<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting
Showing posts with label :: Tu kita Punya ::. Show all posts
Showing posts with label :: Tu kita Punya ::. Show all posts

Thursday, 16 August 2012

Sunat secara beramai-ramai. Meriah!

Hai kawan-kawan!!! Entry ke 2 petang ni... Rajin kan?kan?kan? Nampak sangat mood bekerja sudah kelaut! yang membuak-buak kini mood bercuti dan BERAYA!!! Hohoho...

Raya tahun ni sangat excited kerana 1st time beraya sebagai seorang isteri, ibu2be,menantu dan kakak ipar. Tak pastilah ini adalah excited atau jakun kuasa 8! hahahaha... Aku excited tahap gaban Hubby tak payah ceritalah. Sebab tahun ni kami dah decide akan beraya di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Iaitu merupakan kampung Hubby. 1st year kahwin, so kampung Hubby dulu la ya. Tapi tak mengapa. Disana juga keluargaku. Tak ada bezanya beraya di kampung ku or Hubby. Serious!!!

Eh... berbalik kepada title kat atas tu. Actually aku nak cerita pasal anak-anak meow kat rumah tu yang selamat aku dan Hubby hantar ke klinik untuk di 'spay'kan atau dalam erti kata lain dimandulkan. Nampak macam kejam kan?kan?kan? Ada pula nanti Jemah dan Peah yang cakap "Eeeee...Kecian kucing-kucing tu"

Actually hukum meng'kasi'kan kucing adalah harus. Untuk keterangan lanjut pasal Spay ni bolehlah klik SINI. Atau terus contact Klinik Haiwan Tiram. Boleh tanya terus dengan Doktor-doktor sana. Especially Dr. yang cun melecun ni, Dr Marlia. Mereka ni boleh terangkan secara lanjut. kalau tanya aku. kang merapu-rapu pula jawapannya. Hehehe...



So inilah keadaan bila budak-budak ni dibawa pulang ke bilik mereka. Macam-macam patern. Seronok tengok telatah mereka.

And sebelum aku lupa. Ini adalah satu daripada kebaikan memandulkan kucing korang. Ini terjadi kepada kucing aku sendiri...

Nama kucing aku ni Chitam. Dia kucing betina. Sebelum ni dia pernah berkahwin dengan seekor kucing jantan yang bernama Peiling... Tapi sayangnya Peiling telah kembali menghadap Ilahi pada baru-baru ini. Sedih!!! Dia disahkan FIP oleh Dr. Marlia yang merawatnya.

Bila dapat tau penyakit yang di carry oleh Peiling. Terus risaukan Chitam. Nak dijadikan cerita masa proses pemandulan dijalankan Dr. telah menemui nanah didalam perut Chitam. Dan alhamdulillah nanah itu berjaya dikeluarkan semuanya. Dan kini Chitam dalam keadaan stabil. Syukur!!!

Haaaaa...yang ni aku nak share kepada kawan-kawan di area Kampar dan mempunyai kucing untuk dimandulkan tapi tak mampu dengan kosnya yang agak tinggi. Bolehlah joint program yang dianjurkan oleh KTAJ ni. Untuk keterangan lanjut klik SINI. Sharing is caring kaaaaan!

:: (^,^) ::

Tuesday, 7 August 2012

Happy + Sedih

Assalamualaikum kawan-kawan semua...

Hari dah masuk 18 ramadhan. Dah 18hari juga umat islam menunaikan puasa. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menahan lapar dan dahaga. Thanks juga kepada rakan kongsi badan aku iaitu Baby Que yang bekerjasama menahan lapar dan dahaga bersama-sama Ibu. Oklah, mukadimah saja berjela panjangnya. Mesti ada yang cakap... Laaa... Macam ko sorang la yang berpuasa. Hehehe... Actually saja nak berceloteh di tengahari selasa yang mulia ni. Napa??? Tak boleh??? Lalalala...

Hari sabtu lepas aku, Hubby dan emak jalan-jalan mencari barang-barang untuk persiapan raya. Tapi emak la yang membeli aku banyak mem'blah' saja. Almaklumlah raya tahun ni memang tak boleh nak beraya sakan. Banyak kelengkapan Baby Que yang masih pending. Ingat senang hati ke aku ni haaaa???;(((

Nak dijadikan cerita orang ramai pergi bershopping-shoppingan untuk raya. Aku dan Hubby sibuk mencari kelengkapan yang masih belum dibeli. Hohoho... Walaupun cam tak best saja tengok orang kiri kanan beli kelengkapan raya. Macam ala-ala jealous gitu. Tapi yang bestnya time ni la boleh borong barang murah-murah. Oh I like MURAH!!! So mari kita cari bahan untuk membuat bedung bayi...


