<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday 30 September 2011

Ada apa dengan kasut.

Hari ni memang totally dah BERTUKAR mood. Sekarang ni memang mood nak cerita pasal majlis besar aku yang tinggal tak banyak lagi masa. Kalau tudung hari tu dah settle, ini pula nak cerita pasal kasut.

Orang cakap senang saja cari kasut untuk sanding ni. Tapi bagi aku, sangatlah rumit. Tau kenapa??? Bila masuk kedai ni, Cantiknya tapi simple sangatlah. Masuk kedai tu, Haish!!! Semaknye design dia. Masuk kedai sinun, Cantik tapi mahallah pulak. Haiya... Lama-lama kaki leper sebab asyik berjalan sana-sini-sinun.

So hari ni aku dah pon me'research' design-design kasut itu *thanks encik Google*

Serious kasut ni sangat cantik. Design dia berkenan je kat hati. Tapi mana nak cari ni???

Ni pon cun juga. Ada butterfly depan dia. (^,^)


Haa...yang mana satu pilihan hati??? Yang terbuka tu pun nampak seksi saja kan??

Minggu ni memang aku nak settlekan hal kasut ni pula. Nak round jusco dulu. Hey!!! Pendapat korang la kan, kalau nak sanding kena pakai kasut yang ada brand ke??? Kalau tak ada brand tapi cantik tak ok ke?? Haish!!! Pening juga cari kasut ni. Mudah-mudahan settle minggu ni juga. amin....

Pang Pang Kopang Kopang Bing Gibing Gibing Gibing~~

Wah!!! Tajuk kali ni meriah!!! Bagi yang tak tahu itu bunyi kompang, Gedik-gedik la tu nak kahwin. Hehehe...

Actually hari ni pagi-pagi dah baca entry someone pasal kahwin. Tu yang tiba-tiba nak cerita pasal kahwin. Lagi sebulan lebih saja. Masa dah tak lama lagi Uols. Hati ni tak payah nak cerita. Macam-macam rasa ada. Tapi buat-buat cool.

Jom kita review pasal checklist yang penting :-

1. Kursus kahwin. ::Done::
- Ini kalau aku cakap belum pergi lagi. Confirm-confirm mak aku bagi bengkak biji mata aku tau. Kursus ni aku dan Incik Kudut kesayangan dah attend beberapa bulan yang lalu. Register online lagi. Kalau korang-korang yang ada sekitar Johor Bahru boleh la register kat sini http://kursus-kahwin.blogspot.com/ .

2. Borang Permohonan Lelaki & Surat akuan bujang ::On the way::

3. Borang Permohonan Perempuan & Surat Akuan Bujang ::On the way::

Ni yang nak story sikit. Rumit rupanya nak kahwin dengan orang yang lain-lain negeri. Macam-macam procedure. Macam Incik Kudut orang Pahang dan aku pula orang Johor. Jadinya, Incik Kudut kena dapatkan semua dokumen-dokumen dari aku untuk dapatkan surat kebenaran bernikah di luar Negeri Pahang. Lepas tu, aku pula kena register kat Jabatan Agama Negeri Johor. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. amin....

4. Tok kadi & Saksi ::On the way::

5. HIV Test ::Done::
- Yang ni bolehlah aku berlagak sikit sebab aku dah selamat buat. Alhamdulillah. Masa hari tu aku pergi buat HIV Test ni dengan Incik Kudut. Muka cool sangat tapi dalam hati Tuhan saja tahu. Penakut betul! Ingatkan nurse tu ambil darah aku sebotol. rupa-rupanya... alahai~~ hehehe

Yang inilah yang paling penting kalau nak nikah. Eeee...sebut nikah saja seram sejuk aku dibuatnya. Doakan semuanya berjalan lancar. Amin...

Thursday 29 September 2011

Don't be Sad.

Panggilan haji sudah tiba lagi...lalalalala~~ hamboi menyanyi-nyanyi diriku ini. hehehe... Actually rasa sangat bersyukur masih bernafas hari ni. Wah!!! Hari ni dah masuk Zulkaedah ye korang-korang semua. Batch haji yang 1st dah bertolak ke Mekkah jam 1.30 pagi tadi. Mudah-mudahan selamat pergi dan pulang. amin...

Tadi sahabatku Zana Rudien hantar sms, katanya bosan duduk saja kat rumah. Jadi dia minta aku tolong belikan buku untuk me'motivate'kan diri. Haish!!! Mau tak pening kepala aku. Aku pun tak arif bab motivate-motivate ni. Dulu masa kerja marketing tu adalah di'motivate'kan oleh bos-bos yang arif lagi bijaksana.

