<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 31 December 2012

Azam Tahun Baru Aku. 2013.

Hai semua!!!

Disebabkan kiri, kanan, depan, belakang semua story-morry tentang azam tahun 2013. Tiba-tiba mentol idea keluar dari kepala ni untuk menconteng-conteng diary ni.

Al-maklumlah hari ni kan 31/12/2012 iaitu hari terakhir dalam kalender 2012. Cepat masa berlalu kan?kan?kan? Hanya 365hari diperlukan untuk menukar kehidupan dan status seseorang. Diam tak diam umurku akan berganjak ke angka 27. Masih tak percaya. Masih lagi terbayang-bayang zaman aku masil kecil, remaja, bersekolah, masuk kolej dan zaman aku masih bergelar bujang. Tup-tup hari ni aku telah setahun menjadi isteri orang dan telahpun bergelar ibu kepada seorang anak dan 6ekor anak meow. Ya... anak-anak meow tinggal 6ekor saja. sedih!

Cop... Dari dibiarkan aku terus melalut. Berbalik kepada topik diatas iaitu Azam Tahun Baru Aku ialah jeng...jeng...jeng...


+
*cewah nak post gambar BP medela gak...poyo sket..hahaha*

Aku berazam untuk menjadi Exclusive Pumping(EP) ibu yang berjaya. Amin...amin...amin yarobbalalamin... Lepas melahirkan H.U.Q baru aku tau menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang boleh dikatakan mencabar. Lagi-lagi setelah mengalami pelbagai kesulitan dalam perjalanan bergelar seorang ibu. Even nak menyusukan anak sampai sekurang-kurangnya 6bulan tu bukan sesuatu yang mudah. Siapa setuju??? So kepada sesiapa dengan lagaknya kata rugi or membazir nak beli formula milk untuk anak or bakal anaknya sila-silalah berfikir sebelum berkata. Positif adalah sangat perlu dalam hidup tapi jangan sampai jadi riak + over confident. Ini sekadar mengingatkan awak-awak-awak dan diri sendiri.

Itu adalah salah satu dari azam tahun baru aku. Banyak lagi yang telah dilistkan. InsyaAllah tercapai. amin... Berazam tak salah kan?kan?kan? Ini menunjukkan aku mempunyai wawasan...Cewah!!! Agak poyo disitu.

Oklah... Sebelum berceloteh panjang-panjang baik aku stop kat sini. Doakan azam aku tercapai ya tahun 2013. Menjadi EP mom yang berjaya macam senior-senior yang telah berjaya. amin...

:: Chaiyok!!! ::

2012 dah nak tinggalkan kita.

Assalamualaikum semua.

Hari ni pagi-pagi dah rasa nak menaip panjang-panjang. Nak berceloteh. Nak bercerita tentang apa yang berlaku pada tahun 2012. Waaaah!!! Macam tak percaya tahun 2012 lagi beberapa jam sampai ke penghujungnya. Uwaaaaaa... Umur pun dah nak bertambah lagi. Mati semakin hampir...gulp!!!



Ok jom aku nak story-morry pasal apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2012 ni.

Aku dan Incik Hubby dapat berita yang sangat menggembirakan... Aku PREGNANT!!!!
*joget-joget*. Lepas tu selamat menjalani sebagai ibu & Abah-2-be. *suka, duka, sedih, happy*
Salah satu cerita sedih bila rumah kena pecah dan barang kemas semua diambil pencuri tu termasuk cin kahwin. Uwaaaaaaaaaaaa.... Ceritanya kat SINI.*nanges*


Pemergian penghuni istana kami...*srot..srot..srot*

Kontot

Deqya

Teddy

Uh..sedihnya. Bukan tu saja ada lagi... Chicky. Peiling, Momoy, Cece, Kuku, Lala, Jila, Jelly, Jlo...Aduhai... Sedihnya.....

Ok lupakan yang sedih. Kita ingat yang happy saja. Dapat Tgk Baby Que yang berada dalam perut sendiri. Happy!!! Serious masa ni sangat excited nak tau gender baby dan keadaan baby. Aku tak hipokrit tau. Serious memang nak tahu...nak tahu...nak tahu... Terus buat 3D & 4D scan. Kalau korang teringin juga nak tengok *pada yang sedang pregnant ya* boleh klik SINI or kat SINI untuk info. Tapi kalau yang duduk area JB boleh klik SINI untuk info.



Lepas tu, tahun ni juga aku berpeluang menjadi model Maternity Potraits. Thanks Kak Wani & Abang Leman. Kalau sesiapa nak tau pakej yang diorang offer boleh klik SINI. Ada info disitu.


Tahun 2012 ni juga, kami berjaya berhimpun Sekeluarga dengan jayanya. Sebelum-sebelum ni mesti ada yang tak dapat balik raya. Tapi raya tahun ni kami sekeluarga berpeluang berkumpul. Best!!! cerita pasal ni boleh klik kat SINI.


Dapat beraya di Kampung halaman Incik Hubby buat kali pertama sebagai seorang wife dan ibu-2-Be...Boleh tengok gambar-gambarnya kat SINI.


Hm...apa lagi ya??? hm...hm... Ok serious rasa tak ingat benda lain selain  yang INI.

Alhamdulillah Hadhrami Umar Qaleesy bin Hadhrami Farhan selamat dilahirkan pada 08.10.2012. pada pukul 4.44petang dengan berat 3.86kg. Fuuuuh!!! Pengalaman terindah.. Boleh baca di SINI.



Malaikat kecilku

Tahun ni juga kami setahun bergelar husband & wife. Yeeeaaaahuu!!! ;)))))))

Sampai sini sajalah. Boss kata kalau habis kerja boleh cabut balik. So nak buat kerja cepat-cepat! Lagipun ada appointment dengan Dr. gigi hari ni. Daaaaaaaaaaa....  

:: Doakan 2013 akan menjadi tahun yang best untuk kami sekeluarga ya ::

Wednesday 12 December 2012

12.12.12

Hooolaaa!!! Assalamualaikum semua...

Hari ni kiri, kanan, depan, belakang semua bercerita pasal date yang best. 12/12/12. Mahu tak best. Tahun depan dah tak ada date best macamni. Cuma silapnya hari rabu. Kalau weekend mesti banyak jemputan kahwin.

Tapi date ni juga buat aku meroyan. Mahunya tak meroyan my little H.U.Q baru-baru ni kena inject 2bulan. Yang paling tak best apabila dia demam. Uwaaaaaaaaa... Lepas tu nak dijadikan cerita hari ni juga aku dah start kerja dan hantar dia kat rumah pengasuh. Ya Allah!!! Tuhan saja yang tahu macamana perasaan aku sekarang ni. Rasa nak menjerit. ;'(




:: Uwaaaaaaa... Ibu rindu Adik!!! ::