<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday, 30 December 2011

Bye 2011,Hye 2012

Ini mungkin merupakan entry terakhir dari aku untuk tahun 2011. Sedihnya!!! Srot...srot...srot... So kepada semua yang membaca, tak kiralah yang suka dengan entry-entry aku selama ini atau yang meluat tapi baca juga atau baru 1st time baca blog merapu aku ni aku ucapkan Selamat Tahun Baru!!! Omputih kata Happy New Year!!!

Azam tahun depan aku :-
~~<3 Ingin menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.
~~<3 Ingin menjadi Hamba Allah yang patuh pada ajaran agama.
~~<3 Ingin menjadi anak yang solehah kepada mak-mak dan abah-abah ku.
~~<3 Ingin menjadi seorang isteri yang taat kepada suami.
~~<3 Ingin menjadi ibu yang baik kepada anak-anak meow ku.
~~<3 Jika ada rezeki, ingin memiliki baby yang comel.
~~<3 Ingin menjadi pekerja yang rajin dan tak mahu ponteng-ponteng lagi.
~~<3 Menjadi kawan yang baik kepada kawan-kawan ku.

So kepada semua, harap dapatlah korang mendoakan agar azam tahun baru ku semua itu tercapai. Amin....~~<3

Nasihat free aku di akhir-akhir tahun kepada semua.
Jika rakan-rakan korang yang memang ngam tahap cipan sanggup berkongsi kasih sayang, bantal, maggie or what ever pun dengan korang tiba-tiba bertukar menjadi musuh dan menjauhkan diri dari korang. Bukan seorang, bukan dua orang malah setiap kali korang berkawan memang jadi macam itu. Cuba pergi ke Giant atau Tesco berdekatan. Beli cermin besar untuk menjadi cermin kepada diri korang. Kalau boleh cukup besar untuk badan korang. Ikot saizlah. Tak gitu?? Tanyakan pada diri 'kenapa kawan-kawan aku jadi macam tu erk??apa salah aku??' Jangan sesekali meletakkan diri korang sebagai seorang Diva Debob yang Kelas lagi meletop dan orang semua Jealous kalau melihat hidup korang yang membosankan itu. Jangan!!! No!!! No!!! Kerana korang tak akan berubah dan hidup korang makin membosankan. Nasihat free ini ditaja oleh minyak kelapa cap ayam. Hahaha...

:: winkwink ::

Tentang Dhia vs Tentang Mereka ;)


Semalam aku dan Incik Hubby berlumba balik awal dari kerja. Semata-mata nak tengok cerita ni. Srot-sret-srot-sret la apa lagi. Tak bercakap langsung. Sedih sangat!!!

Tadi tu Tentang Dhia kan??kan??kan?? Ini pula Tentang Mereka... Jeng...jeng...jeng...


Naik lenguh kaki ku. Nasib baik masa tu dalam feeling-feeling Tentang Dhia jadi aku abaikan Tentang Mereka. Hehehe....

:: Sayang Mereka!!! ::

Thursday, 29 December 2011

Air mata 2011

Hari ni 29/12/2011, lagi beberapa hari 2012 akan menjengah dan 2011 akan pergi meninggalkan kita. Meninggalkan kenangan yang manis dan pahit yang pernah kita lalui. Sedih pula rasanya. Pejam celik pejam celik umurku akan berganjak ke angka 26tahun. Pejam celik pejam celik aku kini telah bergelar seorang isteri. Pejam celik pejam celik nasib baik pejam tu celik balik kalau tak celik-celik. Sadis! Alhamdulillah. Aku masih lagi berpeluang menghirup udara dan berpijak di bumi Allah. Kepada semua, ingat!! Bersyukurlah sebelum nikmat ditarik balik. Hidup ini adalah nikmat yang paling berharga. Terima kasih, Tuhan!!! Ops... ada yang tak bagus cakap Tuhan. Lebih baik cakap Allah. Actually bagi aku, as long as aku tahu Tuhan yang aku maksudkan itu adalah Tuhan yang maha esa iaitu Allah. Tak salah kot kalau aku suka cakap Terima kasih Tuhan kerana menghayati. Tak gitu?? Itu pendapat aku saja. Terpulang pada pendapat masing-masing. ;)

