<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Thursday 31 May 2012

Pendapat Wa vs Pendapat Lu : Duit Orang vs Duit Sendiri

Dah lama rasanya aku tak buat 'Pendapat Wa vs Pendapat Lu'. Dulu rasanya pasal 'Cinta vs duit' kali ni pasal 'Duit Orang vs Duit Sendiri'... Entah kenapa terpanggil pula nak menconteng-conteng dalam diary pasal tajuk kat atas tu. Ini cumalah contengan seorang insan yang bukanlah siapa-siapa. Hanyalah seorang masyarakat marhaen. Aku tulis ni bukanlah kerana aku seorang kerabat diraja atau anak YB malahan juga bukan seorang wartawan. Aku menulis hanya mengikut pendapat aku sahaja. So kepada sesiapa yang rasa macam pendapat dia lagi bagus, tepat dan benar atau nak berpolitik disini, SILA KLIK TANDA 'X' kat atas sebelah kanan tu. Aku sangat-sangat-sangat mengalukan awak-awak-awak untuk tidak meneruskan pembacaan.

Tujuan aku menulis ni, bukanlah untuk berdebat yang mana betul dan yang mana tidak. Aku cuma ingin meluahkan pendapat aku sendiri tanpa menyelitkan unsur-unsur negatif mahupun unsur politik di dalam Diary ku ini. Diulangi aku hanya sekadar meluahkan pendapat aku sahaja!

Trend yang aku nampaklah sekarang ni. Ini semua mengenai sifat manusia. Aku menulis begini bukan aku pandang dari pandangan seekor kucing atau arnab ataupun anjing. Aku memandang dari pandangan seorang manusia. Manusia yang makin tak faham dengan sifat manusia yang susah nak senang hati dengan kesenangan orang lain atau dengan erti kata lain TIDAK SENANG TENGOK ORANG LAIN SENANG. 

Contohnyalah kan... Bila saja nampak orang kaya tu beli something yang memang layak dengan kemampuannya dikatakan pembaziran dan lagi siap tolong arrange lagi duit si kaya tu dengan berkata begini " Ada duit beli bukan-bukan. Membazir!!! KAN BAGUS KALAU DERMA ATAU TOLONG ORANG MISKIN!!!" Wah...hebatkan??? Tapi kalau sendiri punya duit, senyap... Tahu-tahu pergi melancong, tak pun bershopping kat Bandung, Paling tak pun serang Johor Premium Outlet sebab ada sale. Ewah!!! Duit orang ko pandai arrange untuk kebajikan. Duit kau??? Untuk kebajikan diri sendiri. Apa punya manusia erk???

Ini pendapat aku. Memang dah selalu tengok macam ni. Masa Megasale korang berduyun pergi shopping, Tak ada pun kira membazir ke tak. Waktu Air Asia buat promotion pergi melancong murah-murah, Tak ada pon korang kata tak naklah membazir. Tapi bila 'ORANG KAYA' tu beli barang dia mahal tapi memang dalam kemampuan dia, bukan main itu ini korang kata. Manusia... manusia... manusia...

:: So kalau ada yang tak berpuas hati dengan pendapat aku ni, ada aku kisah??? ::

No comments:

Post a Comment

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)