<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 30 April 2012

Pergi buat selamanya.

Assalamualaikum...

Hari ni hari yang suram dan sugul. Tak tahu dari mana nak aku mulakan cerita. Cerita panjang-panjang pon ending tetap akan mengalirkan air mata. Cuma ingin berkongsi rasa dengan semua. Anak meow yang disayangi seekor telah pergi menghadap penciptanya sabtu lepas di Klinik Haiwan Tiram akibat kidney problem.

*gambar kenangan Oyeen & Kontot*

Aku tak tau dari mana puncanya, cuma yang pasti Tuhan lebih sayangkannya. Sabtu lepas aku hantar Kontot ke klinik kerana demam panas yang mendadak. Buat dia lemah dan tak bermaya. Tapi dalam keadaan itu, dia masih berupaya untuk menghabiskan wet food yang aku hidangkan untuknya. Hurmmmm...biarlah gambar menceritakan segala-galanya.Terus-terang aku tak mampu untuk meneruskan cerita.



Yang pasti Kontot my sweet nakal princess dah pergi buat selama-lamanya. Maha suci Allah!!! Terasa berat didada. Air mata meluncur laju. ;'(


*Semoga damai dan tenang anak ibu disana. The most important yang Kontot kena tau. Abah dan Ibu sayangkan Kontot.*

Thursday 19 April 2012

Kisah Si kecil

Hai!!! Assalamualaikum dan salam 1malaysia....(^,^)

Tengah rajin menulis dan berceloteh  ni. Sungguh!!! So hari ni nak cerita pasal seekor budak yang kira penghuni baru la dalam rumah kami (Aku dan Incik Hubby). Taraaaaaaa....


Nama sikecik ni Yaya. Tapi sebab dia yang paling kecil dan termuda diantara mereka so kami panggil dia Deqya. Masa 1st time bawa dia pulang ke rumah. Mak aih!!! Garang bukan main dasyat. Tak boleh nak sentuh langsung. Walaupun kecil, suara dia boleh buat anjing lari lintang pukang. 

Deqya ni kami jumpa dalam longkang depan office aku. Hubby yang jumpa dan dia juga yang decide nak bawa balik. Bukan apa, masa tu kesian sangat. Dah la kecil, seekor-seekor plak tu duduk dalam longkang tengah-tengah hujan. Kalau dibiarkan takut mati.Aku pun apa lagi. Terus setuju!!! Suka! Dah lama tak ada budak kecil kat rumah tu. Sebab yang lain semua dah besar. Tapi macamana pun mereka-mereka tu tetap menjadi POJAAN HATIKU! hahaha...

Baru-baru ni Deqya diserang sakit mata. Oh... sangat risau!!! Makanya kami pun membawa Deqya berjumpa Dr Marlia di Klinik Haiwan Tiram. Deqya kena inject dan makan ubat.


Haaaaa..hambek!!! Ubat dia ada beberapa jenis. Minum dan tak lupa juga yang telan. Berpeluh jugalah nak bagi Deqya makan ubat. Aku punya tangan yang lembut dan halus ni habis bercalar-balar *muntah sekarang* 


Tengok!!! Ubat yang klinik bagi untuk ibu-to-be macam aku ni lagi sikit dari ubat Deqya. Jeles tau!!! hehehe... Apa-apa pun alhamdulillah. Sekarang Deqya dah beransur sihat dan semakin lincah serta manja. Semoga semua anak-anak meow ku juga akan sihat walafiat dan dipanjang umur. amin...


:: sweetkan Blacky dengan Deqya tidur peluk-peluk. Alahai!!! Anak-anak ibu ::

Thanks Prodiet!

Hai..hai..hai... Assalamualaikum dan salam 1malaysia... (^,~)



Hari ni hari yang ceria. Happy sangat-sangat-sangat. Tengok tu, sampai keluar rainbow. Oh...Rainbow in my heart. Hahaha... Nak story pasal semalam yang indah. Ehem...ehem...ehem... Segala yang indah bermula bila aku balik dari lunch. Tiba-tiba aku terlihat sebuah bungkusan diatas meja ku. Uit!!! Terus buat muka berkerut-merut sebab rasa macam tak ada order apa-apa pun dalam masa terdekat ni.


Belek sana, belek sini still tak ingat. Hey!!! Tolong la ingat!!! Ke sejak dah preggy ni memang jadi pelupa tahap gaban. So aku pon decide nak abaikan saja. Bila call Incik Hubby tanya dia, dia pun tak tau.

