<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 30 July 2012

Share untuk semua mak buyung.


:: Semoga dipermudahkan segalanya... Amin ::

Friday 27 July 2012

Hobi baru menggantikan Lunch Time.

Hai kawan-kawan...

Hari ni tersangatlah letih. Melepek je kat depan pc ni. Al-maklumlah bulan-bulan puasa ni. Nak gerak banyak-banyak kang tak terlarat pula. Jadinya untuk mengelakkan kebosanan melanda, HARUSlah aku cari hobi baru untuk mengisi masa rehatku yang sepatutnya diisi dengan memakan tengahari. Hehehe... *memakan embahmu!!!*

Aku pon bukalah YOUTUBE. nak dengar lagu macam ngantuk saja. Makanya teringat aku pada budak Mat Lutfi yang famous tu. Siapa yang tak kenal dia??? Majority kenal kot, sebab dia banyak buat video yang best-best dan yang paling best ada motif yang disampaikan. Eh cop!!! Mat Lutfi ni bukan adik angkat or sedara-mara aku tau. Hehehe... Siapa-siapa yang tak kenal dia tapi nak tahu pasal benda apa yang aku merapu ni korang bolehlah pergi youtube dan taip 'Mat Lutfi90'. Macam-macam video korang boleh korang layaaaanzzz....


Haaaa..inilah budak famous yang dimaksudkan tu. Biasa-biasa saja. Tengok tahap kekurusan dia tu tiba-tiba terbayang Incik Hubby. Hahaha... Tapi tetap cute dihatiku. ;P

So ni diantara video yang tak jemu-jemu aku nak tengok...


:: Semoga Baby Que nanti genius macam Mat Lutfi ni haaaa ::

Wednesday 25 July 2012

List Barangan Baby Que - Part 2

Assalamualaikum kawan-kawan!!!

Hari ni dah masuk puasa ke-5. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas. Yang paling best bila dah 4hari Baby Que dapat bekerjasama dengan Ibu untuk berpuasa. Hari ni belum tahu lagi tapi buat masa ni masih boleh bertahan. Syukur!!! Syukur!!!

Hubby banyak kali pesan " Jangan Paksa, kalau tak larat berbuka saja!" masuk hari ni dah 5kali aku dengar pesanan itu. Tapi Alhamdulillah setelah tiap-tiap malam berborak dengan Baby Que. Baby Que nampaknya dengar kata Ibu. Seronok!!! Mana tau kalau-kalau aku dan Baby Que dapat berpuasa sehingga sebulan. Wah!!! Lagi seronok !!!

Semalam pergi timbang berat badan. Berat aku kini 57.4kgs so teruslah buka Pregnancy Weight Gain Calculator. Alhamdulillah masih dalam berat ideal. Semoga Baby Que nanti dapat ku keluarkan secara normal. Amin!!! Tolong doakan ya kawan-kawan. Serious teringin sangat merasa beranak secara normal. Tapi kalau tertulis aku akan di C-zer aku redha. Asalkan Baby Que selamat dan sihat.

Eh cop!!! Mukadimah sikit punya meleret. Actually, aku nak share ngan korang updated List barangan untuk Baby Que kesayangan ku. Mana tau ada mom-2-be yang boleh jadikan guide nak beli baby's stuff for baby korang. Lagi-lagi yang tak berpengalaman macam aku ni. Mula la semua rasa nak kena beli. Sebelum ni aku pernah story-morry pasal barang baby ni kat SINI. Tapi atas advice kawan-kawan yang baik hati share dengan aku. Baju untuk Baby Que aku belikan sikit dulu. Kata mereka lagi nanti Baby Que dah keluar. Barulah sambung shopping semula. So baju-baju Baby Que akan ku shopping selepas Incik kecik ni keluar nanti. InsyaAllah!!!



So meh kita update barang Baby Que untuk masa ni.


