<3 Coretan suka dan duka yang mewarnai hidup ku sepanjang penjalananku ke alam

perkahwinan dan setelah hati dimiliki!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan

dalam hidupku...amin~ <3





Kawan-kawan yang comel/kacak

Daisypath Friendship tickers
Lilypie First Birthday tickers
Voting

Monday 31 December 2012

Azam Tahun Baru Aku. 2013.

Hai semua!!!

Disebabkan kiri, kanan, depan, belakang semua story-morry tentang azam tahun 2013. Tiba-tiba mentol idea keluar dari kepala ni untuk menconteng-conteng diary ni.

Al-maklumlah hari ni kan 31/12/2012 iaitu hari terakhir dalam kalender 2012. Cepat masa berlalu kan?kan?kan? Hanya 365hari diperlukan untuk menukar kehidupan dan status seseorang. Diam tak diam umurku akan berganjak ke angka 27. Masih tak percaya. Masih lagi terbayang-bayang zaman aku masil kecil, remaja, bersekolah, masuk kolej dan zaman aku masih bergelar bujang. Tup-tup hari ni aku telah setahun menjadi isteri orang dan telahpun bergelar ibu kepada seorang anak dan 6ekor anak meow. Ya... anak-anak meow tinggal 6ekor saja. sedih!

Cop... Dari dibiarkan aku terus melalut. Berbalik kepada topik diatas iaitu Azam Tahun Baru Aku ialah jeng...jeng...jeng...


+
*cewah nak post gambar BP medela gak...poyo sket..hahaha*

Aku berazam untuk menjadi Exclusive Pumping(EP) ibu yang berjaya. Amin...amin...amin yarobbalalamin... Lepas melahirkan H.U.Q baru aku tau menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang boleh dikatakan mencabar. Lagi-lagi setelah mengalami pelbagai kesulitan dalam perjalanan bergelar seorang ibu. Even nak menyusukan anak sampai sekurang-kurangnya 6bulan tu bukan sesuatu yang mudah. Siapa setuju??? So kepada sesiapa dengan lagaknya kata rugi or membazir nak beli formula milk untuk anak or bakal anaknya sila-silalah berfikir sebelum berkata. Positif adalah sangat perlu dalam hidup tapi jangan sampai jadi riak + over confident. Ini sekadar mengingatkan awak-awak-awak dan diri sendiri.

Itu adalah salah satu dari azam tahun baru aku. Banyak lagi yang telah dilistkan. InsyaAllah tercapai. amin... Berazam tak salah kan?kan?kan? Ini menunjukkan aku mempunyai wawasan...Cewah!!! Agak poyo disitu.

Oklah... Sebelum berceloteh panjang-panjang baik aku stop kat sini. Doakan azam aku tercapai ya tahun 2013. Menjadi EP mom yang berjaya macam senior-senior yang telah berjaya. amin...

:: Chaiyok!!! ::

1 comment:

  1. wahh..kellass azam nye.hehehe

    kite xkawen Lagik. so azam laen sket La.hehehe

    BTW, Sya br foLLow BLog ni. free,visit/foLLow Sya jugak ek~
    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete

Thanks view Diary ni & Drop comment kat sini... Korang memang Cool!!! ;)