Masih terbayang jelas dalam minda ku pembukaan 2011 adalah detik menggembirakan bagi diriku. 1.1.11 aku telah di'cop' oleh Incik Kudut yang kini telah menjadi Incik Hubby. Tarikh keramat itu jelas memberitahu betapa Hadhrami Farhan sangat-sangat-sangat serious dengan hubungan kami. (T.T)


Selepas kami serious dengan hubungan ni. Kami sama-sama menempuhi ujian dan dugaan hidup. Darah manislah katakan. Tapi bersyukur kerana kami berjaya menghadapi semua itu bersama-sama. Walaupun air mata sering mengalir terluka kerana merka-mereka yang tak mungkin tak suka dengan hubungan kami. (T.T)

2011 juga merupakan tahun yang sangat menyedihkan apabila air mata ini tak henti-henti mengalir ke pipi pada tanggal 23.09.2011 baby kepada BFF ku telah pergi menghadap ilahi (T.T) dan pada tanggal 04.11.2011 pula iaitu dua minggu sebelum sampai ke tarikh keramat ku yang seterusnya Atok ku telah pergi untuk selama-lamanya. (T.T)

Pada tanggal 19.11.2011 pada jam 11.44a.m di Masjid Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor Hadhrami telah berjaya dengan lancarnya melafazkan akad nikah dan serta-merta menjadikan kami sebagai suami isteri yang sah. Alhamdulillah (T.T)

Ketika membaca takhlik air mataku mengalir dengan deras sekali. Betapa aku bersyukur dengan pernikahan kami. Air mata tanda gembira kerana mendapat sorang suami yang sangat-sangat baik. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan aku teman hidup yang baik hati. Dan kini dia menjadi imam muda ku. Alhamdulillah. (T.T)

:: airmata yang mengalir dipipi membuatkan aku lebih tabah dan menghargai hidupku kini. Alhamdulillah ::

Wednesday, 28 December 2011

Info ringkas : Sujud

Kita perlu 34 kali sujud sehari untuk memastikan otak kita rasional. Sebab tu wanita kurang rasional dari lelaki sebab wanita ada waktu 'cuti'. Sebab tu kalau nak tau lelaki tu jenis skip-skip 'sujud', memang susah sikit nak memimpin rumah tangga.


 
:: share dari seorang kawan di FB ::

Tuesday, 27 December 2011

Syarahan di petang hari.

Semalam aku selamat menerima bungkusan makanan Science Plan 15kg untuk anak-anak meow ku. Aku minta tolong makcik ku untuk membelinya di Melaka. Reasonnya cukup simple. Harga di Melaka dan di Johor banyak-banyak-banyak berbeza. Melaka lebih murah. Buktinya Royal Canin di Johor paling murah aku boleh dapat RM250 untuk 15kg. Tetapi di Melaka RM220. Sangat berbezakan?kan?kan?

Sebelum ni anak-anak makan RC. Tapi sedia maklum aku dan Incik Hubby baru sahaja mendirikan rumah tangga. So taklah sestabil orang yang dah kahwin 10tahun. Tak gitu?? Oleh kerana ketidakstabilan itulah aku dan Incik Hubby me'research' cat food selain dari RC tapi khasiatnya lebih kurang. Banyak pandangan rakan-rakan yang kami ambil contohnya ada yang kata jangan bagi makan nasi kerana nasi tak bagus untuk perut kucing, ada pula yang kata jangan bagi makanan yang ada pewarna, macam-macam lagilah. Ini bukan kerana kami pemilik kucing yang mengada-ngada. Kami cuma nak yang terbaik untuk simanja kami.

Ada juga suara-suara sumbang yang kata 'alaaa... kucing biasa saja pun'. Meh aku nak meroyan sikit. Lantak akulah nak bagi kucing BIASA aku ni makan apa?? Yang kau senak kenapa?? Ada minta duit kau?? Haaa... Jahat tak mulut aku? Hahaha... Siapa suruh sibuk nak jadi pengkritik tetap hidup aku. Yang berkata begitu LUAR BIASA sangat kah sampai nak kata kucing aku BIASA. Kawan-kawan, kucing kurap sekalipun berhak merasai rezeki di bumi Allah ni tau. Jangan nak berlagak sangat. OKK!! Tak suka!