1 . Barut  10 
2 . Kain cotton (bedung) 
3 . Towel  2 
4 . Towel (hooded) 1
5 . Sapu tangan  3
6 . Topi  5  3
7 . Comforter/tilam/bantal  1set 
8 . Changing mat  1 
9 . Selimut (hooded)  1 
10 . Baby Wipes  2 
11 . Mandian untuk baby  1set 
12 . Bedak & Lotion baby 
13 . Cotton bud  2 
14 . Minyak talon  1 
15 . Minyak yuu yee  1 
16 . Baby oil  1 
17 . Berus rambut baby  1 
18 . Ketip kuku baby  1 
19 . Penyedut hingus  1 
20 . Pencuci baju baby  1 
21 . Bakul pakaian bayi  1 
22 . Besen mandi  1 
23 . Botol susu/ puting   
       New born  2 
24 . Berus botol susu  1 
25 . Breast pump 
26 . Milk warmer  1 
27 . Beg baju baby (travel)  1 
28 . Pampers   
       Newborn   1 
29 . Stroller  1  
30 . Car seat  1  
31 . Almari baby  1 
32 . Buai  1  
33 . Nappy Cream 1

So rasa memang banyak juga barang Baby Que yang belum complete. Tapi aku musykil la. Apa beza minyak telon ngan minyak Yuu Yee??? Kena ada 2-2 ke??? Ke kalau beli salah satu pon dah ok?? Ada siapa-siapa tau tak??? 

:: Sedang berusaha meng'full fill' kan list kat atas ni. Tu la salah sendiri. Beli lambat-lambat. Kalau tahu lepas dapat tau pregnant dah beli dah sikit-sikit. Biarlah orang nak kata over-excited asal jangan kelam-kabut macam ni. Kan?kan?kan? ::

Monday 23 July 2012

Petua menaikkan Uri.

Assalamualaikum semua. Hari ni dah masuk hari ke-3 umat islam berpuasa. Aku tidak terkecuali. Selagi tak memudaratkan orang kata boleh puasa. Makanya, dengan ini aku mengambil kesempatan untuk berpuasa penuh tahun ini. Cewah!!! Cakap dengan confident level yang cukup tinggi dan jitu. Tapi kita cuma merancang, Tuhan jua menentukan kan?kan?kan?

Petang ni tiba-tiba aku nak berkongsi cerita dengan korang. Ini bukan gossip atau umpatan tau. Ini ada sikit info yang berguna untuk korang semua termasuklah diriku ini. Bulan puasa tak baik bercerita benda bukan-bukan. Aku tau korang tak nak mensia-siakan puasa korang. Serious aku juga begitu donk!

Ok berbalik pada title yang tersegam indah diatas. Aku nak cerita sikit. Ceritanya masa aku checkup kali pertama di Klinik Kesihatan (KK), uri aku disahkan berada dibawah.


Haaaa... Beginilah keadaannya bila uri aku berada betul-betul dilaluan keluar baby. Ada tak diantara korang yang mengalami masalah sama macam aku??? Mesti ada kan?kan?kan? Masa ni Tuhan saja tau betapa aku sangat risau. Lagi-lagi bila Dr dengan selambanya kata " kalau ada pendarahan terus pergi Hospital besar ya" Sentaaaaap!!! Bila ditanya apa risiko bila uri berada dibawah (masa tu kandunganku baru 14weeks) Dr dengan tenang menjawab " Boleh berlaku keguguran." Haaaaaaa!!!! Dan Dr juga ada berpesan jangan lasak dan yang paling penting tak boleh bersama suami.

Ingat lagi macamana Hubby tenangkan aku yang cepat menggelabah ni. Siap MIL dan Emak 2-2 nasihatkan aku. Masa tu rasa 1perasaan macam nak melalak teresak-esak. Serious!!!

Yang ni pula gambaran normal. Placenta berada di bahagian tepi baby. 

Ada juga yang marah suruh aku pergi berurut. Tapi alhamdulillah pesan MIL dan Emakku terpahat dihati. Mereka kata baby baru 3bulan lebih masih kecil dan tak boleh diurut. So aku biarkan saja orang nak marah ke, nak meradang ke, sebab aku tau MIL dan Emak lebih tahu dan menyayangi aku dan baby. Buatnya terjadi apa-apa aku confirm tak ada siapa yang nak bertanggungjawab. Percaya tak??

Aku dengan lincah kaduknya men'google' cara-cara menaikkan placenta. Dan hasilnya aku berjumpa dengan petua menaikkan uri. So aku nak berkongsi dengan korang semua. Especially yang mengalami masalah yang sama. So dapatlah kita manfaatnya.



