<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting
Showing posts with label ::Kisah sahabat::. Show all posts
Showing posts with label ::Kisah sahabat::. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

Serbu rumah Mama, Tapi Ain dan Done jadi tukang masak???

Assalamualaikum semua... Sihat tak semua??? Aku confirm ramai yang semakin SIHAT dimusim-musim raya ni. Mana tak nya, kiri kanan depan belakang open house. Aku tak terkecuali. Makan, makan, makan, makan dan terus melantak. Haish!!! Dah hujung-hujung ni makin menjadi-jadi. Berat badan ni tak tengok lagi berapa. Nanti bila dah naik mendadak mulalah nak melalak. Ita...ita...ita... HEP!!!

Cuba korang tengok kat atas. Dah 36weeks genap hari ni hokeyyyy... 36weeks = 9bulan. Wah macam tak percaya usia Baby Que dalam perut ibu dah 9bulan. Dah cukup bulan dah. So Aku pun sedang meng'get ready'kan diri untuk mem'push'kan. PUSH...PUSH...PUSH... Eeeee...nervousnya!!!

Mak mertua aku pun dah kerap call tanya " Ita ok tak???" Oh..oh..oh... Ada 1kali tu aku cepat-cepat passing handset kat Hubby. Bukan tak mahu berbual tapi sekarang ni sensitive dia lain macam. Kang tak pasal-pasal 'hujan' pula. Kang banjir. Susah... Susah...

Oh ya. Merapu panjang-panjang tapi sebenarnya nak cerita pasal lain. SEE!!! Aku masih aku yang dulu. suka merapu walaupun sekarang ni perasaaan cacamarba menguasai diri. Aku masih aku. Hehehe...

Ok aku dah curi gambar-gambar semasa menyerbu rumah My BFF mama Miera Laila hari selasa lepas. Haaaaa... Tengok! Walaupun selasa tu merupakan hari kerja. Sempat tau menyerbu rumah orang. Makan...makan...makan...YUMMI!!!


Ok dimulakan dengan gambar tuan tanah kedaung beserta tuan rumah. Tengok tu... Tuan rumah tapi dia yang mencekik paling banyak Uols... Haish!!! Rusak!!!



KAMI!!! 


Makan... Makan... Makan...


My BFF dari umur 14tahun. Sekarang kami masing-masing dah 18tahun jadinya dah 4tahun kami berkawan. (ok perasan masih muda SAAAANGGAAAAT ni!!! actually dah lebih kurang 12tahun kami mengenali hati budi masing-masing... Zana, jom kawen!!!hahaha)


Ini adalah chef pada hari kejadian tersebut. Dia punya sambal kacang superb!!! Letak ganja barangkali. Hahaha... Sedap Oi!!! Ada sorang lagi chef tapi yang sorang lagi tu pemalu-pemalu kucing...MEOOOOWWW...



Hey!!!Hey!!! Tu Hubby aku...tu Hubby aku... Sedang melayan anak mama Miera. Cute kan?kan?kan? Confuse nak cakap Maya yang cute ke or Hubby aku yang cute. Hahaha... Boleh gitu???



My BFFs wif anak-anaknya. Bestkan? Masing-masing dah ada anak. Ok ni yang buat tak sabar nak PUSH!!!


Jom main masak-masak!!! Inilah wajah-wajah anak-anak kami!!! ;)


Hey!!! Gambar aku separuh saja mauk dalam gambar ni. TAK ADIL!!!


Sedang menanti hari!!!

Actually ramai lagi dihari kejadian tapi Mami, Dedi, Mama Wahid dan pasangannya balik awal. So tak dapatla meng'interframe'kan diri macam kami. RUGI!!!


Ok last gambar mak buyung yang tak sedar diri masih main masak-masak. Tajuk gambar ni ialah Hobiku selepas menjadi isteri yang solehah. Hehehe.. BERANGAN!!! Masak pon tak pandai... ;P

:: Saya suka kehidupan dan orang disekeliling saya sekarang ::

Tuesday, 4 September 2012

Majlis Zira & Zaini 31.08.2012 Merdeka!!!