OOOFFEEEEEEEEEEEER!!! I like this word...


Oh thanks mak sebab offerkan diri untuk memilih kain cotton yang ada disini dan meng'offer'kan diri untuk menjahit bedung cucu mu nanti. I lap U!!!


Ini pula Incik Hubby selaku bodyguard kami. Haaaa... Siapa berani marah kami pilih kain lama-lama??? Meh arrr sini... Takot tak??? takot tak?? Hehehe...


MARI MARI MARI BELI.... kain murah-murah. Dimana??? Di Nagoya. hehehe... Tak perlu membazir beli kain di Gulati's kot eh??? hehehe...ops...

Menurut emak selaku penjahit bedung Baby Que nanti. Kain cotton adalah kain yang sangat sesuai untuk dijadikan bedung. Begitu jugalah nasihat dari penasihat-penasihat tetapku. Mereka kata kain cotton lagi selesa dari kain batik. Thanks la kepada kawan-kawan yang selalu berkongsi pengalaman dan info dengan ku. Tak ada kalian, siapalah aku. Cewah!!!

Ok berita sedih pula. Pagi ni aku telah diberitahu oleh Dr. Marlia dari Klinik Haiwan Tiram. Deqya telahpun pergi menghadap Ilahi. Sedih!!! Tapi aku kena terima. Innalillahiwainnailaihirojiun...



:: R.I.P Deqya ::

Thursday, 5 July 2012

Nama dia Teddy.

Tiba-tiba rasa nak tayang anak meow baru kami. Kecik lagi budaknya. Jumpa tengah berkeliaran di restoran mamak E&Y  Taman Gaya. Kecian tengok dia mengejar kaki orang yang lalu lalang tapi tak diendahkan jadi Hubby decide nak bawa balik. Ekor kontot. Lari macam bear so kami letak namanya Teddy. Kini si kecik Teddy selamat dalam jagaan ibu dan abah-2-be. Hobinya setiap masa mengejar kaki orang. Sangat nakal!!!


::Doakan anak-anak meow kami semua sihat ye ::

Monday, 30 April 2012

Pergi buat selamanya.

Assalamualaikum...

Hari ni hari yang suram dan sugul. Tak tahu dari mana nak aku mulakan cerita. Cerita panjang-panjang pon ending tetap akan mengalirkan air mata. Cuma ingin berkongsi rasa dengan semua. Anak meow yang disayangi seekor telah pergi menghadap penciptanya sabtu lepas di Klinik Haiwan Tiram akibat kidney problem.

*gambar kenangan Oyeen & Kontot*

Aku tak tau dari mana puncanya, cuma yang pasti Tuhan lebih sayangkannya. Sabtu lepas aku hantar Kontot ke klinik kerana demam panas yang mendadak. Buat dia lemah dan tak bermaya. Tapi dalam keadaan itu, dia masih berupaya untuk menghabiskan wet food yang aku hidangkan untuknya. Hurmmmm...biarlah gambar menceritakan segala-galanya.Terus-terang aku tak mampu untuk meneruskan cerita.



Yang pasti Kontot my sweet nakal princess dah pergi buat selama-lamanya. Maha suci Allah!!! Terasa berat didada. Air mata meluncur laju. ;'(


*Semoga damai dan tenang anak ibu disana. The most important yang Kontot kena tau. Abah dan Ibu sayangkan Kontot.*

Wednesday, 1 February 2012

WW la sangat!

Hari ni 1/2/12. Best kan date ni? Kalau hari minggu mesti dah ramai B2B yg bertukar status jadi ex-B2B. Nasib hari Rabu. So nak buat Wordless Wednesday la. ;)

Jelingan manja dari Cikky si togel ibu yang menawan. 

Si Chi'tam ibu yang manja.

Si Phanter yang tak cool langsung sebab tidur bawah ketiak abah.

:: WW tapi still nak tulis banyak-banyak. haish! ::

Wednesday, 25 January 2012

Si mata biru.

Ini pula kisah seekor kucing yang baru aku adopt minggu lepas. Ambil di sebuah bengkel kereta di area Taman Perling. Bila seorang kawan beritahu ada seekor kucing jalanan yang masih anak lagi di bengkel tersebut terus terfikir " selamat ke tak si comel tu duduk di bengkel kereta?", "tak bahaya ke?" dan macam-macam lagilah soalan yang berlegar dalam kepala otakku yang berjambul ni. Kalau nak listkan soalan-soalan tersebut mahu 3 ke 4 page entry kali ni.