PETUA UNTUK MENAIKKAN URI

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

Cara : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

So aku pun adalah amalkan sikit-sikit. Setakat pujuk baby Que untuk berpusing dan sujud lama sikit adalah aku amalkan. Yang senaman tu tak larat sangat nak buat. sitambah dengan kakiku yang sengal-sengal memang taklah aku nak buat senaman tu. Tapi alhamdulillah pada minggu ke 24, bila discan placenta aku telah naik 2cm. Dan pada 28weeks yang lalu, Dr sahkan placenta aku telah pun bergerak naik. Alhamdulillah!!! 

So kepada korang yang masih menghadapi masalah ni. Bolehlah try petua kat atas ni. Tapi jangan ganas-ganas sangat ya!!!

:: Sharing is Caring ::









Friday 20 July 2012

Ramadhan datang!!! Ramadhan datang!!!

Hai kawan-kawan. Ramadhan dah tinggal beberapa jam lagi. Puasa tahun ni 1st time puasa sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Excited!!! 

Dikesempatan ini aku mewakili diri sendiri, Incik Hubby dan Baby Que mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan yang berkat. Semoga tahun ni bolehlah aku dan Baby Que belajar berpuasa. Mana tau boleh puasa penuh. ;)


:: Puasa jangan tak puasa tau ::

Thursday 19 July 2012

Pengalaman semalam.

Salam hari khamis semua!!! Assalamualaikum... Hari ni aku nak story-morry pengalaman aku semalam. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Al-kisah semalam aku memulakan pengiraan pergerakan Baby Que seperti yang diajar oleh nurse hari tu. Tapi nak dijadikan cerita, semalam pergerakan baby sangat lemah. Sebelum ni pukul5 petang sahaja 10kali pergerakan dapat dilengkapkan dengan jayanya. Tapi semalam tak.

Malam tu pukul8 aku masih boleh berfikir positif. Siap makan char kuey teow special lagi Uols. Tapi masuk pukul9 malam aku dah menggelibas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Asyik fikir nurse kata kalau kurang kemungkinan terbelit tali pusat. Ya Allah.. Aku sangat-sangat risau ketika itu.

Ku suarakan kerisauan pada Hubby. Dia termenung. Tiba-tiba dia bangun dan ajak aku pergi Hospital. So tak ada lengah-lengah dah. Terus aku setuju. Ini soal nyawa permata hati kami. Takkan la aku nak lengah-lengahkan kan?kan?kan?

So sampai Hospital Sultan Ismail aku terus diarahkan pergi ke Bilik Saringan. Bilik Saringan??? Apa tempat tu. Ok time to tawakal. Aku diarahkan berbaring untuk Dr periksa jantung baby. Bukan jantung baby yang berdetak kencang aku rasa time ni. Ibu dia yang sangat nervous.

Tapi Alhamdulillah setelah diperiksa jantung baby normal. Ini reportnya...


Hampir menitis air mata mendengar bunyi jantung baby yang laju itu. Lepas tu aku discan seperti biasa. Ku lihat pula jantung baby berdetak. Alhamdulillah... Dr. kata maybe aku terlalu penat, stress or pressure. Uit??? Rasa penat tu betul kot. Stress tu insyaAllah tak.

Pengalaman ni memang tak dapat aku dan Hubby lupakan. Dan yang paling menarik kerana kejadian ini. Aku telah register nama di Hospital Sultan Ismail. InsyaAllah takkan kelam-kabut cari wad bersalin lepas ni. Sebab dah pernah pergi ke bilik saringan tu.

Haaaa...lupa nak cerita. Dalam bilik saringan tu kebanyakkannya para-para ibu yang telah 'buka jalan'. Fuhhh...Pengalaman dengar keluh-kesah sakit mereka. Moga mereka juga selamat melahirkan dan baby mereka sihat. Amin...

::semoga aku dan Baby Que selamat ::

Tuesday 17 July 2012

Check Up 28weeks.