Selamat Pagi kawan-kawan yang sudi view page ku yang tak seberapa ni. Pagi ni aku rasa cam nak mencurilah. Mencuri gambar-gambar dihari 'kejadian' seorang rakan iaitu Zira & Zaini. So biarlah gambar menceritakan segala-galanya ya.;)



Cantek & Hemsem kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan!!! Ok...Time to mengabadikan gambar kenangan beramai-ramai bersama pengantin diatas pelamin...;)




Yang bawah ni... gambar gadis-gadis bersama pengantin perempuan yang mempersonakan...;)


Ok...bila masing-masing dah naik syok bergambar... Haaa..ni la jadinya...


Sesi kiss-kiss dan cop-mengecop pipi orang dengan lipstick masing-masing. Hoi!!! Jahat!! Terlupa sekejap umur dan status masing-masing... Eeee... Rindu zaman sekolah!!! ;(




:: Kepada Zira & Zaini... Semoga bahagia & berkekalan hingga ke syurga ::

Thursday, 7 June 2012

Wednesday, 6 June 2012

Wordless Wednesday

Dah mengadu-domba pagi tadi barulah sekarang nak buat Wordless Wednesday(WW) kan?kan?kan? Hahaha... Ah Tak peduli. Mau juga...



:: (~,^) ::

Monday, 4 June 2012

Aeycha & Paan

Pagi yang ceria datang menjengah. Woh!!! Nape sabtu dan ahad cepat sangat berlalu erk?? Why?? Why bebeh??? Hehehe... hari ni buka saja FB. Weeeewit!!! Semua bercerita pasal Wedding of The Year. Siapa lagi kalau bukan kisah Aeycha dan Paan. Mau tak Wedding of The Year Uols dah 10tahun diorang couple. And finally berakhir dijinjang pelamin. Congratz Aeycha & Paan!!! Hope korang bahagia hingga ke akhir hayat.

*curi dari Cae..lalalala*

Suka tengok gambar ni. Encik Paan bukan main senyum meleret!!! Sukalah tu. Tapi aku nak korang fokus kat hidung Aeycha. Ooooo...nanges erk??? Hehehe. Terus terimbas detik-detik aku dan Hubby disatukan. Nasib baik mke up kalau tak fikir make up mau 3hari 3malam tak habis melalak. Hahaha... Ok aku tipu! Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru Aeycha dan Paan.

:: Terkenang dimasa lalu...lalalalalala ::

Thursday, 13 October 2011

Barang dari Sarawak.

Alhamdulillah. Firstly, izinkan aku melompat-lompat sambil menjerit-jerit disambung dengan berguling-guling macam tenggiling. Seronok yang tak terhingga. Rasa nak senyum sampai 44hari. Mesti lepas ni kedut kat muka aku hilang serta-merta. Yessss!!!

Ok ceritanya begini. Hari tu aku ada order barang-barang make up untuk hantaran dari my BFF from Sarawak. Alaaa... Si Naffa tu. Sebab dia member and boleh dapat Discount. So why not aku beli kat dia kan?Lebih berbaloi.

Semalam dia msg "Beh, Fa dah courier barang tu" . Aku just kata "Ok.tQ yunk"

Hari ni seperti biasa aku buat kerja dengan muka toya. Sangat tak best bila time banyak shipment macam sekarang ni. Nak berfoya-foya pon tak boleh. Meluat tau. Macam nak muntah tengok fail-fail atas meja ni.

Balik makan terus pergi meja bila ternampak 1kotak. Diatas kotak tu ada nama dan alamat aku. Bawah kotak pulak ada nama dan alamat Naffa. Ok dah sah dari Naffa. Senyum sikit.

