<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 15 September 2011

Hari menghargai wanita...

Pagi-pagi tadi masa on the way pergi kerja, aku buka radio Era. Wah!!! Topik untuk hari ini sangat menyentuh kalbu ku. Cewah!! Hehehe.... Topik tentang wanita. Laaa...bukan best pon! Tak best korang kata?? Meh aku sekeh kepala korang sekali pakej ngan selawat kat telinga!!! Mengalir kot air mata aku bila dengar cerita pendengar-pendengar Era lain yang call share cerita. Macam-macam. Mostly lelaki yang call. Cerita pasal macamana susahnya wife mereka menyabung nyawa bagi melahirkan anak-anak mereka.

Ada sorang guy ni call. Dia cerita tentang macamana wife dia sanggup hidup susah dengan dia. Sebulan lepas dorang married, dia kena terminated. Tak bekerja. Wife dia yang bermati-matian kerja untuk cari nafkah. lepas tu, masak pun pakai dapur kayu je. Boleh korang bayangkan betapa tabahnya seorang wanita yang bergelar isteri?? Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku jua seperti wanita itu. Sebenarnya itulah dugaan dari-Nya, setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmahnya. Mereka kini hidup selesa dan bahagia bersama. Alhamdulillah!!!

Tiba-tiba teringat emak. Macamanalah time lahirkan aku kan? Sebak saja dada aku. terus menitis satu persatu air dari mata ku ini. Emak tak pernah mengeluh macamana susah pun dia melahirkan aku dan adik beradik yang lain. Aku sayang emak!!! Macamanalah hidup aku tanpa insan yang banyak berkorban demi anak-anak yang dikasihi. Kenapalah aku nakal sangat dulu. Maafkan kita mak kerana banyak menyusahkan hidup mak. I love U!!

Ni lah emak aku. Sama comel macam aku kan? Oh...Tak usah di puji, aku tau! hehehe... Kelebihan emak aku adalah akan sentiasa tersenyum walaupun dalam masalah yang besar. Contoh yang sangat baik. Thanks mak sebab lahirkan kita. Muahh~

Haaaa...kenalkan. Ini bakal menjadi mak aku juga. Thanks mak sebab lahirkan dan besarkan Hadhrami Farhan yang hensem, kalau tak mesti kita tak jumpa dengan jejaka sekacak dan sebaik itu...hahaha..Over!!!

Haish...bila tengok emak-emak aku kat atas ni, tiba-tiba dap dup dap dup hati ni. lagi lebih kurang 2bulan je lagi. kena belajar masak yang paling penting. Yalah, orang tua-tua kata kalau nak memikat suami, pikat selera makan dia. Betul tak betul Wallahualam. Korang boleh tanya orang-orang tua, bukan pada aku. sebab I masih muda lagi Uols!!! Wah...secara tak sengaja aku juga telah belajar untuk menjadi wanita dan isteri yang solehah.Ayat sedikit poyo. hehehe.... Apa-apa pun semoga aku dan korang-korang akan menjadi wanita yang solehah satu hari nanti. InsyaAllah. Amin....
 

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)