<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 21 May 2012

21 minggu sudaaa

Hello kawan-kawan semua!!! Hari ni sangat-sangat-sangat-sangat excited! Wah excited betul ni bukan cubaan. Hehehe. Actually benda yang aku nak story ni terjadi semalam. Masa tu kami iaitu aku dan Incik Kudut selaku Hubby aku secara sahnya sedang berangan-berangan layan mata nak beradu. Tiba-tiba aku rasa tendangan kecik diperut. Sekali!!! Aku senyap. 2kali!!! Aku senyum. 3kali!!! Aku terus gelak. Hubby yang baru nak terlena terus tanya kenapa. Aku terus bagitau pasal tendangan itu. Hamboi!!! Dia terus jadi excited letak tangan atas perut aku yang mula membuyung, nak rasa juga. Aku pon naik risau. takut aku sorang saja yang rasa.

Suasana jadi sunyi seketika. Dengan penuh perhatian kami menunggu. Dalam hati aku ni minta-minta sangat baby aktif macam tadi. Tiba-tiba... Dusyum!!! Incik Hubby terus gelak. Aku apa lagi terus kepoh tanya. "Sayang rasa???" Rupa-rupanya kuat dan Hubby pon dapat rasakan. Alhamdulillah. Semoga anak Ibu dan Abah sihat dan aktif dalam perut Ibu. amin!!!


Lihatlah dunia!!! Baby kami alhamdulillah dah nak masuk 21minggu bersamaan 5bulan seminggu. Dan kami juga dah merasakan nikmat tendangan sikecil. Sangat best!!! Dan semalam juga aku telah menambah supplement untuk baby. Nak try minum Herbalife pula. Semoga Baby akan sihat dan keluar menjadi seorang  anak yang soleh / solehah. Tak sabar nak tau baby ni baby gurl ke baby boy. Tak apa yang penting semuanya dilancarkan oleh-Nya. amin....

:: Senyum sepanjang hari kami husband & wife ::

2 comments:

  1. diam2 da 5 bulan kan jp g diam2 da nak bersalin hehehe

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)