Assalamualaikum semua. Wah sopan kan ibu-2-be kali ni? Actually aku memang sopan orangnya. Berbudi-bahasa, lemah-lembut dan semualah. Tiadaku sangka bola-bola api...lalalalala... Eh ternyanyi lagi paling comel pula. Hahaha... Ok yang atas ni 90% mengarut. yang betul cuma aku bagi salam saja, yang selebihnya aku mengarut. Asal tak mencarut tak apa kan?kan?kan?

Ke korang yang dah mencarut?? Hey!!Hey!!! Apa yang budak ibu-2-be ni mengarut ni??? Haaa?? Nak kena lempang?? Wah...ganas korang nak lempang-lempang aku. Ingat muka aku ni apa??? Ok.. Sambung mengarutlah pula... Wacha!!!


Berbalik kepada cerita sebenar yang aku nak cerita kat korang. Actually pagi ni aku ada check-up. As ibu yang sedang mengandungi baby, haruslah aku dicheck-up oleh nurse atau Doktor. So hari ni merupakan kali ke berapa entah aku pergi ke klinik kesihatan Ulu Tiram untuk dicheck-check mana yang patut. 

Dekat rumah punyalah terfikir. "Besarnya perut aku ni"

Besoooonye perut!!!

Bila sampai klinik. Hambik!!! Perut ibu-ibu yang ada kat situ lagi besar. Ok aku kalah. lalalala...Mula-mula ambil nombor dekat kaunter dengan muka senyum. Sekali tengok 8067. Mak aih!!! Banyaknya. Ok tak apa, aku redha. Lagipun selepas aku disahkan diabetes, aku akan dicheck oleh Doktor. So taklah selambat aku nak tunggu kena check dengan nurse. Ramai wooo...

Tunggu punya tunggu, sampailah giliran aku untuk berjumpa nurse yang bertanggungjawab check tekanan darah dan urine. Alhamdulillah kedua-duanya ok.

Ok next, kena check HB. dukacita dimaklumkan HB aku turunlah pula. Hadoi!!! Why baby?? Why??? Actually, padanlah dengan muka aku. Herbalife dah beberapa hari skip. kononnya sangat sibuk dan tak sempat. Kopi dan teh bedal dengan penuh nikmat. So nak nangis sebab HB turun??? nak??? Salah sendiri, jadi mulai saat ini aku akan berusaha menaikkannya semula. Chaiyok!!!

Ok next, pergi ke bilik 2, jumpa dengan Doktor. Doktor yang main scan-scan perut aku ahad lepas. Aku dapat tau Placenta a.k.a uri telahpun  naik. Dulu aku disahkan Low lying placenta oleh Doktor. Masa tu usia kehamilan aku 14weeks. Sangat-sangat-sangat risau time tu. Korang boleh baca kat SINI tentang Low lying placenta ni. So bila Doktor kata Uri dah naik. Terus mengucap syukur sangat-sangat. Alhamdulillah!!! Semoga aku dapat bersalin normal. Amin...

Lepas jumpa Doktor, dibilik yang sama juga aku telah diajarkan mengira pergerakan bayi dalam kandungan. Wah excited.

Carta pergerakan bayi

Tapi yang tak best bila nurse cakap "Kalau baby tak bergerak 10kali dalam masa yang ditetapkan terus pergi ke Hospital ya. Sebab takut baby terbelit tali pusat." Terus rasa nak pengsan. Oooo... Ada kes camtu eh??? Takutnya!! Ok fikir positif.

Lepas dah mendapat tau benda tak best tu aku telah diarahkan pergi ke bilik 14 untuk dapatkan injection kancing gigi @ ATT (Anti Tetanus Toxoid). Terus lemah lutut.


Uwaaaaaaaaaa.... Sebab dah pernah sekali hari tu. Sangat-sangat-sangat sakit. 2, 3 hari tangan lenguh. Tapi dah jadi lumrah. Injection ni Doktor kata kena ambil untuk mengelakkan kancing gigi sewaktu melahirkan. Ok kena redha. Demi Baby Que ku hulurkan jua tangan ini. Nah!!! Cucuklah nurse!!! Kepada siapa-siapa yang belum tahu, untuk 1st baby korang akan di inject 2kali ya.

:: Lenguh-lenguh tangan pon taip entry panjang-panjang...haish!! ::





Monday 16 July 2012

Burfday Ulat Gendon ???