Aku ingat lagi seorang daripada bos aku pernah bagitau aku, lebih kurang macam ni lah ayat dia " Nikita, hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti. " Yup!!! Sangat setuju. setiap apa yang aku lakukan adalah sebuah perjuangan. Perjuangan mencari diri sebenar. Perjuangan untuk menjadikan kehidupanku lebih baik. Perjuangan untuk mengejar akhirat. Makanya, teruskan perjuangan!!! Yeaaaha!!!

Berbalik kepada permintaan sahabatku yang perlukan motivation tu makanya aku me'research' buku-buku yang ada dipasaran. Terus aku tertarik ngan 1 buku ni.


Dulu aku pernah tengok kakak 1 rumah dengan aku baca. Nama dia Kak Mira. Dia sangat alim dan baik. Suka bercerita hal-hal agama. Tiba-tiba aku rindukan cerita-cerita dan pesanan dari dia. Kak Mira, miss you!!! Ok cerita pasal buku ni. Aku akan carikan untuk sahabat. Dah seminggu kejadian itu berlaku tapi air mata masih tak jemu untuk mengalir dan menjadi teman karibnya. Aku jua rindukan gelak tawanya. Semoga dia cepat sembuh, dapat melupakan dan kembali ceria seperti selalu.

Kalau lagu Ramli Sarip tu tajuk dia Doaku buatmu kekasih. Ni aku nak ubah jadi Doaku buatmu sahabat! Aku memang tak mempunyai segunung harta untuk ku berikan kepadamu, insan yang bergelar sahabat. Tapi kasih dan sayangku tak akan pernah boleh dinilai oleh wang ringgit. Sekali sahabat, selamanya sahabat. Apa macam??? Terharu tak?? Hehehe... Aku serious OKK!!! Kepada kawan-kawan sekalian. Hargailah insan disekeliling korang. Jangan ingat korang tu Vogue sangat sampai tak boleh nak hargai orang. Kalau nak orang hargai kita, kita kena hargai orang dulu. Tak caya try buat. (^,^)

Love,
Ita

Wednesday 28 September 2011

Habis sudaa...

Hari ni 30 syawal 1432H. Hari terakhir didalam bulan Syawal. Wah!! Cepatnya masa berlalu hingga tak sedar Syawal hampir melabuhkan tirainya. Buat kawan-kawan serta sahabat handai semua, belum terlambat untuk aku menyusun 10jari memohon kemaafan andai ada tersalah kata, tersilap dalam berbicara. Maaf ya!!!

Kepada sesiapa yang rasa nak datang ke rumahku, datanglah. Tiada masalah untuk berkunjung kerumah aku even raya dah habis. Kuih raya masih banyak berbaki dirumah, tu lah akibatnya orang tamak. Order kuih raya macam nak beraya setahun. Tapi tak mengapa kerana kuih-kuih itu masih sedap dimakan * ayat sedapkan hati.. ahack.*

Raya dah habis, inilah masanya aku menumpukan seluruh tenagaku untuk majlis yang akan datang. Rasanya dah tak lama lagi. Doakan semuanya berjalan lancar. Dan sebelum lupa, sedekahkan juga Al-fatihah kepada arwah Nur Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. amin....

<< Love U aLL>>

Tuesday 27 September 2011

(^,~)

Minggu ni adalah diantara minggu terbusy dan teremosi. Yalah mana taknya. Sekejap digemparkan dengan cerita sedih tentang kehilangan insan yang kami tunggu-tunggu. Sekejap dengan cerita rumah yang telah dikemas, sekejap dengan bla...bla...bla.... Wah! Syok macam artis sey!!!

Hari ni serious rasa macam nak senyum sampai ke telinga dari tengahari ni sampai ke petang. Boleh?? Hehehe... Ini adalah kerana aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja Galeri Mentari (tempat aku dan Incik Kudut tempah kad kahwin)

Tak mahal sangat tapi sangat-sangat berbaloi. Design Kad jemputan, paper box dan bunting dari Galeri Mentari ni boleh buat aku berangan teruk! Haish. Alhamdulillah, Tuhan temukan dengan orang yang menyediakan pakej yang menarik dan designnya menawan hati. Cewah!!!

Nak upload gambar tapi tak bestlah kan. So jadinya share cerita-cerita sajalah. Hope korang happy-happy selalu macam aku!

<<smile>>

Friday 23 September 2011

Al- fatihah untuknya.

Bismillahhirrohmannirrahim...

Entry kali ini merupakan entry yang perit untuk aku karang. Bagaimana laju jari jemariku menari diatas papan kekunci sebegitu juga laju air mata yang mengalir. 23hb September 2011 merupakan detik yang sangat perit didalam hari-hari yang ku jalani. Ya Allah, tabahkanlah hati seorang yang bergelar sahabat.

