<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting
Showing posts with label :: saya sayang awak ::. Show all posts
Showing posts with label :: saya sayang awak ::. Show all posts

Friday, 15 June 2012

Serious dah nampak Baby Que!!!;)

Hari jumaat yang indah menjelang tiba. Di hari yang indah ini secara officialnya aku nak publish kat semua hasil 3D 4D scan Baby Que sabtu lepas. Cewah!!! Tapi dukacita dimaklumkan 3D (gambar) saja yang boleh diupload guna pc ni. 4D (video) unsupported katanya. Haiya!!! Kurun ke berapa punya pc la ni. Apa pun tak boleh. Tapi tak mengapalah. 3D pon 3D lah.

Are you ready????? *gewdiks*

Ok dimulakan dengan Bismillahhirohmanirrohim...

*sila abaikan muka BFF aku yang agak toya di belakang itu..hihihi*


Pada 19/11/2011 telah termeterailah pernikahan antara Hadhrami Farhan dan Masita. Mendapat restu dari kedua belah keluarga. Maka bersatulah dua hati menjadi satu. Hahaha..hamboi mukadimah!!! Kelas kau Maria!

Ok sambung. Pada Ferbuari lepas kami disahkan akan mempunyai cahaya mata a.k.a baby a.k.a junior. Fuhhhh... Alhamdulillah! Ingat lagi masa tu Tuhan saja yang tau betapa happy + tak percaya + excited + bla + bla + blablabla. Pendek kata macam-macam rasa ada bila Doktor sahkan dalam perut aku ada baby yang berusia 6minggu. Hampir saja air mata ini mengalir. srotsrotsrot~ Dan kini kami gelarkannya Baby Que. ;)

Dan pada sabtu lepas (9/6/2012) kami iaitu aku dan Hubby telah dengan kata sepakat ingin meng'scan' Baby Que. eh cop!! Wujud eh perkataan "meng'scan" tu???hehehe... Pada mulanya Baby Que malu dan tak nak menunjukkan mukanya. Tapi finally....

Jeng... jeng... jeng...



Alololololo!!! Sopannya anak ibu dan abah. Nampak gaya tengah tidur. Rasa nak cium-cium monitor masa ni. Serious sangat teruja dan terharu. Ini serious imej Baby Que. Kalau tak percaya sila refer nama kat atas tu. Itu nama aku!!! Itu baby aku!!! ops.. Baby aku dan Hubby.


Haaaa... yang ni diantara gambar favourite. Sayang video dia tak boleh tunjuk kalau tak boleh tunjuk betapa cutenya Baby Que isap jari. Habis isap jari dia menguap lepas tu tarik tali pusat. Semua dapat tengok. Thanks juga pada Jezz yang gigih memujuk Baby Que supaya menunjukkan muka. Kalau tak sampai ke esoknya dia tutup mukanya dengan kedua belah tangan. Tapi Jezz tak ambil gambar tu. Alaaaaaaaaaaaaa... Sayang! Tapi tak pe ada lebih kurang 50pcs gambar Baby Que. Tapi tak bolehlah tunjuk semua. Sikit-sikit. Hehehe...

:: Baby Que baby kami ::

Monday, 28 May 2012

Gambar masa bertandang.

Assalamualaikum semua....

Hari isnin telah datang bertandang. Terkulat-kulat aku dan Incik Hubby bangun pagi tadi. Almaklumlah dah 2hari cuti. Hari ni kena bangun siap-siapkan anak-anak meow baru settlekan diri sendiri. Itulah yang dinamakan tanggungjawab. Cewah!!! Tengah terkulat-kulat menyiapkan diri terjumpa 1 pendrive. Berkerut jap tengok pendrive tu. Belek-belek sikit decide nak bawak pergi office. 

Sekali buka rupa-rupanya... Jeng jeng jeng... Koleksi gambar-gambar pengantin time bertandang di kampung halaman Hubby, Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Ini mesti kerja Incik Hubby tapi dia lupa nak bagitau. "Tak apa kekanda, adinda tak marah" hahaha... So haruslah aku nak 'hapdet' kat Diary kesayanganku ini. Walaupun bagi awak-awak-awak semua benda ni dah lama berlalu. Dan mungkin dah dianggap 'basi' tapi tidak pada diri ini... Hamboi!!! Bermadah berhelah pula aku dipagi hari. Hehehe...


Alolololo..... ala-ala model katik seh aku!!!


Masa ni kami dipaksa berguling-guling ala hindustan di Muzium Felda*okeh. part yang guling-guling tu aku tipu...lalalala~~~*. Kenapa pilih muzium felda sebagai lokasi??? Haruslah!!! Aku kahwin dengan anak peneroka Felda pertama diMalaysia.Huh!!! Wah poyos statement mak noq!!! Hehehe... 

Actually banyak gambar lagi. Tak sempat nak membelek lama-lama. So upload saja yang mana berkenan dijiwa. Sambil menaip sambil terkenang-kenang zaman itu. Cewah!!! Ahahai!!!