Selamat pagi isnin semua!!! Semoga ceria hendaknya. Wah! Dah ber'weekend' selama 2hari. Malaslah tu nak pergi kerja!!! Jangan!!! Kena semangat... Macam aku... zzzzZZZZZ

Hari ni 16hb Julai 2012, merupakan Hari Lahir anak saudaraku si ULAT GENDON a.k.a Wani. So Happy Burfday, Wani!!! Oleh kerana hari ni jatuh hari isnin makanya semalam kami sekeluarga telahpun menyambutnya di... Taraaaaaaaaaaaaaaaa...

Kami pergi di branch JB Burger Bakar Impian Emas. Pergi dalam pukul 9malam. Lambat sikit almaklumlah semalam juga merupakan hari dimana aku terpaksa berulang alik ke klinik untuk check BSP seperti biasa. Hai la diabetis kenapalah datang kat aku??? Tapi tak apa. Semalam serious seronok sangat-sangat-sangat. Superb!!! Sebab semalam tak pasal-pasal masa aku check darah tu Dr. ada. Bila ditanya "U nak scan baby???" aku pon jawablah NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!!! Oleh kerana aku seorang saja masa tu. macam-macam info tentang baby Que yang aku dapat. Baby Que sekarang dah 1.44kg. Dr. kata berat tu normal untuk Baby 7bulan. Ah..lega!!! Alhamdulillah...

Ok berbalik kepada cerita Burfday si GEN tu. Nah inilah photo-photo yang berjaya dirakam oleh Hset aku. Maaf ya kalau ada pic yang tergoyang. Almaklumlah Hset murah... Hihihi...



Ok inilah GEN yang dimaksudkan. Dah BESOOO dah niece aku.


 Inilah insan yang bertanggungjawab memBELANJA kami semalam. Thanks Emak!!!










Inilah photo-photo sekitar majlis. Majlis??? Majlis sangat!!! Hahaha... Muka excited, penat, lapar semua adalah. Nasib tak habis lagi burger bakarnya. Ada 3kereta tu datang lambat, balik macam tu saja bila diberitahu burger bakar dah sold out. Alaaa... Keciannya! So nasihat aku pada semua yang nak makan burger bakar ni kenalah datang awal. Kalau tak jangan tanya kenapa kalau korang pulang dengan hati yang hampa. Terus nyanyi lagu To'ki. Dimalam yang sunyi... Sepi menyendiri... lalalalala...

Untuk lebih info pasal Jb Burger Bakar ni korang bolehlah like FB dia sendiri. Tu pon kalau korang ada FB lah. AKu kompom korang ada punya FB. Takkanlah tak ada kan?kan?kan?

:: Semoga kami sekeluarga akan terus happy... ;) ::


Saturday 14 July 2012

Does getting rewarded for sharing on social media sound too good to be true? It's the real deal at #ChurpChurp!

Does getting rewarded for sharing on social media sound too good to be true? It's the real deal at #ChurpChurp!

Pureen Clearance Stock Promotion.


Haaaaaaaaa... Pureeeeeeeeeen??? Stock Cleeeeeeearanceeee??? Proooooooooomotion??? *ala2 orang hilang akal*

Serious rasa kenapalah sekarang ni aku tak kat KL. Kalau tak boleh aku memborong barang-barang untuk Baby Que sebanyak yang mungkin. Dah kata pon penghabisan stock. Confirm lah murah kan Mak Jemah kan?kan?kan? Haruslah aku bawa lori dari rumah. Sewa lori company yang 8ton tu. Fuuuuh... Berangan sungguh!!!

So kepada sesiapa yang berada di tempat kejadian ataupun berhampiran dengan lokasi kejadian sila-silalah pergi secara berduyun-duyun. Dan jangan lupa belikan baby Que apa-apa la ya. Baju sepasang dua pun tak apa. Siapa-siapa yang nak hantar kat aku berilah tahu, nanti aku pm address. hahaha... Berangan!!!

:: Bila nak buat kat Johor ni??? ::

Friday 13 July 2012

Pregnancy Weight Gain Calculator.

