<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 24 May 2012

Aku dalam dilema.



Hai!!! Hari ni nak story-morry ngan semua. Actually sekarang dah terasa dalam dilema. Mana taknya dengan perut yang makin membesar dan memboyot. Baju paling besar pun dah terasa ketat. Bayangkan daripada berat 46kg naik 49kg lepastu naik 51kg. Sekarang dah 53.3kg!!! Ni pun aku tau beberapa hari lepas masa beli Herbalife tu. Dia siap timbang berat badan aku. Tapi benda ni semua normal kan?kan?kan? Aku tak adalah dlema sangat pasal berat badan ku yang kian meningkat ni. Sebab aku rasa ada orang yang belum kahwin lagi dah membesar dengan pesat. Ops!!! Maafkan keceluparan mulutku. Hehehe. Ok berat bukan point yang ingin aku tekankan serta highlightkan disini. Yang aku risaukan keadaan baju yang kian mengecil. Psss...habis baju Hubby semua jadi hak milik aku. Hahaha... Tolong bagitahu aku yang itu pon normal kan?kan?kan?

Yang menambah dilema aku bila aku buka web-web yang jual maternity dress or maternity blouse banyak yang paternnya macam tak berapa berkenan. Macam baju yang mak aku pakai. Alamak!!! Demand lah pula kan?!!! Dah tu ada pula yang cun-melecun buat aku tangkap cintan tapi bila tanya harga...gulp!!! Kedekut kan aku? Actually aku just fikir baju-baju tu aku just pakai smasa membuyung macam ni saja kan?? Kenapa nak beli mahal-mahal?? Oh!!! Kalau korang rasa aku sangat kolot. Dipersilakan... Sebab bagi aku saving untuk baby dalam perut aku ni lagi berbaloi dari baju-baju cantik yang harganya mencecah ratusan ringgit tapi akan dipakai sementara waktu sahaja. Siapa setuju angkat tangan!!! Siapa tak setuju, hm..angkat kaki.hehehe.

:: Oleh kerana itulah kini aku dalam dilema. So ramai-ramai cakap kat aku "Padan muka kau, Ita!!!" ::


1 comment:

  1. hehehe lum berat lg tu mama dulu smpi 70kg paling last month 9bln hehehe

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)