*Cuba korang tengok. Kan bahaya kalau si comel duduk di Bengkel kereta*

Nak diringkaskan cerita aku terus call Incik Hubby, Walaupun aku tau betapa tak kisahnya dia. Dan aku juga tahu dia juga akan pilih untuk meng'adopt' kucing tersebut. Kerana fikirkan faktor-faktor keselamatan si comel tersebut. Sebagai seorang isteri yang sedang belajar menjadi isteri solehah wajib aku tanya pendapat Hubby dulu. Kan?kan?kan?

Pulang dari kerja terus bergegas ke office kawanku tu. Tersenyum bila tengok si comel telah pun dimandikan. Wah!!! Wangi anak baru Ibu ni. Kebetulan aku nak ambil pasir anak-anak kat rumah di rumah makcik ku yang terletak tak jauh dari situ. So aku angkut sekali kawan dan si comel.

Oleh kerana aku dan Hubby dua orang yang penjimat. Maka kami order pasir wangi kucing kat makcik ku yang pergi ke Melaka baru-baru ni. Lupalah brand apa. Tapi kalau korang pergi kat Globatpet RM24. Aku dapat dengan harga RM18. Walaupun jimat sikit. Tapi tetap jimat. kan?kan?kan?

Dipendekkan cerita, Tok Su perempuan ku yang kebetulan berada di rumah mak cik ku beri nama si comel Pei Ling sebab jumpa dia di area Taman Perling. Wah!!! Pei Ling... Macam nama cina. Lagipun dah nak dekat raya cina. So boleh la...


Haaaaa...Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Inilah anak baru kami. Pei Ling namanya. Seekor anak kucing yang comot hidungnya dengan minyak hitam. Hamboi!!! Nak jadi mechanic ke anak Ibu ni?? Ops lupa nak kasitau. Dia merupakan kucing jantan ketiga kami selepas Blacky dan Oyeen. Masa samapai rumah perasan banyak sangat kutu kat badan Pei Ling. Kecian sangat tengok dia tergaru-garu. So quarantine la apa lagi.

Esoknya terus belikan minyak kayu putih. Thanks pakcik google sebab bagitau minyak kayu putih sangat effective untuk membunuh kutu kucing.


Beginila rupanya minyak kayu putih tersebut. Aku beli yang terbesar. Motif??? Hehehe... Semua anak-anak kami lumurkan. Semua ya kawan-kawan. Tiada yang terkecuali. Dan Alhamdulillah kini Pei Ling dan yang lain-lain bebas dari jangkitan kutu.

Itu saja kisah si Pei Ling from Taman Perling. Doakan mereka semua lama bersama aku dan Hubby. InsyaAllah akan kami jaga mereka selagi kami mampu bernafas. Ewah!!!

:: Berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan tak membuatkan kita menjadi miskin ::

Monday, 16 January 2012

Monday Blues


Saja nak tunjuk keletah Oyeen dan Blacky hari sabtu lepas....;P

Tuesday, 10 January 2012

Sambungan hari tu....

Yo... Setelah sekian lama tenggelam, timbul, tenggelam, tenggelam, tenggelam, baru sekarang timbul semula. Busy yang teramat-amat. Di office sibuk menjadi pekerja contoh, di rumah cuba untuk menjadi isteri solehah dan ibu mithali untuk anak-anak meow. Phewiiit~~

So hari ni aku nak story pasal anak-anak yang asyik membuat aku geram. Nak story-morry pasal diorang ni pon kenalah kenalkan mereka secara official dengan korang. Supaya korang tak tertanya-tanya sambil tangan menekan button 'x' di atas tu. Hehehe. Kan?kan?kan? Nanti korang kata "apa budak ni merapu-rapan ni??haish" Haaaa... Tak mahu, tak mahu, tak mahu..*style upin ipin...huhuhu*


Actually entry kali ni sambungan dari entry INI. Kisah tentang budak-budak yang tak reti diam kat rumah tu. Tapi sebelum tu nak promote. Kalau ada sesiapa yang memang pencinta haiwan, yang memang teringin sangat nak menghentikan keganasan terhadap haiwan. Tak kiralah pada kucing ke, anjing ke, rabbit ke, sugar glider ke or OINK OINK sekali pun. Bolehlah like page KamiBenciPenderaHaiwan ni. Sama-samalah kita memerangi keganasan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain. Mereka juga berhak hidup di atas bumi Allah ni

Page ni kepunyaan Kaki Motong Fan Club. Kalau korang ingat lagi, tak silap pada tahun 2005 or 2006 ada seekor kucing dipotong kaki depannya kerana mencuri seekor ikan. Kejam kan?kan?kan? Yang membawa pulang kucing itu kerumah dan merawatnya lah yang membuka page-page ni semua. Info yang paling best aku dengar kucing itu sekarang sihat walafiat. Alhamdulillah! Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu wahai hamba Allah yang baik hati. Amin...

