<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting
Showing posts with label :: Bulan madu ::. Show all posts
Showing posts with label :: Bulan madu ::. Show all posts

Monday, 30 January 2012

Makanan Sarawak.

Hai kawan-kawan! Salam satu Malaysia. Hamboi!!! Berbudi bahasa betul aku hari ni. Oleh kerana aku mengalami simptom-simptom mengantuk yang teramat sangat. Tahap tersengguk depan PC. Terus keluar mentol nak story-morry dan merapu-rapan kat sini. Tersengguk-sengguk depan PC dan depan Boss adalah satu perbuatan yang sangat tak sopan kerana menghilangkan keayuan diwajahku. Persoalannya... Ayu ke??? Lalalala~ ;P

Pastu tangan pon membelek-belek gambar masa pergi honeymoon secara berjemaah dulu. Terus rasa macam nak senyum-senyum. Haaaa.. Baru ayu kan?kan?kan? Tapi sebab aku tersenyum-senyum sorang pon merupakan satu perbuatan yang menimbulkan persoalan orang disekeliling. Lagi-lagi orang yang dok menghadap muka aku yang cute ala-ala Maya Karin dalam filem Ombak Rindu tu. *uweeeek ...muntah sekarang dengan jumlah yang banyak* iaitu Boss ku yang dahulunya hemsem. Sekarang TIDAK lagi. Huh!


Ahaaaaaaaaaaaaaaaa...makanya timbullah mentol-mentol diatas kepala aku. Korang-korang bolehlah pilih mentol mana yang nak duduk atas kepala aku. Best tak boleh pilih-pilih? Ohohoi~

Mukadimah sikit punya panjang dan menjengkelkan! Enough is enough! Jom teruskan pada topik yang aku nak story-morry. Masa aku dan Incik Hubby serta rakan-rakan seangkatan pergi honeymoon secara beramai-ramai ke Kuching, Sarawak. Tak lengkap rasanya kalau tak mencuba makanan-makanan pelik yang terdapat di Sarawak.


Teringin nak makan menatang kat atas ni. Halal kan ulat sagu ni? Tetapi apakan daya. Tak jumpa pun orang-orang jual. Nak juga test seekor dua. Mana tau kena dengan taste. Wuhuuuuuu~

So oleh kerana tak dapat makan menatang yang tergedik-gedik ni. Jadi kuranglah sikit kegedikan aku. Marilah kita teruskan dengan apa yang dah tersimpan didalam perutku menjadi lemak-lemak yang sukar disingkirkan. Ahahai~


Kat atas ni merupakan air yang aku tak pernah jumpa kat Semenanjung. Air Kelapa dalam tin dan air tin Sundrop. Rasa dia boleh tahan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, air ni hanya dijual di Sarawak. Wallahualam... Tipu mereka, tipulah aku. ;)


Ok kawan-kawan yang di hormati sekalian. Ini mee kolok. Sedap! Boleh try. ;)


Ini pula Midin. Sejenis masakan dari sayuran. Aku kurang arif mengenai masakan ni. Maybe nama sayur yang dimasak itu Midin. Mungkinlah kot! Hahaha... Main hentam saja. Makan pakar. Tapi explanation hancus. Apa sey!!!


Obor-obor masak apa entah. ;)


Ambal. Yang ini rupa dia sebiji macam ulat. Tapi rasa dia. Peeeeeh!!! Terangkat beb!


Yang Ini Umai Ikan. Rupa dia macam cencalok pon ada. Tapi rasa dia lain. Sedap hingga menjilat ibu jari kaki. Wa cakap Lu!!!!


Sup Gamat. 1st dengar saja Gamat terus terbayang. minyak gamat... Eiyuuuuuuuuuuuuu... Tapi sekali rasa. Tambah lagi, tambah lagi, tambah lagi... Sampai licin. nyum...nyum...nyum...

Banyak lagi makanan yang kitorang dah baham antaranya Ayam pansok, Nasi Aruk, Buah Dabai, Laksa sarawak dan bla...bla...bla... Tapi sebab dah nampak makanan. Camera entah kemana. Faham-fahamlah ya Peah dan Senah sekalian. 

Perut aku terus berkeroncong. Nak makan semua ni!!! Bestnya! Bilalah dapat pergi lagi. Nak makan banyak-banyak-banyak. Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

:: Makan tu best kan?kan?kan? ::

Wednesday, 14 December 2011

Bulan madu beramai-ramai~~ 2nd day [part 1]

Morning semua sicantik dan sikacak!!!! Semua boleh fokus kepada title diatas. Siap ada part 1 lagi Uols. Hahaha... Reason ada part 1 tu sebab nanti ada sambungannya. Cewah!!! Macam drama Tentang Dhia berepisod-episod. Jangan marah haaaa...