Taraaaaaaaaa...ni la kotak yang dimaksudkan. Kotak yang buat aku tersenyum cam orang tak betul. ;)

Bila buka saja... Jeng jeng jeng!!!




Sila jealous dengan aku ye semua. Sebab aku dapat discount gila-gila untuk barang-barang ni semua. Korang-korang pun sedia maklum, kalau mahal tak adanya aku beli. hehehe...

Yang menambahkan tahap kegembiraan aku bila aku nampak something yang aku tak order tapi ada dalam korak tu. Dan korang-korang boleh tambah tahap ke'jealous'an korang kat aku.

Taraaaaaaaaaaaaa.....

Huhuhuhu....Kenapa kena jealous??? Sebab, Aku dapat ni FREE la. Thanks sangat-sangat Fa!!! Saya memang sangat-sangat memerlukan skin care time ni. Jerawat batu dah tumbuh atas dahi ni haa...Siap beranak-pinak lagi. Huh!!!



::Yeaaaah!!! Lalalalalalalala....Happy bebeh!::


Wednesday, 5 October 2011

Yeaaaay!!!

Wah!! Banyak betul nak diceritakan hari ni. Kali ni cerita pasal BFF aku yang kat Kuching sana tu! Meooow...meoowww...bukan kucing OKK... Tapi Kuching, Sarawak. Kami berkawan sejak dari kolej dulu. Yes!!! Masuk tahun ni alhamdulillah dah 7tahun kami berkawan. Dia adalah Naffa .

Hari tu sebelum menetapkan date untuk majlis aku. Aku main hembus saja cakap aku dan Incik Kudut akan melangsungkan perkahwinan pada 11.11.11. Ewah!!! Mentang-mentang la date tu best. Sekali setelah family Incik Kudut dan family ku berbincang. mereka mendapat kata sepakat untuk melangsungkan majlis kami pada 19/20hb Nov. Ye!! Please save the date. First time aku membuat pengumuman secara terbuka. Wah!!! Hehehe...

Nak dijadikan story, Naffa dah pun booking flight untuk 11.11.11. Alamak! Macamana ni? Nampaknya Dia tak boleh menghadiri majlis aku. Argggghhh... Semua salah aku! Makanya, aku pun layaklah bersedih, kan??
*tarik muka masam*

Tiba-tiba hari ni Naffa msg and beritahu aku yang dia dah tukar flight. And yang paling buat aku nak menjerit bila dia cakap dia akan ada pada majlis besarku. Ya Allah!!! Aku sangat teruja. Serious!! Sampai nak nangis kuat-kuat. Nasib baik kat office. Ok relax. Alhamdulillah... Terima kasih, Allah!!!



:: Thanks My Dear friend!!!! ::

Tuesday, 4 October 2011

Sahabat...


Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Rindu.....





:: Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa ::





Thursday, 29 September 2011

Don't be Sad.

Panggilan haji sudah tiba lagi...lalalalala~~ hamboi menyanyi-nyanyi diriku ini. hehehe... Actually rasa sangat bersyukur masih bernafas hari ni. Wah!!! Hari ni dah masuk Zulkaedah ye korang-korang semua. Batch haji yang 1st dah bertolak ke Mekkah jam 1.30 pagi tadi. Mudah-mudahan selamat pergi dan pulang. amin...

Tadi sahabatku Zana Rudien hantar sms, katanya bosan duduk saja kat rumah. Jadi dia minta aku tolong belikan buku untuk me'motivate'kan diri. Haish!!! Mau tak pening kepala aku. Aku pun tak arif bab motivate-motivate ni. Dulu masa kerja marketing tu adalah di'motivate'kan oleh bos-bos yang arif lagi bijaksana.

Aku ingat lagi seorang daripada bos aku pernah bagitau aku, lebih kurang macam ni lah ayat dia " Nikita, hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti. " Yup!!! Sangat setuju. setiap apa yang aku lakukan adalah sebuah perjuangan. Perjuangan mencari diri sebenar. Perjuangan untuk menjadikan kehidupanku lebih baik. Perjuangan untuk mengejar akhirat. Makanya, teruskan perjuangan!!! Yeaaaha!!!