Dipendekkan cerita, sampai rumah aku terus buka dengan rakusnya. Hiyah... hiyah... hiyah... Sekali saja... Taraaaaaaaaa...


Terus rasa nak lompat-lompat. Yeahhhh!!! Dah ingat. Segalanya bermula disini...


Tak silap aku akhir bulan february yang lepas aku ada menang Lucky Draw yang dianjurkan oleh Prodiet. Serious aku dah lupa. Sebab masa tu dia suruh collect hadiahnya kat Cat Show yang diorang buat di Shah Alam. Memanglah aku tak pergi kan?kan?kan? Sangat dekat HOKEYYY!!! Dan yang paling tak sangka mereka telah meng'pos' hadiahnya. Alhamdulillah... Thanks Prodiet!!!

Ada 7 wet food yang berlainan jenis.

500g - Ocean Fish

1.5kg - Mackerel

Oh..sangat seronok. Actually, anak-anak meow tak pernah lagi try mamam brand ni. Sebelum ni pun Science Plan. Kalau tengah sangkak tak ada sen pon belikan brand Tesco or Vetmaster. Tapi Vetmaster memang anak-anak meow tak minat. Mamam sikit-sikit saja. So lepas ni boleh la try belikan Prodiet plak.

Prodiet ni bagus tau. Jom aku cerita pasal apa yang terkandung dalam Prodiet ni. Kalau salah tolong betulkan ye??? Almaklumlah tak pakar. (^,~)

1. Omega 3 & Omega 6 :
   - Untuk menjaga bulu simanja agar sihat dan bersinar.
2. Yucca Schidigera :
   - Reduce Odour. So kalau erk erk tu tak lah bau boleh pengsan kita semua. Hehehe...
3. Vitamin & Mineral :
   - Untuk sistem badan.
4. Taurine :
   - Untuk penglihatan dan kepekaan.
5. Hairball control :
   - Serat semulajadi boleh membantu penghadaman simanja.
6. Tartar control :
   - Untuk gigi yang sihat. Hey!!! Simanja pon kena jaga gigi tau! Kang rongak payah pula.
7. Oligosaccharide :
   - Sistem pencernaan.
8. Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD) :
   - Menjaga saluran kencing simanja dari pelbagai risiko jangkitan.

Haaaaaaaaaaaa...Pandai tak aku??? Pandai kan?kan?kan? Hahaha... Pandai-pandai ke memandai?? Actually, aku baca dari sini...


Macam-macam info ada disini. Nak lagi banyak info boleh la melawat SINI or SINI. banyak info yang korang akan dapat untuk kesihatan simanja. Selamat melawat.(^,~)

Tengah sibuk membelek. Toleh ke kanan, tiba-tiba nak jerit...DEQYAAAA!!! BLACKY!!!




:: Rezeki anak-anak namanye ni. ;) ::

Wednesday 18 April 2012

Rindu semua...(^,^)

Wah Rindunyaaaaa nak berblog seperti dulu. Rindu nak berceloteh panjang-panjang. Merapu lebih-lebih. Kepoh banyak-banyak. Rindu semua tu. Sejak menjadi isteri dan ibu-to-be serta menjaga 11ekor anak meow-meow. Aku jadi tak menang tangan. Mana taknya, dengan kerja yang melambak kat office. Haish!!! Tak boleh merungut! Tapi ternyata perkahwinan membuatkan hidup aku lebih-lebih-lebih bahagia dari dulu. Disamping Incik Hubby yang sangat-sangat memahami dan seorang pendengar yang baik setiap keluhan dan kepenatan ku adukan kepadanya. Sangat seronok!!!

Sekarang hidup aku biasa-biasa saja. Dengan ubat yang berlambak dalam handbag, dengan vitamin yang banyak dalam laci dapur, dan yang paling latest...


Taraaaaaaaaaa.... Kiriman dari abah dan mak mertuaku yang jauh dimata dekat dihati... Berisi spirulina untuk aku dan gamat emas untuk Incik Hubby yang makin kuruih! Mana tak kurus kalau aku tak selera nak makan dia pun tak mau makan. Aku makan sikit, dia pun tak mau makan banyak. Haiyo!!! Dan yang paling best tentang kiriman dari abah dan mak mertuaku kat atas ni baju pregnant. Wah!!! Bila pakai aku rasa macam tak percaya aku telah pun berbadan dua. Alhamdulillah!!! Moga-moga Allah permudahkan segala-galanya. amin...

:: semalam tengok cerita marhabbah terus rindu kat mak-mak dan abah-abah ku...nanges terok!!! ::