Sepatutnya hari ini merupakan detik bersejarah bagi seorang ibu dan ayah yang pada mulanya dalam keadaan bergembira untuk menerima cahaya mata keduanya. Namun apakan daya. Telah tertulis hari ini akan bertukar menjadi hari yang duka. Majlis kenduri doa kesyukuran menjadi majlis tahlil. Innalillahiwainnailaihirojiun...

Bayi perempuan seberat 3.3kg telah selamat dilahirkan pada pagi tadi. Tapi sayang hayatnya tak lama Nur Fatihah pergi selama-lamanya setelah 45minit melihat dunia. SubhanAllah!!! Hati ibu mana yang tak sedih. Anak yang dikandungnya 9bulan telah menghembuskan nafas terakhir.

Pada jam 1petang tadi aku dan semua yang berada di hospital dibenarkan melihat Nur Fatihah. Comel! Sebiji muka ibunya.

Sayangku Nur Fatihah,
Cikta tak sempat melihat awak tersenyum.
Cikta tak dapat bayangkan muka awak menangis.

Sayangku Nur Fatihah,
Cikta tak sempat nak kenal dengan awak.
Cikta teringin nak dukung awak
nak kucup dahi awak.

Sayangku Nur Fatihah,
Cikta tunggu kelahiran awak.
Selalu cikta usap perut mama awak.
Cikta ingat Cikta sempat usap rambut awak yang lebat tu.

Sayangku Nur Fatihah,
Damailah disana.
Semoga rohmu dicucuri rahmat.

Cikta sayang awak, Nur Fatihah binti Alias.

Semoga sahabatku Zana tabah dan kuat semangata. amin. Doa kalian amat diperlukan. Al-fatihah untuknya.

<<with love : Cik Ita>>

Thursday 22 September 2011

Hai Hei Hoi !!!

Lalalala...Pom podom podom podom~~~
Wah!!! bernyanyi gembira umpama unggas-unggas yang berterbangan. Peh!! Ape sey???! Merapu terus. Actually, aku nak menunjukkan bahawasanya aku sangat dan amat bosan tahap cipan beranak 18. Dari tadi aku dok tercongok menghadap kerja yang dah siap. Kalaulah dapat tidur. Oh... Bahagianya!!!

Sebelum aku bosan ni tadi aku dok ralit baca blog sesumone. Tapi dah stop setelah menyedari hasil penulisan orang itu boleh menjerumuskan aku kedalam dosa-dosa secara tak sengaja. Aku pon tak tau la apa yang dia katakan tentang Kak Jejar tu betul atau tak. Kalau betul, biarlah. Yang buat aku stop tu sebab penulis ni suka maki orang hanjing la, apa la, siapa-siapa yang menasihatkannya pula dikatakan ustaz dan ustazah pilihan. Haiya!!! Macam ini punya olang pon ada kan? Ops. Tak mahu benda-benda negative ada dalam diary aku yang tersayang ni. Kalau dia nak maki hamun orang tak tentu pasal biarlah. Kalau ramai yang like dan support apa yang dia buat pon biarlah. Biarlah Luncai terjun bersama labu-labunya.

Kenapa ye bila sesuatu perhubungan terputus tak kiralah bila dah bercouple, bertunang atau berkahwin. Orang akan nampak kesalahan perempuan lebih berbanding lelaki? Maaflah ini hanyalah persoalan yang berada dalam kepala otak aku sekarang ni. Walaupun dengan adanya bukti-bukti yang terang, jelas, nyata tanpa dengung yang lelaki tu salah. Still salah tu berat pada perempuan. Serious aku masih tiada jawapan dan yang membuatkan aku bertambah-tambah tak faham ada pihak yang bertepuk tangan melihat perpisahan itu berlaku. Lupakah kalian bahawasanya bumi ini berbentuk spera dan sentiasa berputar.Hari ni korang gelakkan kejatuhan orang lain, esok tak tentu lagi korang mampu gelak bila Allah S.W.T membalas cash didunia.So nak gelakkan orang tu, fikir banyak-banyak kali dulu ye kawan-kawan.

Rasa macam aku tengah merapu tak tentu pasal kan? Taklah, actually aku cuma menyatakan pendapat aku yang mungkin juga tak boleh diterima pakai oleh korang. Tapi seperti yang sedia maklum ini 'Diary' aku. So faham-faham sajalah. Amboi ganas!!! Hehehe... Tak adalah Uols. Aku bercanda kok! Cuma kat sini aku nak tegaskan bahawa. Bergembira atas kesedihan orang lain adalah satu perbuatan yang kejam. Juga mendoakan kecelakaan hidup orang lain tak akan menjadikan korang lebih bahagia. Betul!!! Kalau tak percaya, It's up to U. Hidup korang, korang yang menentukan.


