<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Tuesday, 20 September 2011

Open House 'Raya'thon

Haaa...Setelah diseru berkali-kali barulah kerajinan untuk mengupdate diary ni datang untuk menceritakan keriangan beraya selama 3hari berturut-turut. Wah!!! Dan tentulah aku makan tak ingat dunia. Sampai naik ketat baju dan seluar. Syabas kepada diri sendiri!!! Nanti kalau Andak (orang yang bertanggung jawab menjahit baju nikahku) menjerit-jerit tengok baju yang dia jahit tak muat kat badan aku. Masa tu barulah aku menggelabah tahap cipan. Ni relax lagi ni. Nantikan!!!

*****

Hari Malaysia hari tu kami sekeluarga telah dijemput ke open house oleh Aunty aku yang berada di Pontian. Makanan jangan ceritalah. Burasak, Soto, Ubi rebus eh banyak lagilah. Aku dan yang lain-lain memang tak lepaskan peluang. Mencekik!!! Lepas tu lepak-lepak di ruang tamu dengan sanak-saudara. Yelah, setahun sekali baru berjumpa. Al-maklumlah masing-masing busy.

Ni diantara gambar-gambar yang sempat diambil di rumah Aunty ku...


Uish!!! Berminyaknya mukaku, boleh goreng telur. Nasib dah di cop oleh Incik Kudut. Tak yah susah-susah mencari. hehehe...





Makan-makan sambil borak-borak dan gossip-gossip. ;)




Antara tetamu yang datang.



Sempat lagi aku bersayang-sayang dengan emak. Emak, I love U!!!

*****

Hari sabtu, pagi-pagi lepas sarapan terus pergi memindahkan barang-barang. Wah!!! Tak sabar rasa nak duduk kat situ. Oh...November!!! Lepas berpindah-randah dan berpunggah-punggah barang. Balik terus mandi-mandi, siap-siap nak pergi open house rumah member TCSJB. Wahid. Eh... Lupalah, sepatutnya aku pergi ke majlis pertunangan Zira tapi oleh kerana proses berpindah-randah rumah tu habis lepas asar, makanya tak sempatlah aku pergi. Tak apalah nanti majlis besar dia, insyaAllah aku akan pergi.


Ni gambar yang dicuri dari FB Darl's Duan. Maap...maap...maap... Anyway, Congratz Zira!!! Hope kekal sampai akhir hayat.. amin... apa macam nervous tak beb?hehehe...

Haa...yang ni pon aku curi dari Darl's Duan... Korang layan je la.... hehehe...





Gambar ni yang paling aku tak faham, kenapa muka aku macam tertelan biji durian. Olin??huhuhu

Ni lah Wahid, insan yang bertanggungjawab meng'open'kan 'house'nya. Dah beranak seorang. Tapi still maintain cun. Auuuww....Apa rahsia kau nok??hehehe....

*****

Hari Ahad, merupakan hari cuti yang terakhir kerana keesokkan harinya aku TERpaksa bekerja. Wah...Nampak kan ketidak ikhlasan disitu?? hehehe.... Hari last ni aku dan keluarga berjalan jauh sikit. Tapi jauh SIKIT sajalah. Kami pergi ke rumah Abg Ngah di Kluang...


Dimulakan dengan gambar kakak iparku yang baik hati masak-masak untuk kami mencekik...tQ kak ngah!!!










Ok dan akhirnya aku dah kena bekerja. Penat sangat!!! Tapi happy... Semoga keluarga kami akan terus Happy, happy dan happy. Sampai bila-bila. Jauhkan perpecahan antara kami adik beradik. Aku sayang kakak-kakak dan abang-abang ku. Semoga mereka juga sayang aku!hehehe....

<<Peace>>








No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)