Hai semua!!! Selamat berhari jumaat aku ucapkan. Semoga di hari yang berkat ni kita sama-sama dapat keberkatannya. Amin....

Eh cop sebelum aku nak berceloteh panjang lebar. Aku nak tanya, cute kan bag ni???

Comeeeeeeeeeeeeel kan?? Kan?? Kan?? So sesiapa berminat silalah klik SINI. Korang akan ternganga tengok harga dia yang super duper OK!!! Tapi nak dijadikan cerita, budget untuk ini tak ada bulan ni. Tapi kalau Mizzy Amalina kita kata boleh order lagi bulan depan. Seriously AKU NAAAAAK!!!

Ok berbalik pada title yang aku dok taip kat atas tu. Pagi tadi aku nak sangat tahu adakah berat aku yang 57kg dan ala-ala akan naik tak lama lagi pada minggu yang ke 28 kehamilan ni sesuai tak. Aku pon search la kat Pakcek google. Dan finally aku terjumpa la Pregnancy Weight Gain Calculator ni. Setelah aku try. Alhamdulillah estimate berat aku pada minggu ke 28 ni sesuai. Fuhhh... So kepada kalian yang membuyung seperti aku boleh la try. Dan aku jumpa benda ni kat blog ni :
http://pinkgoodness.blogspot.com/2010/12/bila-hamil-berat-badan-naik-mendadak.html

:: Banyak juga info aku baca dari blog yang aku bagi korang link ni. So boleh la korang baca untuk menambahkan ilmu didada. Kaaaaan!!! ::

Thursday 12 July 2012

28weeks sudaaaa...

Hai kawan-kawan!!! Sila fokus kepada title ku. Sila... Sila... Sila... Kalau ikut pengiraan hari ni aku genap 28minggu iaitu bersamaan dengan 7bulan. Ini bermakna aku bersama Baby Que telah melangkah ke TRIMESTER KE 3!!!! Waaaaaaa.. dupdapdupdap jantung ini. Macam-macam perasaan bermain diminda. Takut, suka, seronok, nervous... Eh semua adalah!!!

Nah kalau tak percaya sila lihat ni...


Love kat tepi tu nampak macam love tak? Nampak kan? kan?kan? Comel kan? Lalala... Perasaan la pula. Tak apa yang penting hati ku kini berbunga-bunga. Lalalala... Doakan semuanya berjalan lancar ya...;)

:: Psssss... J card day ngah berlangsung di Aeon Tebrau City, Johor. Hari ni last... Apa lagi... SERBU!!! ::

Wednesday 11 July 2012

Cloth diapers yang comel

Actually nak update pasal Cloth Diapers ni dah lama, Tapi as usual!!! Nak update, busy. Asal nak update je,  busy. Haish!!! Sejak jadi boss ni. Hahaha... PERASAN!!! Bos sangat-sangat. Tak adalah kuli saja, tu yang busy sangat.

Ok berbalik pada title kat atas tu. Ni la contoh cloth diapers yang telah membuatkan hati ku ini tak keruan. Jeng jeng jeng...





Cute kan?kan?kan? The most important SAVE ENVIRONMENT!!! Hm... bolehlah ibu dan abah save cost sikit dari beli pampers pakai buang kan?kan?kan? Tapi the problem is kalau aku pergi kerja dan hantar Baby Que kat rumah orang, nak ke orang tu melayan ni semua?? Haish!! Tu yang terus dalam dilema tu. Tak apa. Kita letak tepi dilema kita tu, just fokus pada kecomelan cloth diapers kat atas ni. Eeee... Comelnya!!! Jatuh cinta dibuatnya.

:: Baby stuff memang comel-comel kan?kan?kan? ::

Tuesday 10 July 2012

Maternity Potraits - Hadhrami Farhan + Masita

Weekend lepas merupakan hari yang sangat cerah. Alhamdulillah!!! Akhirnya aku dan Hubby telah pun dapat bekerjasama dengan photoG kami iaitu Kak Wani dan Abg Leman untuk menjayakan photoshoot Maternity potraits. Dan inilah antara hasil-hasilnya :












Masa ni memang serious tak rasa langsung kepenatannya. Tapi balik saja rumah. Minta nyawa...minta nyawa...minta nyawa.... Sangat-sangat-sangat penat!!! Masa photoshoot ni mana nak rasa penatnya. Gelak memanjang. Aku just upload skit dulu la ya. Sebab belum sempat jumpa kakak PhotoG kita tu haaa.