 Dari korang dok kutuk orang tak tentu pasal. Layan benda yang bukan-bukan. Apa kata layan gambar kami yang berlagak ala-ala DIVA ni.... Hehehe....*smile*

<< Love : Ita >>

Wednesday 21 September 2011

Pre-Wedding An & Ita

Oleh kerana aku dilanda kebosanan yang amat sangat. Nak lepak saja nampak macam tak ada kerja. Ye tak?? Makanya aku buat muka serious mengadap PC dan BUAT-BUAT ada kerja. Peh...Bahagia saja rasanya!!! Semua ingat aku busy. Lalalalala...

Kerana aku masih belum bosan untuk bercerita pasal wedding. Makanya aku nak lah share gambar-gambar pre-wedding aku dan An. Tapi tak semualah. Kerana ada gambar-gambar tu yang jadi background kad jemputan and Banting. Kalau aku letak kat sini rasa macam tak special saja gambar tu nanti... Mengada, kan?kan?kan? Itulah aku! hehehehe....

Ok kegedikkanku terserlah dan termantul-mantul apabila memegang kipas tangan pink tu. Hey!!! Jangan kutuk sangat tau. Tu Emak Hadhrami Farhan yang belikan. Sayang tau!! hehehe...


Sila abaikan spare tyre yang anda nampak. Aku dah gemooooooooooooook!!!! Ok diet pasni!

Oh nampaknya itu sahaja gambar yang aku boleh bagi tengok. Wah!!! Kejamnya!!! Yang lain aku kena relax dulu. So, korang bolehlah lempang aku laju-laju tanpa belas kasihan sekarang. Hehehehe... Relax beb!! Meh layan gambar-gambar ala-ala pre-wedding kami bawah ni... Tapi ALA-ALA je la kan. huhuhu...







Maaf kepada semua. Model-model diatas ni memang tak bertauliah. Jadi kalau korang nampak macam kaku and entah apa-apa saja. Sila faham. Kalau tak faham, sila buat-buat faham. hehehe...

<<::smile::>>



Nak ikot cara YAHUDI???

Wah tajuk kontroversi nok!!! Dah 2 3 hari nak tulis entry about kaum yang digelar Yahudi atau dalam bahasa omputihnya Jude. Ok kat sini aku cuma nak cerita tentang macamana Yahudi didik anak dorang. Hey!!! Jangan amek mudah ok. Semua orang cakap Yahudi ni jahat and apa yang dorang buat semua jahat. Jangan prejudis kawan-kawan. Macamana benci pon kalian kat kaum tu korang still makan kat McD, Dunkin Donut dan lain-lain. Jadi tak mahulah cerita tentang kebencian or yang negative kat sini.

Cerita pasal kepandaian Yahudi dalam mendidik anak ni mungkin kita pernah dengar. Dan secara peribadinya, aku sangat-sangat bersetuju. Jujur aku katakan kaum Yahudi memang kaum yang sangat pandai. Cuba korang tengok keliling korang berapa percent perniagaan yang dimiliki oleh Yahudi?? Banyakkan?? Dell, Starbuck, Coca cola dan beratus ribu company yang bernaung dibawah Dewan perniagaan Yahudi di New York. Ok sila akui mereka memang bijak berniaga. Cerita pasal kepandaian dorang mendidik anak ni aku terbaca dalam sebuah artikel oleh Dr. Stephen Carr Leon
dan dialih bahasa oleh Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

First time baca terus tangkap cintan dengan apa yang ditulis oleh penulis. Korang bayangkan Yahudi mendidik anak-anaknya dari dalam perut. Macam tak logik bukan??? Tapi ini realitinya, perempuan yahudi yang pregnant akan membuat sebanyak mana soalan matematik sehinggalah dia bersalin. Wow!!! Macamlah baby dalam perut dia boleh berfikir kan?? Ok kenapa kita selalu berfikir kalau ibu yang mengandung tak boleh bunuh haiwan??? Kononnya takot anak kenan haiwan tu. Betul tak?? So betullah cara perempuan yahudi tu didik anak dia. Dia rajin settlekan soalan matematik dengan harapan anaknya juga akan rajin dan pandai matematik. So tak mustahil kan???

Pemakanan untuk ibu mengandung pon dijaga rapi Uols!!! Mereka cuma makan roti, ikan rebus yang dibuang kepala (kerana kepala ikan mengandungi kimia yang boleh buat otak kita lembab) dan salad yang digaul dengan mayonis serta kekacang. Betul-betul dia jaga makan. bagus kan???