Wah promote sikit punye panjang Mak Jah!!! Sorrylah dah lama tak menconteng atas diary ni rasa macam banyak nak story-morry dan kepoh-kepoh. Hahaha. Korang nak tau, dulu aku sangat-sangat takut dengan kucing. Burukkan perangai aku??? Padahal kucing cinonit je. Kecil dan comel. Ada sejarah disebaliknya. Masa kecil-kecil dulu aku pernah dicakar oleh ibu kucing dan rambutku pula habis mak potong kerana di berakkan kucing. Sadis! Mungkin masa telah mendewasakan aku untuk melupakan semua itu. Dan sekarang aku mempunyai 8ekor kucing dirumah. Alhamdulillah!



Yang ni namanya Ketot. Kakak photoG aku punya kucing sebenarnya. Tapi sebab anak dia alah pada bulu kucing dan asma makanya diberinya padaku. Nama Ketot tu pon Kak Wani yang bagi. Sampai saja rumahku namanya terus bertukar kepada Ibu Ketot. Kerana dia seekor saja yang telah mempunyai anak-anak. Dia baru 2hari lepas dikembirikan. So sekarang masih berpantang. Dia sangat-sangat lasak. Panjat-memanjat memang hobi dia.



Yang berdua ni anak Ibu Ketot. Yang memeluk tu Oyeen dan yang dipeluk tu Kontot. Oyeen ni jantan. Kalau diperhatikan dia memang sangat bertanggungawab. Kalau Kontot dan Blacky comot, mesti dia yang beria-ia menjilat. Sweet sangat!Yang Kontot ni pula memang copy and paste Ibunya. Korang boleh tengok colour dia. Perwatakan dia yang lasak dan tak reti diam tu pun memang sebiji ibunya. Geram!!! Dua-dua pun sangat manja.


Ini Blacky. Anak emas dalam rumahku. Kenapa dia anak emas? Dia sangat manja dan yang paling penting dia sangat unik. Menurut kak Wani dia lahir beberapa hari sebelum Oyeen dan Kontot. Dia tak boleh berjalan dengan betul. Kecian sangat tengok dia. Mulut dia sangat riuh! Dan dia sangat aktif. Dr. kata ada something wrong dengan otak dia or saraf dia. So kepada semua tolong doakan baby Blacky sihat dan dipanjangkan umur ya!!!

Mereka ni semua kucing kampung. Sebab tu aktif sangat-sangat-sangat. Aku dan Incik Hubby juga membela seekor kucing parsi. Kucing Parsi ni dijumpai oleh seorang kawan. masa datang sangat Messy. So kami decide untuk mencukur bulunya di Klinik. Hasilnya... Taraaaa....


Bergulung kalau tidur. Kesejukanlah tu. Dia ni masa 1st masuk rumah macam rusa masuk kampung. Tak pandai nak bergaul. Almaklumlah Parsi lah katakan. Tak mahu berkongsi makanan dengan yang lain. Tak mahu berkongsi cage dengan yang lain. Tapi alhamdulillah kini dia juga telah bertukar menjadi kucing parsi yang aktif dan mahu becampur dengan semua. Oh ya. Namanya Cikky. Kawan yang membawanya kerumahku juga selalu datang melawatnya. Hobinya makan, makan, makan dan tidur. Kalau tak percaya boleh tengok ni.



Hahaha...Kuat betul makan. Cikky, cikky!!! Jangan offer diorang ni. Memang kuat makan. Boleh bayangkan tak kalau aku kurung dalam cage baru 15minit untuk mengemas rumah. Keluar saja semua mengejar bekas makanan walaupun sebelum kurung dah makan. Haish!! Hahaha....

:: sifat menghargai haiwan buat kita menghargai hidup kita..try la ::

Sunday, 8 January 2012

Kembiri tanda kasih sayang.

Hari ni baru reti update blog menggunakan handset cabuk ku ini. Yippie!!! Taklah boring sangat duduk kat rumah tanpa Incik Hubby...Selain dari duk tengok siaran tv yang tak berapa best ni, duk layan anak-anak yang makin nakal. Adalah aktiviti lain yang bermoral.kan?kan?kan?