So kepada sesiapa yang ada budget ciput macam aku tapi masih sibuk nak berpossing-possing sakan lepas tu cerewet pula itu ini tak kena, bolehlah contact Qaseh Gambargraphy. Confirm berpuas hati. Kenapa bayar lebih kalau kita boleh dapat service dan hasil yang sama dengan yang mahal??? Lagipun baby nak lahir ni banyak lagi nak fikir. Bayar kurang, hasil tiptop. Ok what!!! Buat yang kata membazir tu pula, aku tak setuju!!! Bukan senang kita nak mengabadikan kenangan-kenangan macam ni. Atleast sampai baby besar pun masih tengok macamana cute nya Ibu dan Abah dia. Cewah!!!



:: Sekalung penghargaan buat Kak Wani & Abg Leman selaku photoG tetap aku & Hubby. Korang memang superb best!!! ::

Baby Que = Baby girl or boy ?

Hai semua!!! Hari yang gelap kini sudah cerah...lalalalala...Hamboi!!! Siap bernyanyi-nyanyi lagi Kak Peah kita. Hehehe... Actually pagi ni niat di hati nak upload gambar-gambar photoshoot Maternity potraits hari tu... Eh... pregnancy potrait. Yang mana-mana la asal korang tau apa yang aku maksudkan, sudah! Tapi tiba-tiba keluar mentol dari kepalaku. Toing!!! Toing!!! Toing!!!

Nak cerita dulu pasal jantina Baby Que. Actually hari tu aku dan Hubby decide nak buat 3D 4D scan. Masa tu baru 24weeks. Ceritanya di SINI. Charge untuk 3D 4D scan di 3D 4D SCAN MALAYSIA adalah seperti berikut :-


3D/4D Scan Charges                       : RM100 ( include 3D picture and video in CD and Print Out)


Detail Scan Charges                         : RM150 ( Check for anomaly in 2D scan, for 20-26 weeks only! )
3D/4D Scan + Detail Scan Package : RM200
2D scan                                            : RM50 ( only for ampang and seri kembangan area)

Aku ambil yang 1st sekali. RM100 untuk 3D & 4D scan. So dapatlah gambar 3D yang telah di print out dan CD yang mengandungi gambar-gambar Baby Que dan video-video aktiviti Baby Que. Sangat-sangat berbaloi. Dengan hanya membayar RM100 aku dapat melihat wajah kesayangan aku dan Hubby. Dapat melihat Baby Que menghisap jari, menendang, tutup muka, tarik tali pusat dan yang macam-macam lagi. Hati ibu mana yang tak tersentuh. Kan? kan? kan? So kalau sesiapa yang interested nak meng'scan' baby boleh la booking. Bolehlah baca di SINI.




Ini diantara koleksi-koleksi gambar 3D scan Baby Que. Puas dapat tengok sendiri dengan mata sendiri anak dalam kandunganku punya gelagat. Sangat aktif. Bukan main berpossing lagi anak ibu time ni. Suka tengok. 

Ni nak story pula pasal jantina Baby Que. Memang kita hanya merancang tuhan jua yang menentukan. Tapi masa aku dan Hubby scan kami sangat-sangat nak tau apa jantina baby kami. Girl or Boy jadi sonographer pun scan tempat tuuuut dia. 1st time Baby Que kepit dengan kedua-dua belah kaki. Setelah di pujuk berkali-kali oleh Jezzlyn iaitu sonographer kami. Baru secara perlahan-lahan dia membukanya. Alhamdulillah!!! InsyaAllah anak ibu dan abah yang bakal keluar nanti adalah BABY BOY!!!!

Ada gambar yang menunjukkan Baby Que adalah HERO kami. Tapi tidak mahu upload sebab maluuuu. Apa-apa pun kami serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan. Jika yang keluar nanti perempuan, pon akan kami terima dengan tangan dan hati yang terbuka. Semua tu ketentuan Ilahi kan?kan?kan? 