Menurut pengalaman penulis lagi, dia pernah dijemput ke jamuan makan di rumah Yahudi. Cara mereka makan memang jauh beza dengan kita. Mereka makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan berat. Walhal kita akan makan makanan berat dahulu sebelum makan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Reason dorang adalah kerana dengan memakan makanan berat terlebih dahulu selepas itu makan buah-buahan membuat kita jadi mengantuk dan malas. Ok, kalau nak buktikan reason ini fakta atau auta. Silalah praktikkan. Kamu akan dapat merasa perbezaannya. Tapi kalau dah memang pemalas, tak makan pon ngantuk... hehehe...Ok Kidding!!! Lagi, masa kat jamuan tu ikan dan daging tidak diletakkan 1meja. Ini kerana, daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Hm... yang ni belum kaji. Tapi aku yakin dorang-dorang ni dah terlebih dahulu mengkaji.

Masih cerita dalam jamuan, dikatakan bahawa didalam jamuan rumah Yahudi ni jangan ada sesiapa yang berani menyalakan dan menghisap rokok. Kerana, jangan terperanjat jika anda yang merokok ni disuruh keluar dan hisap rokok diluar dari kawasan rumah mereka. Seperti semua sedia maklum, rokok adalah sangat bahaya untuk kesihatan. Dan kaum Yahudi percaya bahaya rokok boleh mengakibatkan kecacatan otak. Makanya, mereka akan melarang perokok-perokok mendekati keluarga mereka. Serious statement yang ni buat aku terkejut. Macamana Yahudi begitu tegas tentang bahaya rokok sedangkan pengeluar terbesar rokok adalah....hm...korang tekalah! Sedih!!!

Beralih kesekolah pula, kanak-kanak Yahudi di tadika dikawal wooo pemakanan dorang. Dorang diperbanyakkan makan kekacang dan diikuti menelan pil minyak ikan (code oil lever). Rata-rata mereka boleh bertutur dalam 3bahasa iaitu Hebrew, arab dan English. Mungkin bagi kita anak-anak berusia bawah 6tahun ni masih kecil tetapi disana seawal usia mereka telahpun diajar bermain alat-alat muzik yang dipercai boleh melatih IQ dorang. SubhanAllah!!! Telitinya mereka.

Pelajar sekolah rendah pula tak kurang hebatnya apabila dilatih dengan berbagai jenis soalan matematik yang berkonsepkan perniagaan. Mata pelajaran sains juga diberi keutamaan. Selain itu, sukan juga dititik beratkan. antaranya memanah dan menembak. Ianya boleh melatih dorang ni fokus. Yes!!! Sangat relevent, Yalah bolehkah tembakan kena pada sasarannya kalau tak fokus??? Hebatkan mereka. Aku masih teruja. Pelajar sekolah tinggi pula ditekankan subjek sains dan diajar bagaimana menghasilkan sebuah produk. Boleh kamu bayangkan bagaimana pelajar-pelajar remaja ini berfikir dan menghasilkan produk. Mesti kelakar. Tetapi dikatakan mereka sangat teliti lagi-lagi menghasilkan senjata, perubatan dan lain-lain. Amazing sey!!!

Lagi satu yang buat aku rasa tak percaya apabila dikatakan pelajar fakulti disana terlalu serious dalam bidang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, mereka diarah melakukan projek dan mempraktikkan dan hanya akan lulus apabila dapat menghasilkan keuntungan sebanyak US1juta (satu kumpulan 10orang). Korang boleh??? Tak hairanlah jika design Levi's yang terkini dihasilkan oleh Universiti Israel. Ok tolong bagitau aku siapa yang tak suka design Levi's yang cun-cun tu. Hebatkan mereka???

Kesimpulannya, kalau kita nak anak kita atau generasi kita jadi seperti Yahudi...Opss...bukan jadi seperti mereka tapi pandai seperti mereka. Kita kenalah mendidik anak kita dari dalam perut lagi. Kenalah berkorban sikit, jangan makan ikot dan saja. Memang kita tak akan dapat mendidik mereka jadi sebegitu bijak dalam masa 2 atau 3 hari jadi ambil masa dan cuba praktikkan apa kebaikan dan kehebatan kaum ini dalam mendidik dan menjadikan generasi mereka berguna dan bijak-bijak belaka. Sebab tu aku cakap jangan prejudis sangat tentang kaum ini. Yang baik, kita boleh ambil dan amalkan. Tak salah dan tak bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi kalau korang rasa korang pon nak anak yang bijak berusaha dan jangan lupa tadah tangan dan minta pada Allah S.W.T. Sekian.

<<nak bijak jugak!!!>>

Tuesday 20 September 2011

Open House 'Raya'thon

Haaa...Setelah diseru berkali-kali barulah kerajinan untuk mengupdate diary ni datang untuk menceritakan keriangan beraya selama 3hari berturut-turut. Wah!!! Dan tentulah aku makan tak ingat dunia. Sampai naik ketat baju dan seluar. Syabas kepada diri sendiri!!! Nanti kalau Andak (orang yang bertanggung jawab menjahit baju nikahku) menjerit-jerit tengok baju yang dia jahit tak muat kat badan aku. Masa tu barulah aku menggelabah tahap cipan. Ni relax lagi ni. Nantikan!!!

