<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Friday 2 September 2011

Raya! Bebas! Beraya with anak Pak Abas!

Wah...Dah 4 hari sey kita masuk kebulan kesyukuran iaitu bulan Syawal. Aku nak wish jugalah Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Batin???Apakah yang dimaksudkan dengan 'batin'?? Husband & Wife saja kah yang boleh mintak maaf 'batin' ni?? hehehe..amek kau soalan!Batin tu dalaman la weh...Bukannya 'dalaman' yang itu saja. Hati pon kategori dalaman juga kan. So, semua orang pon boleh cakap maaf zahir dan batin ni... Mana tahu sepanjang korang hidup ramai yang sakit hati ngan perangai korang yang baik sikit dari anak jin tu...hehehe...Jadinya, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin semua!!!

Tahun 2011 ni special sikit tau. Sebab kita beraya dengan KEBEBASAN... La selama ini tak bebas kah?? Bukanlah, date untuk raya tahun ni special sebab bertindih dengan Hari Kemerdekaan Malaysia...Waaa...cuti pon dapatlah drag 1hari. 1 hari saja?? Hey!!bagi orang yang tak dapat cuti raya panjang macam aku ni, sangat-sangat menghargai OKK!!

Bila bercerita bab-bab  kemerdekaan Malaysia ni, sedih la pula... Aku bukanlah seorang yang handal memperjuangkan hak-hak rakyat seperti tokoh-tokoh melayu dahulukala. Aku juga bukanlah serikandi melayu yang berani menghunus senjata di medan perang untuk mempertahankan haknya. Aku hanya rakyat biasa yang mahukan kebebasan yang hakiki *cewah*. Buat pengetahuan semua, aku juga bukanlah seorang pemangkah tegar untuk dacing, roket, bulan hijau putih dan lain-lain. Duniaku jauh dari politik yang dikatakan kotor. Aku cuma nak semua berbincang dan berdamai. Itu sahaja!Ok enough... Kang kena tangkap plak kalau cerita pasal politik banyak-banyak sangat. hehehe...

Hari Merdeka yang lepas hari kelahiran seorang dari BFF aku. Ok nak cerita pasal BFF aku yang satu ni la. Dia sangat-sangat sporting, sangat-sangat best, sangat-sangat happy go lucky dan paling penting maintain cute walaupon anak dah nak masuk dua...Kelas kau maria!hehehe...



Ok sila abaikan perempuan yang make up tebal 5 inci tu just fokus pada perempuan cute berbaju kurung biru tu. Haaa...Cute kan?I already told U la. anak dah nak masuk 2 ok. Steady sungguh! Petua please...

Oh masih tak percaya kan? cuba layan gambar-ganbar ni.






Dia memang maintain comel! Aku benci dia! hehehe...Over tau.. Aku pon tak pasti kenapa entry kali ini aku cerita pasal minah ni. Dia memang comel so puji la...bukan bodek okk!! Bodek sikit saja. So last shoot... Gambar dia dengan family dia.sweet!!



Haish...bilalah aku nak ada family sendiri macam dia...


Incik Tunang, kahwin jom!hehehe~;P



Bila la agaknya kitorang nak berkeluarga macam BFF aku tu haaa...ni yang dua-dua dok merenung tasik sambil memikirkan tema dan persoalannya ni. ahahahai~

Ok enough merapu for this entry... Next time boleh merapu lagi... Kerana merapu adalah seni...Seni mempetahankan diri... Ohohohohoi!!! Merapu lagi!! Ok la...peace!(^,^) Merdeka! Merdeka! Merdeka!



No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)