Ok berbalik kepada cerita Scince Plan yang aku minta tolong makcik ku belikan di Melaka. Pack dia macam ni...
Chicken flavour. Letak saja dalam bowl anak-anak bersih dalam sekelip mata. Suka sangat tengok mereka makan makanan sihat. Tak mahal mana pun dalam RM180 15kg. Dengar cam mahal kan? Ok cuba korang buka minda sikit. Jom ambil calculator kita calculate sama-sama.

15kg tu boleh tahan dalam 4bulan sebab makanan kucing ni cuma bagi pagi dan malam.
so RM180 devide dengan 4 bulan baru RM45. dalam sebulan lebih kurang 4kg saja untuk mereka makan. RM45 devide 4kg jadilah RM11.25 untuk sekilo.
Sekilo tu untuk seminggu iaitu 7hari,
makanya 1hari anak-anak aku yang 8ekor tu cuma makan RM1.61 lebih kurang.

Mahal kah itu kawan-kawan? Kita makan setiap hari lagi mahal tau. jadi apa? Jadi penyakit kan? kan? kan? Makan burger, pizza, KFC dan bla...bla...bla... Semua tu buat kita tak sihat. Percayalah! Janganlah berkira sangat untuk memberi anak-anak kucing kita makanan berkhasiat. Tak rugi. Mereka semua membawa tuah.

Amalan kita tu bukan saja didunia tau. Mana tahu esok di akhirat si manja kita yang akan menolong kita. So jangan sombong sangat hidup atas bumi Allah ni. Kita bukan siapa-siapa. Hanya makhluk yang serba kekurangan. Sama standard saja dengan makhluk Allah lain. Yang bezanya kita mempunyai akal, jadi gunakanlah sebaik-baiknya. Jangan jadi binatang yang bertopengkan manusia!

:: Wah...padahal nak story pasal makanan kucing yang baru beli last-last jadi syarahan yang panjang..;P :: 

Oh touching!

Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


* nak tau satu rahsia??? Belum sempat tengok lagi movie Ombak Rindu ni...huhuhu*

Friday, 23 December 2011

Review : PhotoG

Hm..hari ni ada masa sikit sebelum Boss aku yang hemsem lagi kacak bergaya balik dari solat jumaatnya dan disambung dengan perjumpaannya bersama pelanggan. Nak review pasal photoG ku dihari bahagia hari tu. Ops... Sekarang masih bahagia ye Uols. Semakin bahagia!!!!*over..hehehe*

Seperti yang semua sedia maklum dalam entry INI. Pakej photoG yang aku amek sangat-sangat-sangat memenuhi kehendak poket. Hehehe... Dengan harga RM750 untuk cover keseluruhan majlis yang berlangsung selama 2hari. Majlis nikah, majlis malam berinai, majlis bersanding dan outdoor 2kali. Sangat berbaloi-baloi bagi aku dan Incik Hubby. Kerana kami PENGANTIN ON BUDGET ye kawan-kawan. Jujur tak aku??Jujur kan?kan?kan? PANG!!!


Ok inilah dia photoG yang aku maksudkan. Diorang ni husband&wife yang best, sporting dan yang paling menarik mereka buat kami yang lembut sikit dari batu ni selesa. Thanks Abg Leman dan Kak Wani.

Haaaa kau! Tengok tu berhempas pulas snap gambar kitorang. Sampai keluar semua urat kat dahi tu. Hahaha... Tu belum lagi korang tengok yang meniarap dalam semak. Sayanglah aksi tu aku tak dapat rakam. Kalau tak mesti korang pening ni siapa yang ambil gambar siapa ni? hehehe...

Selain dari layanan mereka yang best dan service mereka selama 2hari berturut-turut tanpa apa-apa charge tambahan. Kami diberi dua kali outdoor iaitu selepas nikah dan selepas majlis bersanding. Best!!! Kalau korang tengok gambar kat atas sana tu. Alaaaa... yang pakai baju putih tu selepas majlis nikah. Yang ni pula selepas majlis bersanding.

