<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 19 September 2011

Home Sweet Home.

Hamboi!!! Cuti dari jumaat sampai ahad membuatkan badan sengal-sengal. Kadang-kadang hairan juga. Orang lain cuti dapat duduk rumah. Tapi aku langsung tak lekat kat rumah. Dah tu makan pon main hentam saja. Jangan tanya pasal diet sebab semua diet aku sepanjang 3 hari ranap!!!musnah!!!Hancur!!! Kalaulah boleh diputar semula, aku nak makan berpada-pada saja. Cewah!!! Sepanjang 3hari lepas. Makanan laut, darat, lembu, kambing, udang, sotong, ayam dan macam-macam lagi la. Semua aku bedal tanpa belas kasihan.hehehehe... Dan hasilnya kulit aku naik macam ruam. Oh bahagianya!!!

Banyak gambar-gambar dah diambil tapi serious aku malas nak upload lagi. malas-semalas-malasnya!! Tapi Happy sebab sepanjang 3hari ni aku menghabiskan masa dengan family dan Incik Kudut. Oh sungguh selesa! Dan kami juga dah dapat menyewa sebuah rumah. Sangat bertepatan dengan kehendak kami. Rumah yang mempunyai 3bilik, 2bilik air (itu pon nak cerita ke?hehe) dan yang paling penting ada halaman sebab corner lot. Boleh masuk 3biji kereta. Konon-konon cam dapat kahwin Dato' pula.hehehe... Ok sila kembali ke alam realiti, Ita!!!

Bila kata saja dapat sewa rumah tu. (Sewa je ok, belum mampu nak beli...hehehe) Aku terus listkan apa haiwan yang akan aku bela. kucing dah confirmlah. Kalau boleh semua yang boleh aku bela, aku akan bela. Thanks Incik Kudut yang memberi kebenaran bela semua-semua yang dalam list tu walaupun bersyarat. Syaratnya aku kena jaga betul-betul. Ok aku tengah tersenyum lebar sekarang. Gembira yang tak terhingga dapat seorang yang sangat memahami. Thanks Hadhrami Farhan Rahmat.


Satu saja gambar yang ada ni. Ini pun cukup melambangkan bahawasanya weekend ni weekend yang menggemukkan badan aku!Belum ada kesempatan nak timbang. Tapi dari pengamatan aku (cewah) aku naik beberapa kilo. Wooooo.....Sedarlah Ita oooi!!! Majlis besar tak lama lagi...haish!!!

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)