*****

Hari Malaysia hari tu kami sekeluarga telah dijemput ke open house oleh Aunty aku yang berada di Pontian. Makanan jangan ceritalah. Burasak, Soto, Ubi rebus eh banyak lagilah. Aku dan yang lain-lain memang tak lepaskan peluang. Mencekik!!! Lepas tu lepak-lepak di ruang tamu dengan sanak-saudara. Yelah, setahun sekali baru berjumpa. Al-maklumlah masing-masing busy.

Ni diantara gambar-gambar yang sempat diambil di rumah Aunty ku...


Uish!!! Berminyaknya mukaku, boleh goreng telur. Nasib dah di cop oleh Incik Kudut. Tak yah susah-susah mencari. hehehe...





Makan-makan sambil borak-borak dan gossip-gossip. ;)




Antara tetamu yang datang.



Sempat lagi aku bersayang-sayang dengan emak. Emak, I love U!!!

*****

Hari sabtu, pagi-pagi lepas sarapan terus pergi memindahkan barang-barang. Wah!!! Tak sabar rasa nak duduk kat situ. Oh...November!!! Lepas berpindah-randah dan berpunggah-punggah barang. Balik terus mandi-mandi, siap-siap nak pergi open house rumah member TCSJB. Wahid. Eh... Lupalah, sepatutnya aku pergi ke majlis pertunangan Zira tapi oleh kerana proses berpindah-randah rumah tu habis lepas asar, makanya tak sempatlah aku pergi. Tak apalah nanti majlis besar dia, insyaAllah aku akan pergi.


Ni gambar yang dicuri dari FB Darl's Duan. Maap...maap...maap... Anyway, Congratz Zira!!! Hope kekal sampai akhir hayat.. amin... apa macam nervous tak beb?hehehe...

Haa...yang ni pon aku curi dari Darl's Duan... Korang layan je la.... hehehe...





Gambar ni yang paling aku tak faham, kenapa muka aku macam tertelan biji durian. Olin??huhuhu

Ni lah Wahid, insan yang bertanggungjawab meng'open'kan 'house'nya. Dah beranak seorang. Tapi still maintain cun. Auuuww....Apa rahsia kau nok??hehehe....

*****

Hari Ahad, merupakan hari cuti yang terakhir kerana keesokkan harinya aku TERpaksa bekerja. Wah...Nampak kan ketidak ikhlasan disitu?? hehehe.... Hari last ni aku dan keluarga berjalan jauh sikit. Tapi jauh SIKIT sajalah. Kami pergi ke rumah Abg Ngah di Kluang...


Dimulakan dengan gambar kakak iparku yang baik hati masak-masak untuk kami mencekik...tQ kak ngah!!!










Ok dan akhirnya aku dah kena bekerja. Penat sangat!!! Tapi happy... Semoga keluarga kami akan terus Happy, happy dan happy. Sampai bila-bila. Jauhkan perpecahan antara kami adik beradik. Aku sayang kakak-kakak dan abang-abang ku. Semoga mereka juga sayang aku!hehehe....

<<Peace>>








Zaman dulu pon ade FB ?? Hahaha~~

Entry kali ni saja nak share gelak dengan korang semua. Aku terjumpa benda alah ni kat PC office aku... Boring gelak sorang-sorang... So korang layan je la.... hehehe




<< (^,^)>>

Monday 19 September 2011

Home Sweet Home.

Hamboi!!! Cuti dari jumaat sampai ahad membuatkan badan sengal-sengal. Kadang-kadang hairan juga. Orang lain cuti dapat duduk rumah. Tapi aku langsung tak lekat kat rumah. Dah tu makan pon main hentam saja. Jangan tanya pasal diet sebab semua diet aku sepanjang 3 hari ranap!!!musnah!!!Hancur!!! Kalaulah boleh diputar semula, aku nak makan berpada-pada saja. Cewah!!! Sepanjang 3hari lepas. Makanan laut, darat, lembu, kambing, udang, sotong, ayam dan macam-macam lagi la. Semua aku bedal tanpa belas kasihan.hehehehe... Dan hasilnya kulit aku naik macam ruam. Oh bahagianya!!!

Banyak gambar-gambar dah diambil tapi serious aku malas nak upload lagi. malas-semalas-malasnya!! Tapi Happy sebab sepanjang 3hari ni aku menghabiskan masa dengan family dan Incik Kudut. Oh sungguh selesa! Dan kami juga dah dapat menyewa sebuah rumah. Sangat bertepatan dengan kehendak kami. Rumah yang mempunyai 3bilik, 2bilik air (itu pon nak cerita ke?hehe) dan yang paling penting ada halaman sebab corner lot. Boleh masuk 3biji kereta. Konon-konon cam dapat kahwin Dato' pula.hehehe... Ok sila kembali ke alam realiti, Ita!!!

