<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Wednesday 21 September 2011

Nak ikot cara YAHUDI???

Wah tajuk kontroversi nok!!! Dah 2 3 hari nak tulis entry about kaum yang digelar Yahudi atau dalam bahasa omputihnya Jude. Ok kat sini aku cuma nak cerita tentang macamana Yahudi didik anak dorang. Hey!!! Jangan amek mudah ok. Semua orang cakap Yahudi ni jahat and apa yang dorang buat semua jahat. Jangan prejudis kawan-kawan. Macamana benci pon kalian kat kaum tu korang still makan kat McD, Dunkin Donut dan lain-lain. Jadi tak mahulah cerita tentang kebencian or yang negative kat sini.

Cerita pasal kepandaian Yahudi dalam mendidik anak ni mungkin kita pernah dengar. Dan secara peribadinya, aku sangat-sangat bersetuju. Jujur aku katakan kaum Yahudi memang kaum yang sangat pandai. Cuba korang tengok keliling korang berapa percent perniagaan yang dimiliki oleh Yahudi?? Banyakkan?? Dell, Starbuck, Coca cola dan beratus ribu company yang bernaung dibawah Dewan perniagaan Yahudi di New York. Ok sila akui mereka memang bijak berniaga. Cerita pasal kepandaian dorang mendidik anak ni aku terbaca dalam sebuah artikel oleh Dr. Stephen Carr Leon
dan dialih bahasa oleh Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

First time baca terus tangkap cintan dengan apa yang ditulis oleh penulis. Korang bayangkan Yahudi mendidik anak-anaknya dari dalam perut. Macam tak logik bukan??? Tapi ini realitinya, perempuan yahudi yang pregnant akan membuat sebanyak mana soalan matematik sehinggalah dia bersalin. Wow!!! Macamlah baby dalam perut dia boleh berfikir kan?? Ok kenapa kita selalu berfikir kalau ibu yang mengandung tak boleh bunuh haiwan??? Kononnya takot anak kenan haiwan tu. Betul tak?? So betullah cara perempuan yahudi tu didik anak dia. Dia rajin settlekan soalan matematik dengan harapan anaknya juga akan rajin dan pandai matematik. So tak mustahil kan???

Pemakanan untuk ibu mengandung pon dijaga rapi Uols!!! Mereka cuma makan roti, ikan rebus yang dibuang kepala (kerana kepala ikan mengandungi kimia yang boleh buat otak kita lembab) dan salad yang digaul dengan mayonis serta kekacang. Betul-betul dia jaga makan. bagus kan???

Menurut pengalaman penulis lagi, dia pernah dijemput ke jamuan makan di rumah Yahudi. Cara mereka makan memang jauh beza dengan kita. Mereka makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan berat. Walhal kita akan makan makanan berat dahulu sebelum makan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Reason dorang adalah kerana dengan memakan makanan berat terlebih dahulu selepas itu makan buah-buahan membuat kita jadi mengantuk dan malas. Ok, kalau nak buktikan reason ini fakta atau auta. Silalah praktikkan. Kamu akan dapat merasa perbezaannya. Tapi kalau dah memang pemalas, tak makan pon ngantuk... hehehe...Ok Kidding!!! Lagi, masa kat jamuan tu ikan dan daging tidak diletakkan 1meja. Ini kerana, daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Hm... yang ni belum kaji. Tapi aku yakin dorang-dorang ni dah terlebih dahulu mengkaji.

Masih cerita dalam jamuan, dikatakan bahawa didalam jamuan rumah Yahudi ni jangan ada sesiapa yang berani menyalakan dan menghisap rokok. Kerana, jangan terperanjat jika anda yang merokok ni disuruh keluar dan hisap rokok diluar dari kawasan rumah mereka. Seperti semua sedia maklum, rokok adalah sangat bahaya untuk kesihatan. Dan kaum Yahudi percaya bahaya rokok boleh mengakibatkan kecacatan otak. Makanya, mereka akan melarang perokok-perokok mendekati keluarga mereka. Serious statement yang ni buat aku terkejut. Macamana Yahudi begitu tegas tentang bahaya rokok sedangkan pengeluar terbesar rokok adalah....hm...korang tekalah! Sedih!!!

Beralih kesekolah pula, kanak-kanak Yahudi di tadika dikawal wooo pemakanan dorang. Dorang diperbanyakkan makan kekacang dan diikuti menelan pil minyak ikan (code oil lever). Rata-rata mereka boleh bertutur dalam 3bahasa iaitu Hebrew, arab dan English. Mungkin bagi kita anak-anak berusia bawah 6tahun ni masih kecil tetapi disana seawal usia mereka telahpun diajar bermain alat-alat muzik yang dipercai boleh melatih IQ dorang. SubhanAllah!!! Telitinya mereka.

Pelajar sekolah rendah pula tak kurang hebatnya apabila dilatih dengan berbagai jenis soalan matematik yang berkonsepkan perniagaan. Mata pelajaran sains juga diberi keutamaan. Selain itu, sukan juga dititik beratkan. antaranya memanah dan menembak. Ianya boleh melatih dorang ni fokus. Yes!!! Sangat relevent, Yalah bolehkah tembakan kena pada sasarannya kalau tak fokus??? Hebatkan mereka. Aku masih teruja. Pelajar sekolah tinggi pula ditekankan subjek sains dan diajar bagaimana menghasilkan sebuah produk. Boleh kamu bayangkan bagaimana pelajar-pelajar remaja ini berfikir dan menghasilkan produk. Mesti kelakar. Tetapi dikatakan mereka sangat teliti lagi-lagi menghasilkan senjata, perubatan dan lain-lain. Amazing sey!!!

Lagi satu yang buat aku rasa tak percaya apabila dikatakan pelajar fakulti disana terlalu serious dalam bidang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, mereka diarah melakukan projek dan mempraktikkan dan hanya akan lulus apabila dapat menghasilkan keuntungan sebanyak US1juta (satu kumpulan 10orang). Korang boleh??? Tak hairanlah jika design Levi's yang terkini dihasilkan oleh Universiti Israel. Ok tolong bagitau aku siapa yang tak suka design Levi's yang cun-cun tu. Hebatkan mereka???

Kesimpulannya, kalau kita nak anak kita atau generasi kita jadi seperti Yahudi...Opss...bukan jadi seperti mereka tapi pandai seperti mereka. Kita kenalah mendidik anak kita dari dalam perut lagi. Kenalah berkorban sikit, jangan makan ikot dan saja. Memang kita tak akan dapat mendidik mereka jadi sebegitu bijak dalam masa 2 atau 3 hari jadi ambil masa dan cuba praktikkan apa kebaikan dan kehebatan kaum ini dalam mendidik dan menjadikan generasi mereka berguna dan bijak-bijak belaka. Sebab tu aku cakap jangan prejudis sangat tentang kaum ini. Yang baik, kita boleh ambil dan amalkan. Tak salah dan tak bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi kalau korang rasa korang pon nak anak yang bijak berusaha dan jangan lupa tadah tangan dan minta pada Allah S.W.T. Sekian.

<<nak bijak jugak!!!>>

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)