Tudung nikah??? Haa...Ye la tudung untuk majlis nikah. Buat sesiapa yang tak tahu bulan November nanti aku akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati. *ayat poyo...hehehe*
Actually, sebelum ni tak pernah nak bercerita pasal tema la, baju la, doorgift la...apa-apa saja yang berkaitan dengan majlis tersebut. Bukan apa, tempoh transit ni sangat banyak menduga fizikal dan mental. Rasanya bukan aku sahaja yang merasakan benda-benda ni semua. semua yang bergelar tunangan orang juga pernah merasakan. Haaai...malas la nak story... Kamu semua kalau nak rasa bertunanglah ye. Setiap orang mungkin akan terima dugaan bertunang ni cuma dalam bentuk yang berbeza. Jadi bersedialah!
Bila orang tanya saja soalan-soalan yang cepu perak mula dahi berpeluh. Antara soalan-soalan favourite saudara-mara dan sahabat handai. " Bila tarikh majlis besarnya?", " Tema colour apa?", bla...bla....bla... Waaaa...time soalan bertubi-tubi menyerang aku rasa macam nak pura-pura pengsan. Maaflah. Bukan tak mahu menjawab soalan atau terlalu berahsia. Sebenarnya aku cuma tak mahu jadi over confident. Doa-doa sajalah majlis kami November ini berjalan lancar. Mengenai soalan 'bila date'nya tu, aku akan jawab sejurus kad jemputan perkahwinan kami siap dicetak kelak. Masa tu aku siap invite semua. Don't Worry!
Hm...Berbalik kepada masalah yang men'stress'kan kepala aku iaitu design tudung nikah. Puas aku meng'google' design-design tudung ni. Hasilnya, aku pening kerana terlalu banyak design yang aku berkenan. Aduhai!!! Kalau la budget kahwin aku sama macam Siti Nurhaliza dengan Dato' K kan best!! Ok kembali kealam yang nyata iaitu aku bukanlah sesiapa-siapa. *wink*
Ni pic masa aku dan Incik Kudut bertunang hari tu. Aku pkai tudung biasa saja. Yang ada Awning keras tu. Masa tu memang kelam-kabut sikit. Jumpa tudung ni kat area Masjid India terus beli. Harga dia terus-terang aku cakap cuma RM15 saja. Save kan? Tak mahu berhabis sangat sebab masa ni bertunang sahaja pon.
Tapi untuk majlis nikah nanti kalau boleh aku nak tudung yang tak ada awning macam masa bertunang. Aku bukan apa, fikirkan Incik Kudut ku time upacara pembatalan air sembahyang nanti. Berapa panjang lah muncung dia, masa nak kucup dahi aku. Kesian dia! Kronik tak masalah yang aku fikirkan?hehehe....
Dibawah ni pula antara design-design tudung yang dah berkenan dihati *aku curik kat google...thanks Uncle Google..hehehe* tapi tak tahu mana nak tempah orang jahitkan. Nak beli terus macamana nak dapat yang tak ada awning keras kan?kan?kan? Ha...Ni la masalah kalau terlalu cerewet...Padan Muka!
No 1
No2
No3
No4
Cantik kan? Tak tahu mana satu yang aku nak tempah, itu satu hal. Tak tahu nak tempah kat siapa, tu lagi la pening. Hm...Lagi 2bulan lebih saja ni. Tak apa lama lagi kan?kan?kan? *sedapkan hati*
Kalau korang yang budiman lagi baik hati, yang terbaca entry aku yang jiwa kacau ni dan sudi tolong. emailkanlah link-link yang membolehkan aku berurusniaga dengan sesiapa yang menerima tempahan tudung untuk majlis aku ni ye. Didahului dengan ucapan thanks sangat-sangat. Whatever pon, doakan majlis ku berjalan lancar serta aku dan Incik Kudut selamat di ijabkabulkan kelak...amin.~~
No comments:
Post a Comment
Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)