So ada dua persalinan untuk outdoor di dua tempat yang berbeza. Cara kan?kan?kan? Dengan hanya bayaran yang tak sampai seriban. Korang boleh dapat service macam ni. Sangat-sangat-sangat berbaloi. Dan paling best mereka tak kisah lebih masa, memang kedua-dua hari tu mereka berada disisi kami. Thanks again Abang dan Kakak. ;)

Bukan itu sahaja ye Uols-Uols sekalian. Kami juga dapat....Jeng jeng jeng





Haaaaa...inilah semuanya. Hari tu Kak Wani janji nak bagi 2 buah photo album tapi disebabkan aku kuat bodek maka layaklah aku mendapat 3buah. Hahaha.. PANG!!! Gurau saja. Kak Wani memang best! Yang dalam album semua gambar yang dah di edit. Smart! Tapi tak mahu tunjuk kat korang sebab nanti korang tak nak datang melawat aku kat rumah. Siapa nak tengok datang rumah. Hahaha... Siap dia cucikan lebih. Sedekah katanya. Gerek ar!!!

Kepada sesiapa yang berminat nak minta quotation dari Kak Wani boleh contact dia terus kat :

Tel No. : 014-2727308/ 013-7551085

:: Bodek-bodek sikit tau...hehehe ::

Oh gaji... Tolonglah masuk cepat!

Hari telah bermula. senyum simpul sampai ke telinga bila mengenangkan hari ini hari jumaat yang indah. Pagi-pagi dah merempit bersama Incik Hubby tercinta. Hari ni kesiangan bila anak-anak buat perangai. So aku keluar rumah pukul8.10 mana sempat nak sampai office kalau naik kereta. So Incik Hubby kata merempit adalah jalan terbaik. Vroooom vroooom....

Semalam kami buat cerita kartun. Title entry ni pun dah melambangkan betapa 'sangkak piang'nya kami. Gaji belum masuk. Makanan anak-anak dah habis. Makanya haruslah kami menggelabahkan?kan?kan? Tak sanggup nak balik rumah tengok muka anak-anak minta makan. Dengan duit yang berbaki kami pun pergi ke Globalpet masa itu dalam pukul9.00 malam. Rushing bebeh! Dari suggestion makcik ku aku pon berhasrat untuk mencuba makanan premium Vetmaster kepada anak-anak. Hasilnya.......




Semua pun buat muka sedih dan yang paling sadis buat mogok lapar. Tak mahu makan. Pengsan!!! Ternyata RC juga yang buat mereka berselera. Haish!!! Tunggu Ibu gaji ok! Gambar Cikky si parsi yang togel saja tak sempat nak snap sebab tak boleh diam. Merengek-rengek! Oh anak-anak bemacam ragam!

:: Mudah-mudahan gaji masuk hari ni. Tabah ya anak-anak ku ::

Wednesday, 21 December 2011

Keluh-Kesah Kak Esah eh Kak Ita

Rindunya nak berblog. ~srot srot *sound effect la konon-kononnya* Hari ni aku betul-betul ada mood nak update-mengupdate entry kat Diary yang lama diabaikan ni. Tapi apakan daya kerana kekhilafan diri-sendiri yang TERlupa dan TERtinggal pendrive makanya haruslah aku melalak kuat-kuat. Good job, Ita!!! Pagi tadi semangat nak buat review wedding hari tu tapi apakan daya. PANG!!!!

So Wordless Wednesday sajalah kawan-kawan. (^,~)

si Ci'tam

:: curi gambar anak sendiri kat album FB kawan... hihihi ::

Thursday, 15 December 2011

Jom survey

Pagi-pagi ni aku mempunyai satu mood yang luar biasa. Walaupun dah kahwin tapi tiba-tiba TERada mood untuk mencari colour-colour yang boleh dijadikan tema untuk hari bersejarah. So apa lagi pakcek google la jadi mangsa aku. Proses cari-mencari pun bermula. Terjumpa colour-colour yang menarik yang buatkan aku rasa nak buat majlis kahwin lagi. Hahaha... PANG!!!



