<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 28 May 2012

Gambar masa bertandang.

Assalamualaikum semua....

Hari isnin telah datang bertandang. Terkulat-kulat aku dan Incik Hubby bangun pagi tadi. Almaklumlah dah 2hari cuti. Hari ni kena bangun siap-siapkan anak-anak meow baru settlekan diri sendiri. Itulah yang dinamakan tanggungjawab. Cewah!!! Tengah terkulat-kulat menyiapkan diri terjumpa 1 pendrive. Berkerut jap tengok pendrive tu. Belek-belek sikit decide nak bawak pergi office. 

Sekali buka rupa-rupanya... Jeng jeng jeng... Koleksi gambar-gambar pengantin time bertandang di kampung halaman Hubby, Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Ini mesti kerja Incik Hubby tapi dia lupa nak bagitau. "Tak apa kekanda, adinda tak marah" hahaha... So haruslah aku nak 'hapdet' kat Diary kesayanganku ini. Walaupun bagi awak-awak-awak semua benda ni dah lama berlalu. Dan mungkin dah dianggap 'basi' tapi tidak pada diri ini... Hamboi!!! Bermadah berhelah pula aku dipagi hari. Hehehe...


Alolololo..... ala-ala model katik seh aku!!!


Masa ni kami dipaksa berguling-guling ala hindustan di Muzium Felda*okeh. part yang guling-guling tu aku tipu...lalalala~~~*. Kenapa pilih muzium felda sebagai lokasi??? Haruslah!!! Aku kahwin dengan anak peneroka Felda pertama diMalaysia.Huh!!! Wah poyos statement mak noq!!! Hehehe... 

Actually banyak gambar lagi. Tak sempat nak membelek lama-lama. So upload saja yang mana berkenan dijiwa. Sambil menaip sambil terkenang-kenang zaman itu. Cewah!!! Ahahai!!!

:: Hokey!!! Time to buat kerja. Tata semua... Doakan kami berbahagia selamanya ya ::


No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)