Semalam hantar Ibu Ketot ke klinik haiwan untuk dikembirikan. Hari ni baru dia di'operate'. Ada juga orang yang kata kejam. Ada juga yang tanya " tak apa kah?" Aku tak dapat memberi jawapan details. Cuma hukum memandulkan kucing adalah harus dalam Islam. Ia juga depend pada pendapat individu. Ada yang tak sanggup. Ada yang ok saja. Tapi niat aku memandulkan Si Ibu Ketot adalah kerana aku sangat menyayangi anak-anak. Tak mahu dia kehilangan banyak darah. Semua untuk kebaikan Ibu Ketot.

So kepada semua yang membaca entry kali ini. Tolong doakan Ibu Ketot cepat sembuh dan semakin gemuk dan sihat. Amin... ;)

Friday, 30 December 2011

Tentang Dhia vs Tentang Mereka ;)


Semalam aku dan Incik Hubby berlumba balik awal dari kerja. Semata-mata nak tengok cerita ni. Srot-sret-srot-sret la apa lagi. Tak bercakap langsung. Sedih sangat!!!

Tadi tu Tentang Dhia kan??kan??kan?? Ini pula Tentang Mereka... Jeng...jeng...jeng...


Naik lenguh kaki ku. Nasib baik masa tu dalam feeling-feeling Tentang Dhia jadi aku abaikan Tentang Mereka. Hehehe....

:: Sayang Mereka!!! ::

Tuesday, 27 December 2011

Syarahan di petang hari.

Semalam aku selamat menerima bungkusan makanan Science Plan 15kg untuk anak-anak meow ku. Aku minta tolong makcik ku untuk membelinya di Melaka. Reasonnya cukup simple. Harga di Melaka dan di Johor banyak-banyak-banyak berbeza. Melaka lebih murah. Buktinya Royal Canin di Johor paling murah aku boleh dapat RM250 untuk 15kg. Tetapi di Melaka RM220. Sangat berbezakan?kan?kan?

Sebelum ni anak-anak makan RC. Tapi sedia maklum aku dan Incik Hubby baru sahaja mendirikan rumah tangga. So taklah sestabil orang yang dah kahwin 10tahun. Tak gitu?? Oleh kerana ketidakstabilan itulah aku dan Incik Hubby me'research' cat food selain dari RC tapi khasiatnya lebih kurang. Banyak pandangan rakan-rakan yang kami ambil contohnya ada yang kata jangan bagi makan nasi kerana nasi tak bagus untuk perut kucing, ada pula yang kata jangan bagi makanan yang ada pewarna, macam-macam lagilah. Ini bukan kerana kami pemilik kucing yang mengada-ngada. Kami cuma nak yang terbaik untuk simanja kami.

Ada juga suara-suara sumbang yang kata 'alaaa... kucing biasa saja pun'. Meh aku nak meroyan sikit. Lantak akulah nak bagi kucing BIASA aku ni makan apa?? Yang kau senak kenapa?? Ada minta duit kau?? Haaa... Jahat tak mulut aku? Hahaha... Siapa suruh sibuk nak jadi pengkritik tetap hidup aku. Yang berkata begitu LUAR BIASA sangat kah sampai nak kata kucing aku BIASA. Kawan-kawan, kucing kurap sekalipun berhak merasai rezeki di bumi Allah ni tau. Jangan nak berlagak sangat. OKK!! Tak suka!

Ok berbalik kepada cerita Scince Plan yang aku minta tolong makcik ku belikan di Melaka. Pack dia macam ni...
Chicken flavour. Letak saja dalam bowl anak-anak bersih dalam sekelip mata. Suka sangat tengok mereka makan makanan sihat. Tak mahal mana pun dalam RM180 15kg. Dengar cam mahal kan? Ok cuba korang buka minda sikit. Jom ambil calculator kita calculate sama-sama.

15kg tu boleh tahan dalam 4bulan sebab makanan kucing ni cuma bagi pagi dan malam.
so RM180 devide dengan 4 bulan baru RM45. dalam sebulan lebih kurang 4kg saja untuk mereka makan. RM45 devide 4kg jadilah RM11.25 untuk sekilo.
Sekilo tu untuk seminggu iaitu 7hari,
makanya 1hari anak-anak aku yang 8ekor tu cuma makan RM1.61 lebih kurang.

Mahal kah itu kawan-kawan? Kita makan setiap hari lagi mahal tau. jadi apa? Jadi penyakit kan? kan? kan? Makan burger, pizza, KFC dan bla...bla...bla... Semua tu buat kita tak sihat. Percayalah! Janganlah berkira sangat untuk memberi anak-anak kucing kita makanan berkhasiat. Tak rugi. Mereka semua membawa tuah.