:: Doakan semuanya berjalan lancar ya, kalian. Thanks ::

Monday 9 July 2012

Sesi Teka-meneka.


:: Ok... sila teka Baby Que baby boy ke gugurl??? Hadiahnya percutian selama-lamanya dirumah anda sendiri. Hehehe ::

Thursday 5 July 2012

Nama dia Teddy.

Tiba-tiba rasa nak tayang anak meow baru kami. Kecik lagi budaknya. Jumpa tengah berkeliaran di restoran mamak E&Y  Taman Gaya. Kecian tengok dia mengejar kaki orang yang lalu lalang tapi tak diendahkan jadi Hubby decide nak bawa balik. Ekor kontot. Lari macam bear so kami letak namanya Teddy. Kini si kecik Teddy selamat dalam jagaan ibu dan abah-2-be. Hobinya setiap masa mengejar kaki orang. Sangat nakal!!!


::Doakan anak-anak meow kami semua sihat ye ::

Pink or Blue. ;)


:: alolololo....tomey ::

Saiz punya cerita.

Hai..hai...hai... Pagi khamis yang ceria telah menjelma. Bahagia saja rasa hari ni. Walaupun malam ni aku akan ditinggalkan oleh Incik Hubby atas urusan kerja. Oh!!! I'm gonna miss U, my Darling!!! Uweeeeks... Sila sediakan baldi warna merah untuk tampung muntah hijau kalian ya. hahaha...

Malam tadi jalan-jalan di Aeon Tebrau City. Konon-konon cuci mata tapi rasa tak best pula kalau tak bawa balik apa-apa. Nak dijadikan cerita adalah berkenan dengan 1cardigan ni. So Hubby kata pergi try sebelum dia tukar fikiran. Apa lagi... Kelam kabut cari fitting room. Waaaa... cepat!cepat!cepat! Tak ada masa ni. Tengok saiz S, confirm tak boleh nak sarung so ambil saiz M. Rupa-rupanya.... Hahaha... Korang boleh teka sendiri la apa yang jadi kepada mak buyung yang tak sedar diri ni. Hahaha... Rasa nak berguling bila satu tangan lepas, satu lagi tangan tak boleh masuk. Hoi!!! Tak muat la weh... Hubby tahan gelak. Gelak la kalau berani memang aku istiyharkan perang!!! Tapi serious aku pon rasa nak berguling gelak bila sedar diri ini tak sedar diri...Ngokngek sungguh!

Ok lepas ni kena terima kenyataan bahawasanya perut ku semakin lebar lagi membesar. Tak apa asalkan Baby sihat. Makanan pun sekarang aku dah maintain makanan berkhasiat. Berat badan alhamdulillah just naik 0.5kg setiap minggu. Seperti yang disarankan oleh Dr... HB pon dah normal. BSP pon dah rendah. Rasa sangat sihat sekarang ni. Dan yang paling best usia kandungan ku kini telah mencecah 27minggu bersamaan 6bulan 3minggu.


:: Lepas ni mungkin saiz XL...wah!!! ::

Tuesday 3 July 2012

Rumah kena pecah.

Hai kawan-kawan! Rasa dah boleh masuk muzium Diary aku ni. Dah berhabuk dah! Hachhuuuum..hachuuuuum... Haaa.. kan dah bersin. Hahaha... Ok aku tipu! Hari ni nak cerita pasal benda yang menakutkan terjadi weekend lepas.

Hari sabtu lepas perkara yang tak diingini terjadi dalam hidup aku dan Hubby. Rumah kami dipecah orang. Dukacita dimaklumkan bahawasanya cincin kahwin aku telah pun selamat lesap bersama penyamun itu. Haish!!! Sakitnya hati ni. Balik-balik rumah tengok bilik ku telah digeledah orang.


Ok. Apa perasaan korang kalau balik-balik rumah bilik korang dah jadi macam ni??? Apa perasaan korang kalau barang-barang baby yang baru korang beli berselerakan diatas lantai macam ni??? Apa perasaan korang??? Apa?? Apa?? Apa yang korang rasa. Aku menangis terduduk bila tengok barang0barang Baby Que berterabur macam ni.Sedih sangat-sangat!!!

:: (>.<) ::