Berbalik kepada permintaan sahabatku yang perlukan motivation tu makanya aku me'research' buku-buku yang ada dipasaran. Terus aku tertarik ngan 1 buku ni.


Dulu aku pernah tengok kakak 1 rumah dengan aku baca. Nama dia Kak Mira. Dia sangat alim dan baik. Suka bercerita hal-hal agama. Tiba-tiba aku rindukan cerita-cerita dan pesanan dari dia. Kak Mira, miss you!!! Ok cerita pasal buku ni. Aku akan carikan untuk sahabat. Dah seminggu kejadian itu berlaku tapi air mata masih tak jemu untuk mengalir dan menjadi teman karibnya. Aku jua rindukan gelak tawanya. Semoga dia cepat sembuh, dapat melupakan dan kembali ceria seperti selalu.

Kalau lagu Ramli Sarip tu tajuk dia Doaku buatmu kekasih. Ni aku nak ubah jadi Doaku buatmu sahabat! Aku memang tak mempunyai segunung harta untuk ku berikan kepadamu, insan yang bergelar sahabat. Tapi kasih dan sayangku tak akan pernah boleh dinilai oleh wang ringgit. Sekali sahabat, selamanya sahabat. Apa macam??? Terharu tak?? Hehehe... Aku serious OKK!!! Kepada kawan-kawan sekalian. Hargailah insan disekeliling korang. Jangan ingat korang tu Vogue sangat sampai tak boleh nak hargai orang. Kalau nak orang hargai kita, kita kena hargai orang dulu. Tak caya try buat. (^,^)

Love,
Ita

Friday, 23 September 2011

Al- fatihah untuknya.

Bismillahhirrohmannirrahim...

Entry kali ini merupakan entry yang perit untuk aku karang. Bagaimana laju jari jemariku menari diatas papan kekunci sebegitu juga laju air mata yang mengalir. 23hb September 2011 merupakan detik yang sangat perit didalam hari-hari yang ku jalani. Ya Allah, tabahkanlah hati seorang yang bergelar sahabat.

Sepatutnya hari ini merupakan detik bersejarah bagi seorang ibu dan ayah yang pada mulanya dalam keadaan bergembira untuk menerima cahaya mata keduanya. Namun apakan daya. Telah tertulis hari ini akan bertukar menjadi hari yang duka. Majlis kenduri doa kesyukuran menjadi majlis tahlil. Innalillahiwainnailaihirojiun...

Bayi perempuan seberat 3.3kg telah selamat dilahirkan pada pagi tadi. Tapi sayang hayatnya tak lama Nur Fatihah pergi selama-lamanya setelah 45minit melihat dunia. SubhanAllah!!! Hati ibu mana yang tak sedih. Anak yang dikandungnya 9bulan telah menghembuskan nafas terakhir.

Pada jam 1petang tadi aku dan semua yang berada di hospital dibenarkan melihat Nur Fatihah. Comel! Sebiji muka ibunya.

Sayangku Nur Fatihah,
Cikta tak sempat melihat awak tersenyum.
Cikta tak dapat bayangkan muka awak menangis.

Sayangku Nur Fatihah,
Cikta tak sempat nak kenal dengan awak.
Cikta teringin nak dukung awak
nak kucup dahi awak.

Sayangku Nur Fatihah,
Cikta tunggu kelahiran awak.
Selalu cikta usap perut mama awak.
Cikta ingat Cikta sempat usap rambut awak yang lebat tu.

Sayangku Nur Fatihah,
Damailah disana.
Semoga rohmu dicucuri rahmat.

Cikta sayang awak, Nur Fatihah binti Alias.

Semoga sahabatku Zana tabah dan kuat semangata. amin. Doa kalian amat diperlukan. Al-fatihah untuknya.

<<with love : Cik Ita>>