Lihatlah keceriaan kami di awal pagi. Kat Sarawak, 6.30pagi dah terang. Serious! So seawal 8.00pagi kami telah turun ke Cafe untuk break1st. Kena isi perut dulu sebelum memulakan aktiviti meronda Kuching, Sarawak dengan gigih. Yeaaahaaa!!!

Ok. Lokasi yang ingin dituju ialah Sarawak Cultural Village...






Ditangan kami ada passport untuk masuk ke SCV ni. Setiap checkpoint perlu di cop. Best kan???












Sama tak? ;P











Inilah aktiviti outdoor kami. Tapi ada banyak lagi gambar yang aku tengah tunggu Kak Lenda dengan Abang Man selaku cameraman kami upload. ;P

Tengok jam dah nak pukul 11.30pagi makanya kami bergegas ke dewan SCV tu sebab tak mahu terlepas show. Show yang best!!! Lagi best sebab dewan tu ada aircond. Dah berpeluh ketiak meronda SCV ni. Bayangkanlah macam meronda kampung yang besar. Mempunyai 7checkpoint. Dari Rumah Cina-Rumah Melayu-Rumah Melanau-Rumah Penan-Rumah Iban-Rumah Bidayuh-Rumah Orang Ulu. Penat woooo...Kulit pun rentung!



Show dia memang SUPERB!!! fokus kat gambar diatas ni. Orang ni angkat lesung yang beratnya 20kgs menggunakan gigi. Fuyoooooo...ni la tarian ngajat lesung. Unik kan??? Suka! Nak belajarlah tarian ni. Mana tahu boleh angkat Incik Hubby guna gigi. Lagi unik kan??? Tapi sebelum tu kena belaja pakai cawat juga kan? ;P

:: Sambung Part 2 pula ye?? ;) ::


Tuesday, 13 December 2011

Bulan madu secara beramai-ramai ~~ 1st day

Salam 1 Malaysia semua. Semoga ceria-ceria selalu. Aku masih mood berbulan madu. Ikutkan malas nak pergi kerja, tapi terbayang muka Boss ku yang hemsem tu buat muka kecian terus tak jadi ponteng. Terror betul! Hehehe...

Hari ni nak kepoh-kepoh cerita dengan semua tentang honeymoon aku ngan Incik Hubby minggu lepas. Alaaaa...yang aku cerita kat sini tu. Kami ke Sarawak yang best!

Honeymoon ni kami pergi ber6. Tapi kami ber4 saja yang naik flight dari Senai Airport. Yang ber2 lagi naik dari LCCT. Apa lagi... Possing la!






Bye Johor!!! Masa ni sedih nak tinggalkan Johor. Sedih sangat! *poyo..hahaha*

Hye Sarawak!!! Sudah nampak Sarawak. Masa ni rasa nak melompat-lompat dalam flight. Excited OK!!! Dah terbayang muka BFF aku dan tunangnya. Rasa nak pergi tanya FA "Mana payung terjun??" Senang lompat dari atas. Hahaha.


Muka orang excited! \(^,^)/


Masa menunggu 1 lagi couple di Airport. (-_-)zzzzZZZZ


Masa ni dah semua dah cukup. So bergerak ke Hotel untuk check in. Muka suka terpancar dari muka Kak Lenda. Mana taknya dapat check in di Merdeka Palace Hotel. Selesa! (^,~).

Ok time to Jalan-jalan. 1st location Waterfront City. Best!!! Possing la apa lagi....











So lepas possing macam-macam patern perut pun berkeroncong. kruk-krak-kruk-krak bunyinya. So BFF aku Naffa dan tunangnya Eddie pun bawa la kami pergi menjamu selera disebuah perkampungan nelayan. Kampung Buntal namanya.


Ni view dari atas. Sempat kami naik Heli untuk snap gambar ni. *ok aku tipu* Gambar ni kami snap dari restaurant tempat kami mamam tu. ;)


Oleh kerana tak pernah jumpa air-air ni maka haruslah kami mencubanya. Ermmmm... boleh tahan. Kami makan lebih kurang 10hidangan hari tu. Tu akan ku cerita di entry lain. Entry yang akan membuat korang lapar. Hehehe.




Inilah muka hasil dari mencekik tak ingat dunia. Muka kenyang. Nyum-nyum-nyum... Macam-macam makanan yang kami tak pernah jumpa kami makan. Kami sangat berpuas hati. Thanks Naffa & Eddie!!!!

:: kena timbang berat badan ni...rasa dah naik...uwaaaaaaa ::