Amalan kita tu bukan saja didunia tau. Mana tahu esok di akhirat si manja kita yang akan menolong kita. So jangan sombong sangat hidup atas bumi Allah ni. Kita bukan siapa-siapa. Hanya makhluk yang serba kekurangan. Sama standard saja dengan makhluk Allah lain. Yang bezanya kita mempunyai akal, jadi gunakanlah sebaik-baiknya. Jangan jadi binatang yang bertopengkan manusia!

:: Wah...padahal nak story pasal makanan kucing yang baru beli last-last jadi syarahan yang panjang..;P :: 

Friday, 23 December 2011

Oh gaji... Tolonglah masuk cepat!

Hari telah bermula. senyum simpul sampai ke telinga bila mengenangkan hari ini hari jumaat yang indah. Pagi-pagi dah merempit bersama Incik Hubby tercinta. Hari ni kesiangan bila anak-anak buat perangai. So aku keluar rumah pukul8.10 mana sempat nak sampai office kalau naik kereta. So Incik Hubby kata merempit adalah jalan terbaik. Vroooom vroooom....

Semalam kami buat cerita kartun. Title entry ni pun dah melambangkan betapa 'sangkak piang'nya kami. Gaji belum masuk. Makanan anak-anak dah habis. Makanya haruslah kami menggelabahkan?kan?kan? Tak sanggup nak balik rumah tengok muka anak-anak minta makan. Dengan duit yang berbaki kami pun pergi ke Globalpet masa itu dalam pukul9.00 malam. Rushing bebeh! Dari suggestion makcik ku aku pon berhasrat untuk mencuba makanan premium Vetmaster kepada anak-anak. Hasilnya.......




Semua pun buat muka sedih dan yang paling sadis buat mogok lapar. Tak mahu makan. Pengsan!!! Ternyata RC juga yang buat mereka berselera. Haish!!! Tunggu Ibu gaji ok! Gambar Cikky si parsi yang togel saja tak sempat nak snap sebab tak boleh diam. Merengek-rengek! Oh anak-anak bemacam ragam!

:: Mudah-mudahan gaji masuk hari ni. Tabah ya anak-anak ku ::

Wednesday, 21 December 2011

Keluh-Kesah Kak Esah eh Kak Ita

Rindunya nak berblog. ~srot srot *sound effect la konon-kononnya* Hari ni aku betul-betul ada mood nak update-mengupdate entry kat Diary yang lama diabaikan ni. Tapi apakan daya kerana kekhilafan diri-sendiri yang TERlupa dan TERtinggal pendrive makanya haruslah aku melalak kuat-kuat. Good job, Ita!!! Pagi tadi semangat nak buat review wedding hari tu tapi apakan daya. PANG!!!!

So Wordless Wednesday sajalah kawan-kawan. (^,~)

si Ci'tam

:: curi gambar anak sendiri kat album FB kawan... hihihi ::

Tuesday, 6 December 2011

Mereka buat hari aku indah.

Dengarlah iniiiiiiiiiiiiiiii~~~ Satu ceritaaaaaaaa~~~

Ewah!! Bersyair nampaknya aku ditengahari yang tak berapa nak buta ni. Hehehe... Hye kome-kome-kome semua. Khabar apakah hari ini? Hahaha. Ok sawan! Sebenarnya aku banyak nak story-morry tapi oleh kerana kerja yang melambak-lambak. Korang percaya tak aku cuti kahwin 2minggu saja tapi kerja pending atas meja ni macam kerja untuk 3bulan punya. Kejam tak??? Cerita kat Incik Hubby dia cuma cakap "sabar" huh! Dia malas nak melayanlah tu. Ok abaikan. Yang penting mengeluh banyak-banyak pun tak guna. Aku akan settlekan! Cayok! Cayok!

Jom aku nak kenalkan korang pada teman-teman baru aku. Seperti yang sudah pun aku maklumkan di entry sebelum-sebelum ni, sabtu lepas aku dan Incik Hubby telah berhijrah ke rumah baru secara officialnya. Oleh kerana tak nak kesunyian maka kami pun decide nak adopt beberapa ekor meow-meow yang telah pun dibuang orang dan diselamatkan oleh orang yang prihatin lalu dibawa ke Klinik Haiwan Tiram.

Ni la Klinik yang aku cakap tu. Dr dia semua sangat-sangat penyayang. Hei! Hei! Hei! Tahukah korang orang yang sayang haiwan ni orang yang sangat penyayang tau. Macam aku. *Ok muntah sekarang ;P*


Yang ni nama dia Ci'tam. Sangat suka buat muka cute walaupun memang dah cute. Geram tengok! Kalau bagi makan dia yang akan mendahului carta. Tapi yang paling pelik dia yang paling ringan. Cuma badan dia besar sebab bulu dia panjang-panjang.