Haaaa...Ini adalah tema pilihanku dulu. Pink colour is my favourite. Gabung dengan grey colour cantiknyaaaaa!!! Tapi telah direject oleh Incik Hubby. Sebab pink kan dah ramai guna. So pasrah! Untuk korang-korang B2B yang dah nak kahwin bolehlah tengok-tengok. Yang belum lagi sampai seru nak kahwin bolehlah buat theme colour untuk bilik tidur korang. Nice!!!












Cantik-cantik kan??? Kalau dulu kahwin kalau green colour semua green. Kalau merah semua merah. Sekarang tak macam tu. Dah trend gabung-gabung colour. Lagi cantik kot. So korang-korang selamat mencuba menggabungkan colour-colour untuk hari bersejarah korang nanti...;)


 :: Rasa nak jadi wedding planner la... Siapa nak hire aku erk?? hehehe ::

Stalker tak bergaji.

Hari ni pagi-pagi dah jadi stalker. Dok mengintip FB seseorang. Siapakah pilihanku untuk di intai??? Ia adalah FB Incik Kudut. Eh cop!!! Incik Hubby. Hasil dari pengintipan aku dapat jumpa satu gambar ni. Gambar masa majlis bertandang di kampung halaman Incik Hubby. Majlis yang buat aku gugup, risau setengah mati. Ya lor. Biasanya pulang ke kampung sebagai tunang tiba-tiba masa tu pulang sebagai menantu. Wohoooooooo... Nervous Uols!!!

Tu muka nervous dan senyum kepit-kepit tau. Sangat malu. Pegang tangan Incik Hubby gigil-gigil. Hahaha. Alhamdulillah dah selamat kedua-dua belah pihak. Gambar majlis bertandang kami belum dapat lagi. Dapat nanti bolehlah aku kepoh-kepoh lagi kat sini.

:: Eh cop... Kenapa Incik Hubby pejam mata tu?? Haish!! ::

Wednesday, 14 December 2011

Bulan madu beramai-ramai~~ 2nd day [part 1]

Morning semua sicantik dan sikacak!!!! Semua boleh fokus kepada title diatas. Siap ada part 1 lagi Uols. Hahaha... Reason ada part 1 tu sebab nanti ada sambungannya. Cewah!!! Macam drama Tentang Dhia berepisod-episod. Jangan marah haaaa...




Lihatlah keceriaan kami di awal pagi. Kat Sarawak, 6.30pagi dah terang. Serious! So seawal 8.00pagi kami telah turun ke Cafe untuk break1st. Kena isi perut dulu sebelum memulakan aktiviti meronda Kuching, Sarawak dengan gigih. Yeaaahaaa!!!

Ok. Lokasi yang ingin dituju ialah Sarawak Cultural Village...






Ditangan kami ada passport untuk masuk ke SCV ni. Setiap checkpoint perlu di cop. Best kan???












Sama tak? ;P











Inilah aktiviti outdoor kami. Tapi ada banyak lagi gambar yang aku tengah tunggu Kak Lenda dengan Abang Man selaku cameraman kami upload. ;P

Tengok jam dah nak pukul 11.30pagi makanya kami bergegas ke dewan SCV tu sebab tak mahu terlepas show. Show yang best!!! Lagi best sebab dewan tu ada aircond. Dah berpeluh ketiak meronda SCV ni. Bayangkanlah macam meronda kampung yang besar. Mempunyai 7checkpoint. Dari Rumah Cina-Rumah Melayu-Rumah Melanau-Rumah Penan-Rumah Iban-Rumah Bidayuh-Rumah Orang Ulu. Penat woooo...Kulit pun rentung!



Show dia memang SUPERB!!! fokus kat gambar diatas ni. Orang ni angkat lesung yang beratnya 20kgs menggunakan gigi. Fuyoooooo...ni la tarian ngajat lesung. Unik kan??? Suka! Nak belajarlah tarian ni. Mana tahu boleh angkat Incik Hubby guna gigi. Lagi unik kan??? Tapi sebelum tu kena belaja pakai cawat juga kan? ;P

:: Sambung Part 2 pula ye?? ;) ::