:: Hokey!!! Time to buat kerja. Tata semua... Doakan kami berbahagia selamanya ya ::


Friday, 11 November 2011

Penghujung Cinta katanya.

Penghujung  Cintaku

Berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

 Aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu

Hai Korang!!! Hari ni 11.11.11. Date yang sangat menawan kalbu. So kepada B2B yang akan menjadi ex-B2B hari ni, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru!!! Happy tak? Nervous tak? Hope semuanya akan berjalan lancar. Amin... Mukadimah sikit punya meletops! Siap ada lirik lagu bagai. Hahaha...

Sebenarnya pagi tadi masa on the way ke office aku terdengar lagu ni. Terus senyum sorang-sorang. Kadang-kadang dah dekat harinya ni makin macam tak siuman aku ni ha. Senyum sorang-sorang, kadang-kadang gelak sorang, nangis sorang-sorang pun ada. Hebat tak??? Ni cerita masa Burfdayku yang lepas. Masa on the way pergi Melaka terdengar lagu ni. Pastu tiba-tiba Incik Kudut kata ni lagu kami. Masa tu terus aku fokus pada bait-bait lirik lagu ni. Waaaaaaa.... Terharu! Tau kenapa aku nak terharu bagai? Sebab itu keluar dari mulut Incik Kudut. Hey!!!Hey!!!Hey!!! Ingat senang ke nak dengar dia cakap benda-benda macam tu? Jangan mimpilah. Sebab tu sekali dia cakap, aku terus dapat sawan senyum memanjang. Hahaha...

Macam tak percaya pejam, celik, pejam, celik kami akan meninggalkan zaman bujang minggu depan. Aku berazam untuk menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah dan isteri yang solehah kepada Incik Kudut. Korang-korang semua diharap dapatlah kiranya mendoakan jodoh kami hingga akhir hayat. Cewah!!! Rasa macam tulis sajak. Hahaha... Apa-apa pun hope kawan-kawanku semua senyum sokmo..;)))

:: With love : Nikita ::


Thursday, 20 October 2011

15/10/2011

Hari ni umurku telah pun berganjak kepada 25 tahun 5 hari. Tua sudaa. Dan sebelum gambar-gambar birthday hari tu basi, makanya aku nak la show off kat sini. hehehe...

Jeng Jeng Jeng.....












Kitorang dalam perjalanan balik ke kampung halaman Incik Kudut masa ni. So, singgahlah Melaka. Sangat teruja!!! Sebab 1st time naik Duck cruise tu. ...Quek...Quek... Best!!! Jakun kan?kan?kan? Thanks kepada Incik Kudut. Saya sayang awak!!!

Lepas berfoya-foya makan angin atas bot. Maka perut pun menjerit-jerit minta diisi. Kebetulan hari tu nak fast food so pergilah KFC di Mahkota Parade. Nyum...nyum...nyum....



Bila tengok gambar ni rasa lapar pula. Pastu terus gelak. Incik Kudut memang 'buruk lantak' orang Kedah kata. Tengoklah makan dua orang tapi banyak macam ni. Percaya tak??? Haish!!! Ni semua kerana kupon KFC yang nak expired. Cepat-cepat guna. Lepas makan terus tersandar. Erk!!! Alhamdulillah.

Lepas tu, singgah lagi. Kali ni beli Coconut Shake pula. Yummi.... Nampak tu Incik Kudut ngah jalan pergi beli. Oleh kerana cuaca panas. Aku tak nak ikut. Hehehe... Jahat kan?

Taraaaaaaaaaaaaaaaa.........nyum.....nyum....nyum....yummi..................... (~,^)

Perjalanan diteruskan lagi. Kali ni ke Nilai 3. Kerana future MIL, FIL & SIL sedang menanti disana. Waaaaah!!! Shopping!!!Tapi diorang la yang shopping. Aku tengok saja. Hehehe...

Ok. Konon-konon berat la tu.Huh!!! Bedo'oh!!!

Ok dan akhirnya kitorang konvoi 2 kereta untuk pulang ke Pahang. Balik Kampung Oooo Balik Kampung....lalalalalalala....


:: Penat + happy ::



Thursday, 6 October 2011

Honeymoon???*speechless*

Serious kali ni aku rasa macam nak pengsan. Ops... Tapi belum pengsan lagi dan mampu memberi sepatah dua kata. Hamboi!!! Ok berbalik pada title aku yang aku sendiri tulis gigil-gigil kat atas tu. Macam tak percaya bila Incik Kudut tercinta sedang mem'booking' tiket flight untuk Honeymoon.

Macam tak percaya!!! Macam tak percaya!!!

Okay actually Incik Kudut dah plan dengan member-member office nya untuk pergi travel sama-sama. Oooo...maknanya bulan honeymoon la ye?? *hampa*

Tapi tak apa sebab Incik Kudut kata honeymoon tunggu lepas kahwin. At least dapat gak pergi travel and tengok negara orang. kan?kan?kan? *sedapkan hati..hehehe*

Whatever pun, Thanks to Incik Kudut ku sebab sudi bawa saya!!!muah~~~<3

*thanks gak to Pakcek google sbb bg gambar ni..hihihii*