macam ni dan yang paling penting boleh membimbing aku menjadi isteri solehah...amin~



Selesai sudah party kecil-kecilan Zana Rudien. Kami pun pergi beraya bersama-sama. Serious aku malas nak bercerita lagi. Korang-korang layan saja lah gambar-gambar ini. Biarkan gambar bercerita.









Raya!! Raya!! Raya!! Selamat Hari Raya!! Maaf zahir dan batin kepada semua... Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...Semoga syawal membawa seribu keberkatan buat kita semua....amin~~


No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)