Yang ni pula nama dia Whiskas sebab bulu dia sebiji macam kucing yang berlakon dalam iklan Whiskas tu. Eh...Kucing tu 'berlakon' eh? Hahaha. Dia ni sangat manja. Kat mana ada orang, kat situlah dia akan melepak. Makanan kegemaran dia kerepek ubi. Ada 1hari tu Incik Hubby tengah makan kerepek ubi dia punyalah mengejar. Bila Incik Hubby bagi terus tak toleh kiri kanan. Makan siap dengan bunyi sekali. Boleh imagine tak? Yang paling best sekali bila Ci'tam datang dekat dia terus dia tampar Ci'tam sebab dia takut Ci'tam ambil kerepek dia. Hahaha. Macam-macam!


Ini pula Phanter. Bagi nama Phanter sebab ekor dia macam Pink Phanter tu haa. Kurus saja! Dia suka melompat-lompat. Yang lain confirm kalah. Dia ni suka bagi chance yang lain makan dulu. Tapi yang paling best dia yang paling berat.

Lupa nak kasitau. Mereka bertiga ni adik-beradik sebab tu mereka begitu rapat. Suka tengok! Kisah mereka ni sedih tau. Masa mereka dijumpai orang yang baik hati. Mereka berlima bersama ibu dan seekor lagi adik beradik mereka dalam sebuah cage yang ditinggalkan ditepi jalan dan ditutup dengan kain. Cage berkunci macamana Si Ibu nak pergi cari makanan untuk mereka. Soalan aku senang saja, yang binatang kucing ni ke orang yang tak ada otak pergi buang mereka tapi kunci cage tu???huh!

Mungkin rezeki kami selepas berkahwin. Kami juga dapat lagi adopt Ibu Kucing dan anak-anak. Nama Ibu kucing tu Ibu Ketot. Anak-anaknya pula Oyien, Blacky dan Kontot. Blacky tu unik. Pasal apa unik insyaAllah coming soon punya entry akan aku ceritakan.

Oleh kerana mereka ni terlalu aktif. Bukan anak-anak saja Ibu Ketot ni pun super-duper active so tak dapat lagi nak snap gambar mereka secara eksklusif. Aku suruh mereka posing cantik-cantik.Boleh gitu? Hahaha. Nanti aku update entry lain khas untuk cerita kisah mereka. Thanks kepada Kak Wani dan suami kerana mempercayai kami untuk meng'adopt' mereka-mereka ni. Bagus kan photoG aku. Ambil pakej murah tapi siap ada freegift yang cute-cute lagi. Suka!

:: Sayang mereka semua ::

Thursday, 1 December 2011

Permata hati ;)

Korang pernah rindu sampai nangis tak? Mesti pernah kan?kan?kan? Aku pernah. Sekarang ni nasib baik kat office kalau tak melalak juga ni. Aku rindu kat anak-anak meow yang masih kat klinik. Oleh kerana 2minggu ni sibuk bangat. Maka terbengkalai proses memvaksin dan memberi ubat cacing kepada anak-anak itu. Semalam baru dapat tengok dorang. Duduk kat klinik sampai dah nak maghrib baru balik. Tengok telatah dorang ber3 buat hati sangat senang. Tak sabar rasanya nak menjaga dorang.

Masa on the way balik dari kampung Incik Hubby selasa lepas, sempatlah kami pergi ke jalan klang lama. Beli cage yang 3 level tu online. Murah sikit. So hope anak-anak selesa dekat rumah baru nanti. Ni la mahligai untuk anak-anak ibu dan abah.


Taraaaaa...siap dengan tempat erk erk yang tak mengecahkan rumah. Hope anak-anak happy. Kalau dorang happy ibu dan abah juga turut happy. Sekarang masih mengira budget untuk makanan dorang. Nak survey makanan yang bagus dengan harga yang murah. Ada sesiapa tau? Bolehlah share. So far yang aku nampak bagus Royal Canin. Tapi harga dia masyaAllah!!! Pengsan!!! Tapi kalau ada rezeki bolehlah. InsyaAllah.

p/s : sabtu ni boleh bawa balik dorang ber3. asyik..asyik...~~<3

:: Gambar budak ber3 tu saja belum sempat nak snap. ;) ::

Wednesday, 16 November 2011

Sinar baru.

