<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday, 22 September 2011

Hai Hei Hoi !!!

Lalalala...Pom podom podom podom~~~
Wah!!! bernyanyi gembira umpama unggas-unggas yang berterbangan. Peh!! Ape sey???! Merapu terus. Actually, aku nak menunjukkan bahawasanya aku sangat dan amat bosan tahap cipan beranak 18. Dari tadi aku dok tercongok menghadap kerja yang dah siap. Kalaulah dapat tidur. Oh... Bahagianya!!!

Sebelum aku bosan ni tadi aku dok ralit baca blog sesumone. Tapi dah stop setelah menyedari hasil penulisan orang itu boleh menjerumuskan aku kedalam dosa-dosa secara tak sengaja. Aku pon tak tau la apa yang dia katakan tentang Kak Jejar tu betul atau tak. Kalau betul, biarlah. Yang buat aku stop tu sebab penulis ni suka maki orang hanjing la, apa la, siapa-siapa yang menasihatkannya pula dikatakan ustaz dan ustazah pilihan. Haiya!!! Macam ini punya olang pon ada kan? Ops. Tak mahu benda-benda negative ada dalam diary aku yang tersayang ni. Kalau dia nak maki hamun orang tak tentu pasal biarlah. Kalau ramai yang like dan support apa yang dia buat pon biarlah. Biarlah Luncai terjun bersama labu-labunya.

Kenapa ye bila sesuatu perhubungan terputus tak kiralah bila dah bercouple, bertunang atau berkahwin. Orang akan nampak kesalahan perempuan lebih berbanding lelaki? Maaflah ini hanyalah persoalan yang berada dalam kepala otak aku sekarang ni. Walaupun dengan adanya bukti-bukti yang terang, jelas, nyata tanpa dengung yang lelaki tu salah. Still salah tu berat pada perempuan. Serious aku masih tiada jawapan dan yang membuatkan aku bertambah-tambah tak faham ada pihak yang bertepuk tangan melihat perpisahan itu berlaku. Lupakah kalian bahawasanya bumi ini berbentuk spera dan sentiasa berputar.Hari ni korang gelakkan kejatuhan orang lain, esok tak tentu lagi korang mampu gelak bila Allah S.W.T membalas cash didunia.So nak gelakkan orang tu, fikir banyak-banyak kali dulu ye kawan-kawan.

Rasa macam aku tengah merapu tak tentu pasal kan? Taklah, actually aku cuma menyatakan pendapat aku yang mungkin juga tak boleh diterima pakai oleh korang. Tapi seperti yang sedia maklum ini 'Diary' aku. So faham-faham sajalah. Amboi ganas!!! Hehehe... Tak adalah Uols. Aku bercanda kok! Cuma kat sini aku nak tegaskan bahawa. Bergembira atas kesedihan orang lain adalah satu perbuatan yang kejam. Juga mendoakan kecelakaan hidup orang lain tak akan menjadikan korang lebih bahagia. Betul!!! Kalau tak percaya, It's up to U. Hidup korang, korang yang menentukan.


 Dari korang dok kutuk orang tak tentu pasal. Layan benda yang bukan-bukan. Apa kata layan gambar kami yang berlagak ala-ala DIVA ni.... Hehehe....*smile*

<< Love : Ita >>

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)