Bila kata saja dapat sewa rumah tu. (Sewa je ok, belum mampu nak beli...hehehe) Aku terus listkan apa haiwan yang akan aku bela. kucing dah confirmlah. Kalau boleh semua yang boleh aku bela, aku akan bela. Thanks Incik Kudut yang memberi kebenaran bela semua-semua yang dalam list tu walaupun bersyarat. Syaratnya aku kena jaga betul-betul. Ok aku tengah tersenyum lebar sekarang. Gembira yang tak terhingga dapat seorang yang sangat memahami. Thanks Hadhrami Farhan Rahmat.


Satu saja gambar yang ada ni. Ini pun cukup melambangkan bahawasanya weekend ni weekend yang menggemukkan badan aku!Belum ada kesempatan nak timbang. Tapi dari pengamatan aku (cewah) aku naik beberapa kilo. Wooooo.....Sedarlah Ita oooi!!! Majlis besar tak lama lagi...haish!!!

Thursday 15 September 2011

I'm proud to be a Malaysian.

Esok 16 September, Hari Malaysia. Happy Burfday Malaysia!!! Apa yang best?? Cuti...Yeaaaah! Seronok sangat-sangat. Dah terbayang jadual ku untuk esok. Open house. Makan, makan, makan dan terus makan. Yippieee~~

Oh ye. Actually bukan itu yang paling best. Yang paling best kita dapat hidup aman dan damai di negara kita yang tercinta. Malaysia negara yang berdaulat. Bersyukurlah ye semua. Jangan saling tuding-menuding dan salah-menyalahkan antara 1 sama lain. Peace!!!



 <made from Malaysia>

Hari menghargai wanita...

Pagi-pagi tadi masa on the way pergi kerja, aku buka radio Era. Wah!!! Topik untuk hari ini sangat menyentuh kalbu ku. Cewah!! Hehehe.... Topik tentang wanita. Laaa...bukan best pon! Tak best korang kata?? Meh aku sekeh kepala korang sekali pakej ngan selawat kat telinga!!! Mengalir kot air mata aku bila dengar cerita pendengar-pendengar Era lain yang call share cerita. Macam-macam. Mostly lelaki yang call. Cerita pasal macamana susahnya wife mereka menyabung nyawa bagi melahirkan anak-anak mereka.

Ada sorang guy ni call. Dia cerita tentang macamana wife dia sanggup hidup susah dengan dia. Sebulan lepas dorang married, dia kena terminated. Tak bekerja. Wife dia yang bermati-matian kerja untuk cari nafkah. lepas tu, masak pun pakai dapur kayu je. Boleh korang bayangkan betapa tabahnya seorang wanita yang bergelar isteri?? Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku jua seperti wanita itu. Sebenarnya itulah dugaan dari-Nya, setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmahnya. Mereka kini hidup selesa dan bahagia bersama. Alhamdulillah!!!

Tiba-tiba teringat emak. Macamanalah time lahirkan aku kan? Sebak saja dada aku. terus menitis satu persatu air dari mata ku ini. Emak tak pernah mengeluh macamana susah pun dia melahirkan aku dan adik beradik yang lain. Aku sayang emak!!! Macamanalah hidup aku tanpa insan yang banyak berkorban demi anak-anak yang dikasihi. Kenapalah aku nakal sangat dulu. Maafkan kita mak kerana banyak menyusahkan hidup mak. I love U!!

Ni lah emak aku. Sama comel macam aku kan? Oh...Tak usah di puji, aku tau! hehehe... Kelebihan emak aku adalah akan sentiasa tersenyum walaupun dalam masalah yang besar. Contoh yang sangat baik. Thanks mak sebab lahirkan kita. Muahh~

Haaaa...kenalkan. Ini bakal menjadi mak aku juga. Thanks mak sebab lahirkan dan besarkan Hadhrami Farhan yang hensem, kalau tak mesti kita tak jumpa dengan jejaka sekacak dan sebaik itu...hahaha..Over!!!

Haish...bila tengok emak-emak aku kat atas ni, tiba-tiba dap dup dap dup hati ni. lagi lebih kurang 2bulan je lagi. kena belajar masak yang paling penting. Yalah, orang tua-tua kata kalau nak memikat suami, pikat selera makan dia. Betul tak betul Wallahualam. Korang boleh tanya orang-orang tua, bukan pada aku. sebab I masih muda lagi Uols!!! Wah...secara tak sengaja aku juga telah belajar untuk menjadi wanita dan isteri yang solehah.Ayat sedikit poyo. hehehe.... Apa-apa pun semoga aku dan korang-korang akan menjadi wanita yang solehah satu hari nanti. InsyaAllah. Amin....
 