Hari ni aku alhamdulillah dah kembali normal. Emosi dah stabil. Rainbow telah selamat dikebumikan di sebelah home sweet home aku dan Incik Kudut. Biar kami rasa dia akan selalu ada dekat dengan kami. Dan semalam juga kami telah dipelawa menjadi keluarga angkat untuk 4ekor meow-meow yang terbiar. Aku decide untuk adopt 2ekor saja. Tapi Incik Kudut pula kecian dan suruh adopt 4ekor tu semua. Alhamdulillah! Vaksin yang pertama telahpun dibiayai oleh orang yang menjumpai meow-meow tersebut. Tinggal vaksin kedua dan ketiga saja.

Adik beradik tu belum ku bawa pulang. Masih di klinik haiwan untuk mereka train. Comel-comel semuanya. Walau bagaimanapun tak dapat menggantikan pelangi di hati aku. Mudah-mudahan aku dapat berjasa dan menjaga mereka lama. Ya Allah, panjangkanlah umur kami dan mereka. Amin.....

:: Terima kasih Tuhan kerana menghayati ::

Tuesday, 15 November 2011

Dalam Kenangan.

Pelangi Petang
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...





Rainbow telah pun pergi meninggalkan kita semua pada 15 Nov 2011 pada jam 12.45p.m. Semoga tenang Rainbow disana. :')

:: Awak akan sentiasa jadi pelangi di hati Kakak ::

Doakan untuk Rainbow.

Rainbow,
Ingat tak masa kakak jumpa awak. Masa tu raya haji. Awak mengiau-ngiau. Comel sangat masa tu. Kakak capai kotak bawa awak balik. Awak gigil-gigil. Maybe awak tersangat lapar. Kakak belikan awak botol khas bagi awak minum susu. Kesian awak. Manalah ibu dan adik-beradik awak. Ingat lagi tak macamana kakak hias cage awak? Letak kain lepas tu awak erk erk atas kain tu. Kakak menyental kain tu malam-malam buta. Lepas tu awak masuk dalam cage guling-guling. Suka sangat cage dah bersih. Cute sangat-sangat-sangat.

Rainbow,
Awak lepas saja dalam rumah tu tanpa halangan dari siapa-siapa. Mak abah pun tak kisah. Awak tak pernah erk erk merata. Thanks sangat-sangat. Kakak selalu rindu awak. Sanggup bangun pagi bagi awak minum dulu padahal kakak pun belum basuh muka lagi. Bagi awak susu, peluk awak, cium awak. Muchuk!!!

Rainbow,
Masa kakak lipat paper box untuk doorgift hari tu awak tidur atas riba kakak. Kakak sanggup tak bergerak sebab takut awak terjaga. Sayangnya kat awak. Awak pun sayang kakak, abang, mak dan abah kan??kan??kan??

Rainbow,
Ahad tu kakak pergi settlekan hantaran kat Kluang. Bila kakak balik rumah saja awak dah tidur. Mak sediakan katil untuk awak siap ada patung minnie mouse. So sweeeeeeeeeeeet. Kakak balik awak just buka mata saja. Sombong!!! Malam tu kakak pindahkan katil awak kat sebelah kakak tidur. Kakak redha kalau awak erk erk kat katil kakak. Tapi amazing bila pukul 2.54a.m awak kejut kakak, kakak bawak awak g cage awak erk erk dekat tempat yang sepatutnya. Lepas awak cuci muntut terus awak masuk tidur. Kakak ingat sangat-sangat time tu. Kenapa awak baik sangat eh malam tu???

Rainbow,
Pagi isnin tu kakak pergi kerja macam biasa. Sempat cium pipi awak 3kali. awak diam saja. Lepas tu terus lari terkedik-kedik pergi ke dapur dapatkan mak. Sweeeeeet tau! Tapi bila kakak balik kerja petang tu kakak tengok awak dah terbaring dalam kotak. Bila panggil pun tak ada respons. Kenapa ni??? Kakak, abang dan abah terus hantar awak pergi klinik. Sampai klinik kakak kelam kabut dapatkn Dr. Tapi Dr. kata awak dah tak ada harapan. Dr. bagitau yang awak pernah kena sepak or jatuh dari tempat tinggi sebelum ni. Isi perut awak pecah. Walaupun kakak nampak awak aktif sebelum ni rupa-rupanya dalam badan awak dah teruk. Kenapalah kakak tak pernah perasan awak tengah sakit??? Teruk kan kakak ni!!! Dr. bagi awak injection untuk tahan sakit. Awak dah kembali tenang. Sekarang awak masih di klinik. Dr. kata awak memang tak ada harapan. Tapi kakak tau awak kuat! Kalau tak boleh tahan jangan paksa ya sayang. Kakak, abang, mak dan abah akan sentiasa sayangkan awak!