<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 19 November 2012

Marilah mari kita mengundi ~~

Hai kawan-kawan!!!

H.U.Q masuk Cutest Baby Contest 2012. Hehehe... Saja masukkan dia. So nak minta la kawan-kawan tolong ringan-ringankan tangan dan rajin-rajinkan diri tolong meng'like'.


Cara-caranya :

Senang kan?kan?kan? So kepada mummy-mummy, ibu-ibu, mak-mak dan seangkatan dengannya yang nak masukkan picture baby dalam contest ni boleh la bagitau. Nanti aku tolong like. Kita exchange like la ye. Hehehe. Thanks korang.

:: Ini la aktiviti orang berpantang...huhuhu ::


19.11.2011 dah setahun berlalu.

Hai semua!!! 

Hari ni jaga H.U.Q sambil senyum memanjang. Walaupun macam 'kureng' sikit tapi tak mengapa. Ini adalah kerana, hari ini 19.11.2012 iaitu ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Tapi nak sedih gak ni sebabnya masih dalam pantang... Uwaaaaaaaaaaaaaa.... 

Esok last day berpantang... Hoyeeeeaaaayyy!!! *joget-joget*


Happy Anniversary ~ Happy Anniversary ~ Happy Happy Happy ~~~

::Doakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami ya kawan-kawan. Forever eva after till Jannah! amin.. ::



Friday 16 November 2012

Hadhrami Umar Qaleesy b. Hadhrami Farhan


:: An + Ita = Baby Que = H.U.Q ::

Nisbah memakmurkan kemurnian nama diberi.

Salam 1malaysia semua!!! Ops... Assalamualaikum...

Eeeeeeeee....lamanya tak update diary ni... Serious rindu!!! Siapa rindu aku angkat ketiak. TAKDE??!! Ok bai!! hihhihi...

Ok abaikan. Entry kali ini aku update sebab nak korang tahu bahawasanya aku telah pun MELETOP a.k.a deliver baby boy 40hari lepas.


Ni kira aku masih berpantang la ni. Ada yang tanya best tak berpantang... Jawapannya fuuuuuuuuuuuuuh... Sangat mencabar dan banyak benda yang aku belajar. Rupanya susah nak jadi ibu ni kan?kan?kan? Tapi yeaaaaaaaaaaayeaaaaa!!! Tinggal 4hari lagi... Lepas ni merdeka!!! So kepada sesiapa yang hobinya melawan kata mak dia silalah bertaubat sebelum korang kena sumpah jadi batu,,,huhuhu,,

Pada 7Oct lepas. aku telahpun menyerah diri di HSI. Memandangkan hari itu adalah due date aku tapi tiada tanda-tanda yang keluar harusla aku di induce. Lagipun aku ada diabetis so Dr tak mau amik risiko. Ok ni nak cerita, induce tu sangat-sangat-sangat ffuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhh...sedap!

Aku di induce pada pukul 4ptg dan dimasukkan ke dalam wad. Ramai juga yang senasib dengan aku. So tak sunyi, Malam tu pukul 12malam, Dr datang untuk memeriksa jalan. Tapi sayangnya belum terbuka, Tapi start pukul 1pagi kesakitan mula terasa. Fuyoooooooooooo..Barulah tahu apa tu kontraksi. Sedap!!! Sakit datang 3minit sekali. Memang mencabar.

8Oct, pagi tu Dr check lagi dah buka 3cm.So Dr tak induce lagi. Pagi tu juga air ketuban pecah. Laju saja nurse tolak masuk Labour Room (LR). Dengan hanya minum milo 2kotak dan roti sebuku aku pergi untuk berjuang. Hubby pun dah get ready, bila nurse announce nama isteri terus dia masuk LR untuk teman aku.

Ok malas nak cerita sakit bersalin tu macamana. Kalau tak sakit bersalin baju saja la.kan?kan?kan? Tapi serious sakit bersalin tu sakit yang sangat-sangat-sangat berbaloi. Lagi-lagi bila baby dah keluar dan diletakkan diatas dada kita. Ya Allah!! Tuhan saja yang tau indahnya perasaan time tu. ;))))


Dipendekkan cerita pada jam 4.44petang lahirlah putera kami yang kami beri nama Hadhrami Umar Qaleesy b. Hadhrami Farhan. Yang bermaksud nisbah memakmurkan kemurnian. Semoga H.U.Q akan menjadi anak yang baik.

:: Alhamdulillah kehidupan kami terasa sempurna dengan kelahiran H.U.Q yang melengkapi kami ;) ::