Wednesday 14 September 2011

Rumah Mami menjadi sasaran...

Raya masih berbaki setengah bulan lagi. Dah kata pon syawal sebulan, makanya aku dan kawan-kawan masih lagi dalam mood raya lah. Kami bukan main lagi sibuk mencari open house diserata pelusuk. Tak kiralah hari kerja mahupun hari cuti, sapu habis!!!

Ni yang nak cerita ni, malam sabtu yang lalu aku serta kawan-kawan dok serbu rumah Mami Airyssa. Ceritalah sikit pasal Mami ni. Dapat gelaran mami ni bukan sebab dia kepoh dan sibuk dok canang kisah rumahtangga orang. Sebenarnya dia merupakan ibu kepada Ica yang sangat-sangat comel. Oleh kerana Ica panggil dia mami, lalu kami yang sama-sama baya ni mulalah perasan muda dan panggil dia mami. Lekat terus!!hehehe... Dia ni Officemate kepada BFF aku si Mira tu. Selalu dok ber'comment-comment' kat muka buku je dengan dia. Malam sabtu tu first time aku jumpa dia. Cantek! Ok itu satu dari word yang bermain dalam kepala otak aku bila nampak dia first time. Dia tak make up tau, tu pun dah cantik. Beruntung laki dia. Dan buat pengetahuan semua, sampai sekarang aku tak tahu full name dia. Haish!!!

Actually, sabtu hari tu aku pergi beraya ke rumah Pak Ngah ku. So balik tu dah malam. Dalam pukul10 baru sampai rumah mami. Dia sambut kami dengan senyuman. Suka tengok dia senyum. Wah...'Over'nya aku! Bila masuk je rumah dia lagi sekali terkedu. Waaa..simple but nice!! Theme dia merah, putih dan hitam. sangat gothic.hehehe... Kami pon apa lagi. Berpossing lah. Klik!klik!klik!


Eh lupa nak kasitau. Aku pergi menyerang rumah Mami bersama-sama Incik Kudut, Mira, Hairi, Adik Hari dan 'Boyfriend'nya. Yang pkai baju kebaya hitam tu adik Hairi. Tapi lupalah namanya, minta maaflah mungkin kerana aku gemar sangat makan kuih sarang semut. Tu yang lupa tu..hehehe.. Yang kecik dan comel pula anak Mira, Princess Mia. Sangat comel!!!

Toleh kanan toleh kiri Incik Kudut aku sudah pun berada di meja makan. Amboi!!! Kami pun apa lagi serangggggggg... Wah sekali lagi aku teruja. Sup Gearbox!!! mbek...mbek...mbek... patutlah Incik Kudut dah terpacak kat meja makan. yummi...Aku pula tak boleh makan banyak kambing, nanti pening kepala. Ops...darah tinggi ke erk??Ok, nanti pergi check!



 " Tambah lagi, tambah lagi!!" kata mami kepada semua. Tengok atas meja tu full!!! Macam-macam ada. Best betul, rasa nak pergi lagi.hehehe...
Hai...sampai tertidur mami tunggu kami makan. Haaa...lupa nak kenalkan. Tu la Ica. Cute sangat-sangat. Bila tengok Ica ngan Mia aku rasa macam tak sabar nak kahwin...eee,,sangat gewdik!!!hahahaha....
 
Makan! Makan! Makan! Makan dan terus makan!!!Yummi....

Masa ni, Incik Kudut terlalu fokus. Senyap dan sunyi saja. So aku biarkan saja dia menyental dengan penuh kusyuk dan tawaduk.
Dan inilah hasilnya. Taraaaaa...4ketul dia habiskan. sampai tersandar. Amboi!!!Mentang-mentang favourite dia. Licin dia makan. suka tengok! Hai Incik Kudut, awak ni makan banyak tapi tetap maintain slim. Apa rahsianya??hehehe...



 And lastly, seperti biasa possing sebelum balik. Thanks to Mami Airyssa sebab invite kami ke open house yang best ni. Enviroment cantik serta makanan yang sedap. Sangat-sangat teruja. Ops.. sebelum lupa, layanan juga sangat-sangat baik.Ibu Mami Airyssa juga sangat sporting, Thanks Auntie. Thanks juga kepada Mira sebab calling-calling kami.

P/s : Tahun ni asyik bercerita kisah open house dirumah orang, rumah sendiri tunggu tahun depan ye. Budget kena tumpu untuk November ni lah. So faham-faham sajalah. Ok next!!! Siapa lagi yang nak membuka rumahnya untuk kami serang???(^,~)